Klik klik

Jumaat, Mei 22, 2009

tengahari tadi

kerana waktu rehat yang panjang
kawan2 sepejabat ingin menziarahi bapa

kebetulan adikku ada di rumah
kata kakak dan adik
tadi bapa dah boleh tegakkan belakang
untuk seketika (dalam posisi duduk di kerusi malas)
Alhamdulillah.. Syukur padaMu Ya Allah
mudah2an bapa terus menunjukkan perkembangan
yang positif....

tapi..
bapa langsung tak ada selera nak makan..
balik tadi aku suapkan beberapa potong tembikai
yang bapa minta pagi tadi...

dari blog saifulislam.com

(mengalir juga airmataku membaca kisah ustaz Hasrizal ini....)

Hukuman Gantung Selagi Hidup!
May 21st, 2009 by Abu Saif 2,702 views Print Email

“Emak baru dapat surat ini. Biasiswa kamu digantung!” kata emak di corong telefon.
Jantung saya berdegup kencang. Terasa gelap dunia di sekeliling.
“Macam mana boleh jadi macam ini? Emak tak mampu nak tanggung kamu,” emak menangis.
Kalaulah ibu saya berada di depan mata, mahu saja saya memeluknya untuk mententeramkan dia. Tetapi ibu jauh di seberang lautan. Di kampung halaman, ditimpa perasaan tatkala menerima sepucuk surat berpuaka yang mengubah hidup saya.

Sungguh saya tidak tahu menahu. Tiada penjelasan yang mampu saya berikan kepada emak. Hanya sebuah keyakinan, bahawa saya tidak bersalah. Saya tidak takut. Saya tidak membuat apa-apa kesalahan. Saya yakin surat itu hanyalah fitnah yang bertujuan untuk menjadikan saya sebagai kambing hitam.

TIGA BULAN SEBELUMNYA

1997 adalah tahun musibah buat pelajar Malaysia di seluruh dunia.
Selain kejatuhan matawang Malaysia yang amat menakutkan, kami di Jordan ada kisah tambahan yang mengiringinya.

Pelbagai insiden menimpa. Kemuncaknya ialah, kerajaan Jordan menaikkan yuran kami daripada 25 Dinar bagi satu subjek, kepada 150 Dinar. Bayangkan, daripada RM125 bagi satu subjek, kami berdepan dengan kenaikan yuran mencecah RM750 bagi setiap satu subjek! Dan kami ada 44 ke 46 subjek untuk dihabiskan. Tentu sahaja bagi pelajar-pelajar yang menerima biasiswa, kenaikan ini tidaklah begitu besar kesannya kerana pihak penaja yang akan membuat keputusan untuk terus membayar, atau apa-apa jalan keluar yang lain. Namun bagi ribuan pelajar persendirian yang lain, mereka terumbang-ambing.
Segala-galanya datang bertimpa-timpa.

Asalnya, saya tidaklah begitu berhajat untuk bertindak balas secara aktif memandangkan diri sudah masuk ke tahun akhir pengajian. Tetapi atas rasa tanggungjawab sebagai orang tua, saya bersama ramai lagi pemimpin pelajar mengusahakan memorandum, mengutip tandatangan pelajar seramai mungkin, untuk merayu kepada kerajaan Jordan supaya menarik balik kenaikan yuran tersebut.

Lebih menyedihkan, kenaikan itu turut sama membabitkan kumpulan pelajar asing minoriti dari Indonesia dan Thailand. Mereka juga dikenakan yuran baru yang amat tinggi itu. Dan mereka mengharapkan kami para pelajar Malaysia untuk bertindak selaku kelompok majoriti dari kalangan pelajar asing.

Tetapi ikhtiar dan susah payah kami itu disekat. Ada pihak yang lebih berotoriti, mencadangkan penyelesaian secara diplomatik. Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan. Itulah penyelesaian yang sepatutnya. Kami kembali semula ke mood pengajian sementara menanti perkembangan selanjutnya.

Sebulan berlalu…

Kelas sudah masuk minggu ketiga.
Tiada sebarang khabar berita.
Pihak penaja di Malaysia sudah bising. Mengapa kami tidak masuk ke kuliah seperti yang sepatutnya?

