Klik klik

Rabu, Oktober 28, 2009

Naik Pangkat???



Baru-baru ini aku mengisi borang bagi tujuan kenaikan pangkat (pembancuh teh pun ada naik pangkat ke???. Adaaaaaa... jadi ketua dapur! Hehehe...)

Kalaulah ada rezeki dan kalau boleh.... janganlah aku dihantar ke Putrajaya. Kena pulak aku beli basikal untuk dikayuh di subuh hari (teringat dialog Seniman Bujang Lapok : sebelum subuh untuk merasmikan kandang rimau...). Alang-alang jauh, aku teringin nak bertukar angin ke Malaysia Timur. Tapi, En. Suami mesti tak mahu. Dia sayangkan Kuala Lumpur. Tambah-tambah sayangnya kepada satu-satunya harta tak alih yang kami ada - sebuah rumah.

Apa-apapun rezeki itu Allah Yang Menentukan...

18 ulasan:

  1. kakcik,
    tahniah kerana ada peningkatan pangkat...semuga kakcik dapat yang kakcik idamkan.
    kalau kena tukar putrajaya, susahlah kakcik nak pegi chokit kan.....
    amboi, jauhnya nak pindah...malaysia timur....
    janganlah jauh sangat pindah...

    BalasPadam
  2. Kak Cik,
    Tahniah semoga kak cik akan lebih komited lagi pasni... hehhehe

    BalasPadam
  3. salam kak,

    dari jauh anaklaut mendoakan agar kak akan berjaya dalam naik pengkat tu..:) isnyallah..!

    BalasPadam
  4. tapi harus juga di ingat selain naik gaji dan kemudahan, naik pangkat juga menuntut tugas dan tanggungjawab yang lebih besar. kadang2 naik darah juga. tetapi saya percaya kakcik boleh melakukannya.

    BalasPadam
  5. Adik..

    kalau duk kat Mesia Timur tu mmg tak dpt la nak gi Cokit! kena belajar makan masakan sana la pulak .. :)

    BalasPadam
  6. Echam..

    belum tentu dapat. Kalau dah dapat pulak, belum tentu terima... :)

    BalasPadam
  7. Anak Laut...

    Terimakasih atas doa.. InsyaAllah :)

    BalasPadam
  8. AL...

    memang tanggungjawab akan bertambah. Jangan sampai tertonggeng akibat terlebih rasa garam dah le! :)

    BalasPadam
  9. salam kakciks
    Keja makan gaji dpt la naik pangkat..smga kakcik dpt apa di impikan
    tapi saya ni bila nak naik pangkat ek..keja sendiri cam ni?..uwaaaa...x merasa la kot.. tapi walau kakciks duk kat mane sekali pun jgn luper bersiaran tau..nti rindu dendam lak... hehehe

    BalasPadam
  10. Salam NJ...

    kawan-kawan kakcik di maya ni dah jadi macam 'dadah' buat kakcik.. mesti gian kalau tak dapat bersiaran tau.. :)

    Kerja sendiri lagi bagus.. tak payah pening kepala dengan karenah2 yang tak masuk akal...

    BalasPadam
  11. Tak yah lah pindah..pi makan2 angin udah lee..
    tak gitu kakcik..?

    BalasPadam
  12. LB..

    Sesekali berubah angin, elok juga kot, :)

    BalasPadam
  13. Salam sis..
    Mudah2an...semoga sis berjaya nanti..
    Semoga...bila dah naik pangkatnya...org di sini dilupa jgn...Uuuwwaa!!

    BalasPadam
  14. Salam Tini...

    sebenarnya kakcik risau juga.. manalah tahu, andainya bertukar tempat.. kakcik tak boleh lagi berjumpa dengan semua yang kakcik sayangi di sini...huhuhu...

    BalasPadam
  15. Salam Kakcik,

    Tak jauh, KK pun Masih dalam Malaysia.
    Tahniah, mudah-mudahan berjaya. Chief of Tea Lady...

    Saya kekal kat takut lama, apa nak naiknya juru runding tak bergaji..

    BalasPadam
  16. Salam Zed...

    dulu kakcik pernah mohon untuk bertugas di MSD London, tapi tak berjaya. Iya, Malaysia timur pun dalam 1Malaysia juga kan?

    Mcmna lak jadi jururunding tak bergaji tu? :)

    BalasPadam
  17. Salam KakCik,
    Setiap org ada mimpi, perlu ada peningkatan..kalau boleh tak nak berdiri ditapak yang sama..betul kan kak.
    Salam syg...

    BalasPadam
  18. Salam sayang Indah..

    untuk mendapat peningkatan, kita tak boleh merasa selesa di tapak yang sama saja.. :)

    BalasPadam

Catatlah apa saja..saya sedia membaca...