Klik klik

Jumaat, November 06, 2009

Isi hatiku

ingin kuluahkan segalanya
resah gelisah
keluh kesah
suka tawa
luka duka

namun tak mungkin
dapat kulakukan

aku tak mahu
disalah duga
dicaci cerca
dilimpah simpati
tanpa empati

bagai di pentas
aku melakonkan watak sibadut
membuahkan gelak tawa

hakikatnya hatiku tersedu
bersama luka yang tetap berdarah!

14 ulasan:

  1. nape ni kak cik..

    ada masaalah ker...

    Apa apa pun di pagi jumaat ni...

    luah kan apa yang terbuku di dada mu..

    pada mereka yang berkenaan...

    Ceria selalu....

    BalasPadam
  2. Ezza..

    masalah tu ibarat rencah kehidupan. Adamasanya kita kuat menghadapi, adakala kita tewas sendiri..

    BalasPadam
  3. kakcik,
    dalam sungguh maksud puisi pagi ni...
    masalah ni lama dah dipendam...
    luahkanlah kakcik....

    BalasPadam
  4. salam dan morning kakchik:

    meh baca ni: [rasanya hari ni hati kita serupa]

    benak-benak ku bagai di robek
    sentuhan puisi menggamit rindu
    ku jamah degup-degup
    sayup

    biarkanlah
    badai gelora itu sama menghempas
    cuma kita dari pantai yang berbeza


    p/s: ada kalanya kakchik, orang tidak dapat memahami kita sepenuhnya..

    Selamat berhujung minggu ye kakchik, esok pegi bukit jalil? :)

    BalasPadam
  5. Salam kakcik : masih kacau lagike jiwa? Jangan biarkan lama sangat tu....takut saya bila baca coretan-coretan kakcik dua tiga hari ni.

    BalasPadam
  6. Salam KakciksKu...
    Not Againnnn...!!
    Aura sedih tu dpt dirasai...
    Semmgnya kita kan pamer keceriaan itu
    terkdg hati menangis tiada yg tahu..

    Moga sis..diberikan kekuatan..
    Dengan2 tinie rasa sayu ni...
    Jgn lupa ekk..senyummm..!

    BalasPadam
  7. Adik..

    sukar nak diluahkan. Selagi boleh, kakcik akan cuba selesaikan dan berserah padaNya..

    BalasPadam
  8. mama..

    hmmmmm... hanya yang mengerti dapat merasai!

    BalasPadam
  9. Salam Kak cik...

    Kalaulah boleh kau kongsikan kedukaan itu bersamaku...akan kuberikan bahuku untuk kau tangis dan lengan bajuku utk mengelap hingusmu...hehehe

    Kalau nak luahkan kat zai pun zai sudi mendengarnya...Kak cik email jer kat zai kat my e-mail zakiahali81@yahoo.com , sentiasa sudi dan setia menemani rakan2 yg didlm kesedihan dan kesusahan kerana zai juga orang susah..

    BalasPadam
  10. Salam Zai..

    terimakasih kerana sudi mengongsi keresahan ini. InsyaAllah, kakcik percaya ada penyelesaiannya. Cuma kakcik masih perlukan waktu.....

    BalasPadam
  11. ida selalu tertanya2 apa yg melanda kakciks..ida dapat rasakan walau tk tahu apa sebenarnya..kerana ida juga spt kakcik melindungi duka hati dgn gelak tawa..siapa tahu?hnya kakcik..ida dan Dia yg Maha Mnegetahui..muga kakciks sentiasa diberi ketabahan.

    BalasPadam
  12. Ida sayang...

    ya hanya kita dan Dia Yang Tahu. Yang penting kita kena tabah, betul x?

    BalasPadam

Catatlah apa saja..saya sedia membaca...