Apabila kami merisik dengan Kementerian Pengajian Tinggi Jordan, berita yang diterima amat mengejutkan. Mereka tidak menerima sebarang bantahan daripada pihak berwajib ketiga-tiga negara!
Di manakah penyelesaian diplomatik yang dicadangkan dulu?
Sejujurnya, saya tidak tahu.

Banyak kekecohan yang berlaku. Saya, antara mengambil tahu dan tidak, enggan terlalu membabitkan diri kerana sudah penat melayan hal-hal seperti ini semenjak di tahun pertama kembara saya di bumi Syam.

Namun dalam rasa hati yang berbelah bagi itu, saya didatangi rasa bimbang. Kali terakhir biasiswa masuk adalah kira-kira lima bulan yang lalu. Elaun kami yang sepatutnya diagihkan setiap tiga bulan sekali, sudah dua bulan lewat. Perit… setelah bekerja keras belajar untuk cemerlang dalam peperiksaan SPM, demi melayakkan diri mendapatkan biasiswa yang ditawarkan, tiba-tiba hidup kami pula yang menjadi sengsara kerana pembayaran hampir tidak pernah tepat mengikut jadual. Namun, belum pernah selewat ini…

Apa yang ganjil, hanya saya seorang sahaja yang mengalaminya kali ini. Dan kelewatannya bukan sebarangan.

Nyata sekali, kerisauan saya itu amat berasas.

KECELAKAAN

Panggilan telefon daripada bonda di kampung mengiyakan segalanya. Ia bukan lagi masalah-masalah teknikal yang sering dialasankan sebelum ini. Biasiswa saya digantung!

Saya tidak mengetahuinya sehinggalah diberitahu oleh bonda. Insan yang sepatutnya menjadi manusia terakhir tahu tentang insiden yang menimpa ini.

Di dalam surat berkenaan, saya dituduh menghasut pelajar Malaysia di seluruh Jordan agar tidak mendaftarkan diri di universiti ekoran kenaikan yuran kami itu! Saya juga dituduh menghasut pelajar-pelajar lain untuk bertindak secara anti establishment, menentang pembabitan di dalam program-program anjuran pihak berwajib. Ia adalah suatu pertuduhan jahat yang amat mengejutkan saya.

Bukti kepada semua itu, adalah bersandarkan kepada beberapa cop imigresen yang kedapatan di pasport saya. Saya dituduh pulang ke Malaysia pada tarikh tertentu tanpa pengetahuan pihak penaja dan saya terbabit dalam kegiatan-kegiatan yang salah di sisi perjanjian saya bersama penaja.

Allah!

Memang benar, setiap pelajar yang ditaja, tatkala bermusafir ke mana-mana, hatta pulang ke Malaysia sekali pun, sepatutnya memaklumkan keberadaan mereka itu kepada pihak penaja. Namun dengan puluhan ribu pelajar tajaan, hampir tiada seorang pun yang berbuat demikian. Ia dimanipulasi oleh pegawai yang memfitnah saya itu. Mereka bertemu ‘bahan’ untuk mencipta kes terhadap saya. Demi melepaskan diri daripada kesalahannya yang tidak menjalankan tugas dengan baik, saya dipilih sebagai kambing hitam untuk disembelih.

Saya berusaha untuk menenangkan emak yang panik. Dalam keadaan dirinya uzur dimamah sunyi dan pertambahan usia, berita penggantungan biasiswa saya memburukkan keadaan. Saya berjanji untuk terus berjuang mendapatkan kembali hak saya. Bonda harus yakin dengan saya, kerana saya TIDAK BERSALAH.

