Klik klik

Jumaat, Oktober 16, 2009

Begitu takdirnya

sewaktu ini bapa masih boleh bangun

Musim menunaikan rukun Islam kelima datang lagi. Berpusu-pusu umat Islam dari seluruh dunia bakal menunaikan ibadah Haji buat kali pertama atau yang berulangkali. Sepatutnya bapaku juga menunaikan Haji pada tahun ini. Namun, siapa yang boleh menentang takdir yang telah ditentukan olehNya? Bapa tiba-tiba jatuh sakit dan kini hanya mampu terbaring. Boleh duduk sesekejap di kerusi jika dibantu.

Ya Allah, pulihkanlah kesihatan bapaku. Izinkanlah beliau untuk menjejakkan kaki ke Baitullah pada tahun hadapan..

28 ulasan:

  1. Salam kakciks..
    Semoga bapa akak akan sembuh..dan diberikan kudrat olehNya ke tanah suci..InsyaAllah..

    BalasPadam
  2. Salam Tini..

    Terimakasih. Buat masa ini, bapa memang tak boleh bangun tanpa bantuan. Doktor kata, bapa kena 'slip disc'. Untuk pembedahan, sekurang-kurangnya RM20k diperlukan.. Kalaulah kakcik adik beradik mampu... :( (sebelum ini - beberapa bulan lepas bapa sudahpun menjalani pembedahan prostat yang menelan kos RM10k)

    BalasPadam
  3. Salam kakcik,

    Semuga bapa kakcik dapat mengerjakan ibadah haji tahun depan. mudah-mudahan kesihatannya lebih baik tahun hadapan.

    BalasPadam
  4. Salam Adik..

    Mudah2an begitulah hendaknya.

    BalasPadam
  5. kakcik,
    bapa kakcik pernah dirawat di CCU hospital serdang tak?

    BalasPadam
  6. Kenapa Adik?

    tak pernah. Gambar tu kat klinik swasta di Gombak - kalau tak silap kakcik. Kalau tak pun, di KBMC.

    BalasPadam
  7. Salam Kak Cik..

    Sedih tengok keadaan ayah kak cik..sedih sangat2 sebab tahu betapa azabnya nak menanggung kesakitan itu..mudah2an setiap kesakitan yg dirasa akan mensucikan segala dosa2nya yg lalu...

    Zai doakan mudah2an ayah kak cik akan segera sembuh dan sihat seperti biasa.

    BalasPadam
  8. Salam Zai..

    Terimakasih. Kakcik pun ada cakap pada bapa bila dia mengeluh.. sakit ini untuk menebus dosa yang pernah dilakukan. Mudah2an di sana nanti, ringanlah hukuman yang diterima (sebab kita manusia biasa yang tak terlepas dari melakukan dosa). Mudah2an Allah SWT ampunkan dosa kita semua.

    BalasPadam
  9. kakcik,
    saya lihat gambar, bapa kakcik sedang diperiksa jantung...ingatkan kat hospital serdang....

    BalasPadam
  10. Adik..

    terimakasih kerana call kakcik tadi. Mudah2an ada jalan untuk bapa kakcik bangun semula. InsyaAllah.

    BalasPadam
  11. salam kakcik syg..

    sayu sggh melihat keadaan bapak kakcik tu..hrp2 ada rezeki nora jumpa bapak kakcik akn dtg..dan mudah2an hasratnya ke Tanah Suci termakbul juga..nora akn sentiasa doakn utk bapak dn jgk kakcik sklrga..InsyaAllah

    BalasPadam
  12. Salam KakCikSeroja,
    Semoga Allah beri kesembuhan yang sebaik-baiknya. DIA memberi yang terbaik untuk sekelian hambaNYA.
    Bersabar dan berdoalah di samping berusaha.

    BalasPadam
  13. kakcik,
    insya'allah, jika ada rezeki ayah kakcik, dapatlah kita usahakan sesuatu.

    BalasPadam
  14. Salam Nora sayang...

    mudah2an bapa dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan dipulikan kesihatan olehNya. Terimakasih untuk doa Nora..

    BalasPadam
  15. Salam Dr ..

    semoga usaha dan doa kami akan membuahkan hasilnya. Iya, semoga DIA memberi kesembuhan buat bapa.

    BalasPadam
  16. Terimakasih Adik...

    memang kakcik terharu sungguh dengan usaha Adik. Hanya Allah Yang Tahu dan Dia jugalah yang memberi balasan yang baik...

    BalasPadam
  17. saya doakan semoga kesihatan ayah kakcik pulih semula untuk menunaikan haji tahun ini.

    BalasPadam
  18. Salam AL..

    bapa memang tak boleh pergi tahun ini. Kakcik dah buat surat ke TH untuk penangguhan. Harap2nya kesihatan bapa akan pulih dan dapat pergi pada tahun depan. InsyaAllah.

    BalasPadam
  19. Salam KakCik,
    Kalau KakCik tak keberatan, email saya ceritakan apakah masalah ayah kakcik dan pernahkah menerima rawatan homeopati atau yang lain. Manalah tahu jika saya boleh beri pendapat.
    universiti.maya@yahoo.com

    BalasPadam
  20. salam kak cik,
    june doakan bapa kak cik akan sihat, sembuh dr penyakit...

    tgk bapa kak cik, hati meruntun2 tringatkan abah june di kg. abah pun slalu sakit2 sekarang ni, sekalipun june tak dapat g ziarah lagi...

    BalasPadam
  21. Salam Dr..

    InsyaAllah, nanti kakcik cuba emelkan kisah bapa penyakit bapa kepada Dr. Terimakasih atas keprihatinan Dr.

    BalasPadam
  22. Salam June..

    Terimakasih atas doa June. Kakcik faham perasaan June, iyalah dah 20 tahun berjauhan kan? Semoga doa June untuk ibuayah June akan dikabulkan oleh Yang Maha Mendengar.

    BalasPadam
  23. Kak Cik...simpati dengan bapa kak Cik, mudah-mudahan Allah sembohkan bapa kak Cik. inshyaallah Tahun depan dapat beliau ke Tanah Suci...

    BalasPadam
  24. Terimakasih Ros...

    itulah juga harapan dan doa kakcik. InsyaAllah.

    BalasPadam
  25. Bersabarlah kak cik..
    Tiap yg terjadi tu ada hikmahnya..
    pernah kita mendengar crita bahawa ada hamba Allah yg mendapat haji mabrur tapi tidak pergi menunaikan haji ke mekah..
    Pernah dengar kan..
    Pun begitu kita tentunya berdoa agar yg berhajat dapat menjejakkan kaki ketanah suci buat kesekian kalinya..
    termasuklah kita semuanya..

    BalasPadam
  26. Terimakasih Sdr LanaBulu...

    Semua umat Islam yang 'normal' pastinya ingin menjejakkan kaki ke sana. Tapi Dia juga yang menentukan segalanya...

    BalasPadam
  27. Salam. Inilah peluang yg Allah berikan pada kakcik dan adik beradik untuk berbakti padanya.Saat ini dia memerlukan banyak sentuhan dari anak-anaknya.

    BalasPadam
  28. Salam Abu Muaz..

    betul. Kalau boleh dia hendak tangan kita sentiasa di badannya...

    BalasPadam

Catatlah apa saja..saya sedia membaca...