Klik klik

Khamis, Ogos 06, 2009

Ramai betul yang demam

Bangcik kata ada doktor datang ke sekolah.. Ramai murid yang demam.
Cikgu pun ramai yang tak sihat - bangcik kata, kalau pergi sekolah pun,
banyak tak belajar. Semalam bangcik dah habis menduduki peperiksaan.
Kebetulan pulak semalam hujan lebat, kasutnya habis basah. Sudahnya,
hari ni, bangcik dengan pakaian sekolah yang lengkap - tertidur dalam
kereta (tak ke sekolah la tu....)

Risau memang risau dengan 'cuaca' sekarang. Baru saja baca berita 'on-line'
tadi, budak yang meninggal di Melaka semalam, hanya demam sehari sebelum
meninggal dunia - Innalillahiwainnaillahirojiun...

Mudah2an wabak ini segera berlalu pergi dan tiada lagi mangsa terbaru...

Bismillahillazi La Yadhurru Ma'asmihi SyaiunfilArdhi wa la Fissama'i wa huwassami'ul'alim (Dengan Nama Allah yang tidaklah memudaratkan bersama namaNya segala sesuatu
yang ada di bumi dan langit, Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.)


Sabda Rasulullah saw : Barangsiapa membaca doa di atas sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang hari, maka tiada sesuatu pun yang membahayakan dirinya. (Hadis Riwayat Abu Dawud, At Tarmizi, Ibnu Majah dan Ahmad)

6 ulasan:

  1. Saya pun mmg mengamalkan doa tu.. Kita berusaha, berdoa, selebihnya serahkan pd Yang Di Atas Sana..

    Jaga kesihatan bebaik, Kakcik!!

    BalasPadam
  2. Penyakit ni nak datang, bukan dia bagi signal pun.. kan Ja?

    Terimakasih atas pesanan Ja tu :)

    BalasPadam
  3. Salam Kak Cik

    Mungkin ini adalah bala Allah kepada kita rakyat Malaysia yang lalai agaknya..Marilah kita ramai2 minta ampun dariNYA dan buat sembahyang taubat banyak2..agar dilepaskan dari bencana wabak penyakit yg menular nie..

    BalasPadam
  4. salam kakcik..ida paling risau bila anak-anak sakit..pulak tu mereka ada astma..mintak2 di simpangkan terkena penyakit yg sedang menular ni.

    p/s kakcik thanks..ida nak jdkan kakcik kakak angkat ida boleh tak?ida pun tkde kakak.

    BalasPadam
  5. salam kak.. saya hanya berserah pada Allah, makasih dgn ayat tu

    BalasPadam
  6. Salam Zai...

    itulah kita - manusia yang seringkali leka. Bila datangnya wabak begini, mungkin kita akan lebih peka akan siapa kita ini - makhluk Allah yang serba lemah...


    Salam Ida...

    Tentu saja boleh, kita di dunia ini sebenarnya adalah bersaudara - dari Adam juga asalnya kita..

    Salam Maiyah,

    Sama-sama. Betul, hanya Allah lah tempat kita berserah....

    BalasPadam

Catatlah apa saja..saya sedia membaca...