BERSEMUKA

“Kamu nak apa?” tanya pegawai itu kepada saya.
“Benarkah saya digantung biasiswa?” saya menyoal pegawai tersebut.
“Masuk ke dalam!” dia menarik tangan saya masuk ke pejabatnya.
“Saya mahu tahu, apa alasan encik memfitnah saya seperti ini?” saya bertanya. Dada seperti tepu dengan api.
“Itu rahsia kerajaan!” katanya sambil menjeling dengan sinikal kepada saya.
“Rahsia kerajaan apa??? Ini surat apa? Ini tandatangan siapa?” saya mengeluarkan salinan surat yang difaks oleh bonda. Beliau yang menandatanganinya.
Beliau amat terkejut.
“Mana kamu dapat surat ini?” tanyanya kepada saya.
“Hai, kalau encik ada rahsia kerajaan, saya pun ada rahsia saya juga!” saya memulang paku buah keras.
“Beri surat itu kepada saya!” beliau cuba merampas surat itu daripada tangan saya.
Saya menepis tangannya. Beliau sudah berusia akhir 50′an. Tetapi kejam hatinya, saya simpati kepada wanita yang melahirkannya!

“Kalau encik ambil sekali pun, saya sudah buat banyak salinan. Encik fikirlah sendiri, kalau surat ini dikeluarkan kepada emak saya, takkanlah ia tidak sampai kepada saya? Itu pun tak boleh fikir ke?” saya semakin hilang sabar.
Beliau mendail telefon dan bercakap dengan seorang pegawai yang lebih tinggi pangkatnya.
“Ini ha, ada pelajar nama Hasrizal ini. Dia kata biasiswanya digantung. You tahu ke?” tanya beliau sambil mencebikkan muka ke arah saya.
“Encik jangan nak main marah anak sindir menantu!” saya semakin meninggikan suara.
Asri yang menemani menepuk bahu saya meminta saya bersabar.
“Habis kamu nak apa?” tanya beliau.
“Nak apa? Encik dengar sini, saya sekarang di tahun akhir pengajian dan berusaha keras untuk segera balik kerana emak saya sakit. Tetapi surat encik telah menyebabkan sakit emak saya menjadi semakin teruk. Encik kena ingat, kalau apa-apa terjadi kepada emak saya, saya tidak akan lepaskan encik!” saya semakin marah.

Pegawai tersebut sudah mempunyai rekod kerja yang amat buruk. Beliau amat dibenci oleh kebanyakan pelajar.

Berita tentang kesan surat fitnah beliau terhadap emak saya benar-benar menjadikannya terkejut.

“Err, saya tidak sangka semuanya jadi seteruk ini. Beginilah Hasrizal, awak buat surat rayuan, saya akan beri sokongan kepada rayuan awak!” katanya, bagai mulut bercakap tanpa bersambung dengan akal.

“Wah sedapnya memberikan cadangan. Encik yang fitnah saya dan menyakitkan emak saya, sekarang encik pula nak ajar macam mana saya nak selesaikan benda ni? Encik pernah dengar kisah Syaitan mengajar Abu Hurairah Ayat Kursi untuk lawan Syaitan?” saya meletup.

“Awak cakap baik-baik sikit!” bentak beliau.

“No! Encik yang cakap baik-baik sikit. Saya tahu encik di Malaysia hanya cikgu sekolah. Selepas dilantik menjadi pegawai diplomat, kerajaan cakap 1 encik cakap 10! Ingat, encik ZALIM! Allah mengharamkan ZALIM ke atas Diri-Nya dan kita semua. Jangan aman dari amaran Allah!” saya bangkit dan meninggalkan pejabat beliau.

Tangan menggeletar. Terasa bagai hati dihiris sembilu, menengking seorang lelaki tua berpangkat bapa kepada saya. Tetapi tuanya tidak mengingatkan dia kepada kubur yang panas untuk manusia yang berlaku zalim sesama manusia.

AZAB DUNIA

Kehidupan tanpa biasiswa amat memeritkan. Ketiadaan biasiswa di Jordan bukanlah sesuatu yang mampu dihadapi oleh mana-mana pelajar. Berbeza dengan negara seperti Mesir, Yaman atau Syria, taraf hidup yang tinggi di Jordan amat memerlukan kepada sumber kewangan dan penggantungan biasiswa saya, mirip kepada hukuman mati ke atas saya kerana soal makan minum, tiada lagi rujukan dan jalan keluarnya.
Ia sebuah kecelakaan.

Hukuman ke atas saya, dan ugutan ke atas pelajar lain.
Namun, dalam sakit yang mendalam itu, saya bertuah kerana mendapat sokongan keluarga.
“Tak apalah, Rizal. Ustaz Ishak Baharom yang baik dan lemah lembut itu pun dipecat!” kata abang saya menerusi telefon.
Air mata saya bercucuran. Pelbagai perasaan menyelubungi jiwa dan raga saya. Hilang selera makan, saya dilanda kemurungan.

