Klik klik

Selasa, Oktober 27, 2009

Kisah malam tadi...


Semalam lepas maghrib, dah selesai lipat dan susun kain baju semua, aku rasa mengantuk. Jadi aku kata dalam hati sendiri, tidur dulu la. Along pun lambat lagi balik dari masjid. Pukul 9.00 nanti baru bangun untuk solat Isyak dan keluar ke KLIA untuk jemput suami.

Pukul 9.00 aku masih bermalas-malas di tempat tidur. Rupanya Along pun dah balik. Dia jenguk ke dalam bilik dan tanya, 'pukul berapa nak pergi?'. Aku jawab pukul 10.00 pun tak apa, ayah belum naik kapalterbang lagi. Along kata eloklah pergi cepat sikit, nanti nak isi minyak kereta lagi. Aku pun siap-siap solat Isyak kemudian kami anak beranak pun keluar rumah.

Kami menggunakan Maju Expressway (Mex) dari Sri Petaling ke KLIA. Perjalanan mulanya lancar sahaja. Tiba-tiba aku mendengar bunyi deruan yang kuat. Aku fikir mungkin ada tingkap yang terbuka. Tapi semuanya elok tertutup. Kudengar Along bersuara, 'rasanya tayar buat hal ni...'. Perlahan-lahan Along menghimpit ke kiri dan berhenti di tepi jalan. Mulanya aku nak suruh Along berhenti di Hentian Seri Kembangan yang terletak lebihkurang 1km sahaja di hadapan. Along kata tak boleh dah.

Aku arahkan adik ngan bangcik keluar dari kereta dan duduk jauh di bahu jalan. Tahu sajalah.. dah banyak kereta yang berhenti di lorong kecemasan disondol oleh kereta dari belakang. Rupa-rupanya tayar belakang sebelah kanan dah rapat ke rim dan jalan!
Along pun dah agak panik. Nasib baik aku teringat untuk menelefon Toyota 24hrs Breakdown Service. Tapi, labihkurang sejam jugalah kami menunggu di tepi lebuhraya tu. Trak MEX yang dihubungi oleh pihak Toyota tu terpasa membuat pusingan U yang jauh untuk ke tempat kami tersadai. Kalau dia boleh menongkah arus, dalam 5 minit pun boleh sampai. Hehehe... jalanraya bukan tempat untuk main-main.. kena ikut undang-undang tau. Petugas MEX tu mengambil masa kurang sepuluh minit untuk menukar tayar tanpa sebarang bayaran dikenakan. Terimakasih banyak-banyak.

Dalam masa yang sama, aku, Along dan Bangcik bergilir-gilir cuba menghubungi suami. rupanya beliau tiba agak lewat di KLIA kerana pesawat MAS itu lambat sedikit berlepas dari Alor Setar.

Setelah dapat dihubungi, suami suruh kami berpatah balik sahaja. Dia akan mengambil teksi. Aku fikir, dah alang-alang baiklah kami teruskan sahaja perjalanan ke KLIA. Akhirnya suami setuju kami menjemputnya. Sampai di rumah dah lebih pukul 12.00 . Dalam mengantuk, suami masih sempat menjamah masakanku. Akhirnya tidur pukul 1.00 lebih. Subuh tadi, belum pukul 5.00 dah bangun semula.

Harap-harapnya aku tak mengantuk hari ni... takut nanti bancuh air campur garam!

14 ulasan:

  1. Salam Kak Cik,
    Uishhh... pecah pulak tayarnya. Baik betul petugas MEX. Tak kena bayaran yer....

    BalasPadam
  2. Salam Echam..

    Alhamdulillah.. Kakcik dah terbayang dah berapa nak kena bayar ni sebab duit dalam dompet ada ciput je! :)

    BalasPadam
  3. Salam dear Kakciks..
    ermm..patut pun tunggu2 tak datang'umh' tinie..rupanya kesibukan ekk..:):)
    Pe2..semoga hari akak ceria dan diberikan kesihatan yg baik sentiasa..:):)Muahhss..
    Opss..ari ni leh bezakan antara garam dgn gula kan kan kan..:):)

    BalasPadam
  4. Salam Tini dear...

    kalau letak dekat-dekat, mahu bertukar kot gula dengan garam... nasib le siapa yang terkena! wakakaka...

    BalasPadam
  5. kakcik,
    Alhamdulillah walaupun tayar pancit tapi kesulitan dapat diatasi dengan mudah.
    Mujur ada orang kuat (hero-hero)...
    kakcik pun kurang tidur juga ye...sama-sama lah kita menahan ngantuk...

    BalasPadam
  6. Adik..

    Alhamdulillah.. akhirnya semuanya selamat. cuma Along kata nyamuk suka beno hisap darah dia1 Nyamuk pun pandai pilih orang yang banyak darah...hehehe...

    BalasPadam
  7. Kena belajar untuk tukar tayar sendiri dan juga pastikan tayar spare tu ada angin. Masa menunggu tu terlalu lama..macam2 boleh terjadi dan boleh buat dikala tu. Pun begitu ada hikmahnya ..sebab kalau dok pi tunggu lama2 kat KLIA tu nanti kena halau oleh polis pertugas agaknya..tak gitu kak cik?

    BalasPadam
  8. Memang pun rasa membuang masa, LB. Tapi macam LB kata, memang ada hikmahnya.. kakcik memang tak suka kena halau tau... w/pun tahu salah kita, tapi rasa macam bodoh pulak dihalau-halau. :)

    Syukurlah tayar gantian tu ada angin yang secukupnya.

    BalasPadam
  9. Salam Kakcik,

    Lama tak menjengah blog kawan-kawan, rindunya.

    Aduss...penat dan letihnya cerita kakcik. Saya simpati. Tetapi Alhamdulillah semua selamat..

    BalasPadam
  10. Salam Zed...

    ke mana lama menghilang??? Pergi umrah ke??? :)

    BalasPadam
  11. Salam Kakcik,

    Baru nak gi Haji tahun ni, InsyaAllah doakan.

    BalasPadam
  12. Iya.. kakcik doakan semoga mendapat haji yang mabrur..dan selamat walau di mana berada. InsyaAllah.

    BalasPadam

Catatlah apa saja..saya sedia membaca...