Klik klik
Isnin, Oktober 19, 2009
Saja nak bercerita
Semalam aku pergi ke ATM sebuah bank. Masa tu tak ada orang pun. Entah kenapa, macam ada masaalah pulak. Tak tahulah, sama ada ATM tu 'sakit perut' atau kad aku yang 'meragam'. Sedang aku menunggu, datang dua orang - seorang perempuan dan seorang lelaki. ATM yang satu tu 'out of service', jadi mereka berbaris di belakang aku. Yang lelaki tu, macam bukan nak cepat, sibuk bercakap di telefon. Tak apalah. Tapi, yang perempuan tu (masih muda orangnya) tercegat di belakang aku.
Kerana aku tak suka menyusahkan orang, aku berpaling ke belakang sambil berkata kepada perempuan tu, 'ada masaalah'.. Dia buat muka selamba je, seolah-olah tak faham apa yang aku cakap. Oh! mungkin dia bukan orang Melayu, tak faham BM kot. (Wajahnya ada iras2 Arab atau Pakistan). Setelah aku gagal meneruskan transaksi dan kad aku keluar dari mesin tu, aku pun cakap kat perempuan tu, 'buatla dulu...'
Selamba juga dia ke depan. Aku tengok dia pilih Bahasa Melayu! Selesai urusannya, dengan angkuh dia berjalan keluar. Tak menoleh pun kepadaku, jauh sekali mengucapkan 'tengkiu' ke 'macih' ke. Tapi, apa perlunya dia mengucapkan itu kepadaku kan? Bukannya dia ambil duit aku pun.....
Setelah percubaan kali keduaku gagal (tak ada sen pun agaknya dalam akaunku itu, tu sebab urusniaga gagal.. wakakaka..), aku balik ke kereta. Kuceritakan peristiwa tadi kepada suami. Suamiku kata, dia nampak perempuan tu, mungkin dia ada masaalah kot! Manalah tahu, bergaduh dengan suami ke.. boyfriend ke.. Jadi itu yang terbawa-bawa perasaan...
Macam tu ka???
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
kakcik,
BalasPadamorang muda sekarang banyak masalahnya... takda hormat kat oranglain dah....
Salam adik...
BalasPadamhmmmm.. mungkin dia tak perasan kehadiran kakcik kot!
kakcik
BalasPadambiarlah luncai terjun dengan labu-labunya. buat apa cari masalah memikirkan masalah orang.
Betul tu AL..
BalasPadammasalah kita pun tak pernah selesai!
KakCik,
BalasPadamLain kali wat bodoh je dgn org camtu. Bukan boleh layan pun ngan org sombong ni.
Echam...
BalasPadammemang kakcik buat bodo je .. tapi, terfikir juga.. nilai2 murni adab sopan semakin terhakis ...
mungkin bini datok kot..
BalasPadamtu yang sombong sangat tu..
kalau lawa sah bini datok..
kalau tak lawa sah baru kena cerai oleh datok..
Salam cikgu...
BalasPadamtersedak saya baca ulasan cikgu...
hmmmmmm... kira2 mcm datin yg tumpang title suami tapi 'tak sedar dari pengsan' ye? :)
kak cik
BalasPadamsebenar nya kami pun hadapi masaalah yang sama...suami cakap kad rosak kot...geram lah sebab tak berduit masa cuti....
zaman sekarang byk yg hnya pntingkn dri sndiri..
BalasPadamRasa hormat sesamat manusia x kira usia sdah hilang x tau p mana
Salam Ezza..
BalasPadammalu pun ada juga.. iya-iya duk kat depan ATM tu, duit tak keluar! :(
Salam Murni,
BalasPadamTerima kasih sudi singgah. Bukan tak boleh bersikap pentingkan diri, tapi biarlah sesuai pada keadaannya.
Salam Kakciks..
BalasPadamSusah bila adab menghormati orglain tu lum tersemat di jiwa sanubari..keegoan mula menebal..
Tak pelah Kakciks..bior jek laa..janji masih ramai yg respect pada kakciks..tabik springgg gitu..:):)Muahhss..:)
Salam Tini...
BalasPadamAduh! malu kakcik bila Tini kata cenggitu. Kakcik ni bukan sapa-sapa pun.. Seorang tukang bancuh air yang kadang2 dihambat boring teramat-amat. Nasib la kenal dunia blog ni dan ada kawan2 yang sudi bersembang dengan kakcik di teratak kecil ini....
salam kakchik
BalasPadamagaknya sekarang ni makin ramai orang lupa asal usul dan budibahasa kot kak.
Salam Ummu...
BalasPadam'budi bahasa budaya kita' tu, nampaknya hanyalah slogan... :(