InsyaAllah, minggu depan aku akan bercuti seminggu untuk menjaga bapa. Masa aku belum boleh berdikari, bapa buat segalanya untukku. Sehingga aku dah berumahtangga dan beranak pinak pun bapa tetap mengambil berat tentangku. Sekarang bapa terlantar sakit, aku tak mampu memberi perhatian sewajarnya buat bapa. Semoga cutiku nanti bermanafaat untukku berada di sisi bapa....
Salam Kak Cik..
BalasPadamAduhai bangganya zai baca tntg pengorbanan ayah kak cik, pasti dia seorang ayah yg istimewa, cemburunya zai dengar bila ada orang bercerita tntg kemesraan dgn ayah diaorang..zai tak bernasib baik, ayah garang sgt sampai kehariini dia masih mcm tu..tak gemar nak bermesra dgn anak2 dan emak yg kesian sekali cuma ada anak2 utk menumpang kasih..
Bertuahnya kak cik...
Salam Zai,
BalasPadambapa kakcik pun masa mudanya garang juga. Tapi, seboleh mungkin dia akan memenuhi kehendak anak2... kalau bapa ada duit lebih, dia akan belikan makanan kesukaan anak2nya. Kalau Zai pernah baca entri kakcik yang terdahulu, kakcik datang dari keluarga yang amat miskin....
salam kakcik
BalasPadamwah..ida pasti rindu tk jumpa kakcik selama seminggu..namun demi ayah kakcik semua pasti merelakan kakcik bercuti buat sementara waktu..,
sukarnya mencari anak2 yg mahu menjaga ayah atau ibu yg sakit dizaman ini..ida bangga dgn kakcik..muga ayah kakcik akan pulih..
p/s bila kita bahagiakan hati ibubapa..insyaallah segalanya akan jd mudah.
salam kak.. alhamdulillah akak dapat cuti, kirim salam pada org kat kampung dan akak bersabar k
BalasPadamSalam Ida,
BalasPadamInsyaAllah - nanti kakcik akan 'bersiaran langsung' dari rumah. Jangan bimbang, kakcik akan buka laptop Along kat sebelah katil bapa :)
Salam Maiyah,
BalasPadamkakcik bukan balik ke kampung, sebaliknya menjaga bapa di rumah kakcik sendiri, InsyaAllah. Doakanlah bapa kakcik pulih semula...