Klik klik

Selasa, Jun 02, 2009

menarik nafas

petang ini aku sengaja mengambil kesempatan untuk balik lambat
kebetulan pula suamiku ada kerja yang hendak disiapkannya
jadi, aku ikut waktu baliknya..
tak perlu along datang menjemput
dan aku tak mahu balik dengan menumpang kawan...

aku ingin waktu seketika
untuk merehatkan fikiranku

sebenarnya aku agak lelah
5 malam tidur di hospital
bukan seperti bercuti di hotel mewah
walaupun hospital swasta itu
boleh dikatakan tenteram -
tiada hiruk pikuk
duduk di bilik kongsi berdua
dan kebetulan katil sebelah kosong -
aku merasa agak bebas..

bilik solat ada disediakan
bilik air pun ok
tv dengan siaran dari saluran2 astro pun ada...
tapi aku tetap rasa penat..

sebab???

aku cuma tidur atas kerusi malas
dan sesekali menumpang di katil adik..
aircond terpaksa di pasang kuat
dan adik kena 'disejukkan'
w/pun sebenarnya dia sedang menggigil
dan minta di selimut...
aku juga kesejukan sampai 'ke tulang hitam'
nurse kata jgn selimutkn adik
suhu badan adik adakalanya naik sampai 41C..

tapi bila suamiku datang
dia kata adik kena diselimut supaya berpeluh...
sudahnya aku yang jadi celaru...

walaubagaimanapun
syukur Alhamdulillah
adik dah sembuh
dah balik ke rumah pun tengahari tadi...

jadi
petang ini aku ingin rileks dulu
sebelum balik ke rumah

sebab
bila balik nanti
dapat ku bayangkan
rumah yang berselerak
lantai yang ada sisa2 makanan
kain baju yang perlu dilipat/digosok/disusun

adik iparku memang tolong lipat baju
tapi.. aku ni manusia cerewet
aku akan lipat semula
untuk sesuaikan susunan dalam almari

aku tetap akan ke dapur
untuk susun pinggan mangkuk
mengikut citarasaku

suamiku kata
itu semua yang membuatkan aku bertambah penat..
biarkan saja lah...orang dah tolong tu kan bagus.... kata suamiku..

kerana sikap cerewet juga
aku tak mahu menggunakan khidmat pembantu rumah..
takut aku pula yang buat semua kerja
dan pembantu jadi 'mem besar'...

syukur juga
sejak menjalani pembedahan membuang folip2 sinus
aku terperasan penyakit semput ku telah 98% hilang...

ada setengah jam lagi sebelum suamiku datang...
nak rileks kejap....

2 ulasan:

  1. Salam Kak Cik
    Alhamdulillah Adik dah keluar hospital. Semoga ketabahan Kak Cik diberkatiNya.

    BalasPadam
  2. Salam mamamat..
    Alhamdulillah dan terimakasih.. :)

    BalasPadam

Catatlah apa saja..saya sedia membaca...