Klik klik

Rabu, Oktober 28, 2009

Pesanan


Saat aku melangkah pergi
iringilah dengan doa nan suci
andai ada terguris di hati
aku bermohon tolonglah dimaafi

aku pergi dan akan kembali
namun perjanjian hidup atau mati
bukan kita penentu hakiki
semuanya adalah janji yang telah termeteri...

14 ulasan:

  1. kakcik,
    selamat bercuti dan selamat kembali....Kerinduanlah 3 hari tak dapat menebeng kat umah kakcik...sob..sob..sob...

    BalasPadam
  2. salam kakciks
    semoga selamat pergi dan kembali
    jumpa lagi diruangan ini nanti...have a nice trip ye..

    BalasPadam
  3. Salam . Jangan lupa beli BUAH PUSING KEDAI.

    BalasPadam
  4. akak nak gi cuti ke, slmt brcuti, ari ni sy pnjam laptop adik, bru dpt dtg sini huhuu

    BalasPadam
  5. salam...lain macam saja sajak pendek tu.....

    BalasPadam
  6. Salam Kak Cik
    Tima kasih kerana jemput ke rumah. Tapi tengah malam semalam teman lari balik ke Peghak. Lagipun boss kata Sidang DUN udah selesai. Tiang gotak pulak udah bungkih.
    Boss suruh ngikut dia ke Shah Alam pada 8-11 Nov ni. Tak tahuler ape kojernye ..
    Tahniah Kak Cik dapat mintak naik pangkat. Mesti sedap kopi yang kak cik bancuh!

    BalasPadam
  7. Salam Kak Cik..

    Bestnya dapat g jalan2 sambil bercuti..

    Jangan lupa kembali berblogging dan citekan pengalaman indah semasa bercuti..

    Semoga semuanya selamat dan sihat sentiasa diberi Allah hendaknya..

    BalasPadam
  8. Salam Kakcik,

    Melangkah kemana? Jauh dan lama agaknya.

    BalasPadam
  9. Okay..
    Salam hormat dan selamat semuanya
    Maaf zahir khalbu..
    Dan selamat kembali ..

    BalasPadam
  10. salam..
    Ke mana gerangan hendak dituju?
    Tak merajuk kan?
    Selamat bercuti dan rehatkan minda..semoga selamat pergi dan pulang.

    BalasPadam
  11. Terimakasih semua kerana tetap sudi singgah kat teratak ini w/pun kakcik tiada. :)

    Adik.. cuti pun kakcik ingat kat adik dan semua yang kakcik sayangi di sini... :)

    NJ.. cuti ini kakcik gunakan untuk tidur! Simpan tenaga untuk berkemas bila balik nanti... :)

    Abu Muaz.. kat sini tak ada buah pusing kedai tapi ada kek pusing sungai... :)

    Maiyah.. kakcik pun pinjam anak kawan punya laptop ni... :)

    Kuntong.. kita takkan pernah tahu bila saat kita akan tiba sama ada di sini atau di sana... :)

    Mamamat.. belum naik pangkat lagi.. baru isi borang je. Teman pun dah naik lemeh le dengan senario kat peghak ni.. ghotak pun terbongkeh.. hemmm..entah le weh oiiii... :(

    Zai.. kat sini, petang je ujan.. ujan je petang.. kakcik tidur je.. anak2 main PS... :)

    Zed.. perjalanan kita w/pun dekat, sebenarnya kita takkan tahu langkah kita terhenti di mana.. :)

    LB.. InsyaAllah, malam esok kakcik akan kembali ke KL.. :)

    Shaniza.. kakcik kat Kuching skrg.. masih dlm 1Malaysia.. :)

    AL.. tak ada miss apa-apa pun.. saja kakcik mohon andainya ada salah silap kakcik, kakcik mohon maaf. Kita merancang perjalanan, namun destinasi bukan sesuatu yang pasti.. :)

    BalasPadam

Catatlah apa saja..saya sedia membaca...