Kebetulan, Kejadian Mufti Selangor dipecat kerana kes pertandingan ratu cantik pada tahun 1997 itu sangat banyak membantu. Keluarga saya menganggap era ini adalah era orang agama ditindas dan dizalimi. Saya salah seorang daripadanya.

Bonda sekeluarga di Malaysia terus berusaha berbincang dengan pihak penaja. Selama siasatan berlangsung, biasiswa saya terus digantung.
Sudah masuk tujuh bulan saya hidup terumbang-ambing di Jordan. Satu demi satu barang milik saya terpaksa saya jual untuk menampung belanja. Radio, televisyen, meja dan kerusi mengulangkaji pelajaran, almari, rak buku, lampu, walkman, katil dan hampir segalanya.
Ketika masuk musim sejuk 1997, harta yang tinggal bersama saya hanyalah sebuah sleeping bag, sebuah beg pakaian berisi kain baju saya, dan ratusan buku yang disusun di tepi dinding rumah sewa kerana rak buku itu juga terpaksa dijual. Kesejukan musim sejuk amat memilukan. Demi Allah, buku-buku yang mengepung tiduran saya itulah yang banyak membantu saya mengawal diri.

TITIK TERENDAH

Saya sebagai pelajar berbiasiswa, membayar portion yang lebih sedikit untuk sewa rumah. Ketidak mampuan saya untuk membayar sewa apatah lagi belanja dapur, amat membebankan rakan-rakan ketika itu. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk berpindah dan menumpang tinggal di rumah kawan-kawan dari Turki.

“Kami nak tolong dengan wang, keupayaan kami juga terhad. Tetapi anta pernah berkata dahulu yang anta mencari ketenangan dengan memasak. Apa kata, anta jadi tukang masak di rumah kita!” kata Cenksu kepada saya.

Dia banyak mengajar saya resepi masakan Turki. Kini, kemahiran itu besar gunanya. Saya berpindah ke rumah pelajar-pelajar Turki itu. Perkenalan lebih setahun dengan mereka, membina ukhuwwah yang amat tinggi nilainya dalam hidup ini.

Saya dan Ustaz Hasan yang banyak menyuntik semangat. Di rumah inilah saya memencilkan diri mencari kekuatan untuk bertahan
“Hasrizal… yakinlah, ini pelajaran dari Allah yang hanya diberikan kepada hamba yang dipilih-Nya” kata Ustaz Hasan sambil memeluk saya.
Bagai anak kecil, saya menangis dalam pelukan sahabat. Terasa sempitnya dunia, hingga tidak mampu untuk keluar rumah, bersemuka dengan sesiapa.

DALAM SEPI

Pagi itu, saya menghantar rakan-rakan ke pintu rumah. Mereka pergi ke kelas. Saya yang sudah menyelesaikan semua coursework, hanya duduk di rumah untuk mengulangkaji dan menghafal al-Quran.
Namun pagi itu perasaan hiba amat memuncak.
Saya duduk di tingkap merenung rumah berkotak-kotak yang bagai lautan menghiasi seluruh pandangan mata saya. Bau pasir yang basah disimbah hujan, amat menyegarkan. Namun dada saya bagai ditekan dengan batu yang tidak kelihatan.

Kitab al-Asas fee al-Tafseer karangan Said Hawwa saya buka. Terpana membaca firman Allah Subhanahu wa Ta’aala:

Orang-orang Munafiq), merekalah yang mengatakan: “Janganlah kamu beri nafkah kepada orang-orang yang ada bersama-sama Rasulullah supaya mereka dengan tekanan itu mereka berpecah belah dan bercerai berai”. Padahal bagi Allah jualah segala khazanah langit dan bumi, ; akan tetapi orang-orang yang munafiq itu tidak mengerti.” [al-Munafiqun 63: 7

Kata Sheikh Said Hawwa dalam menafsirkan ayat ini, “strategi melaparkan pejuang-pejuang Islam, adalah pendekatan kaum munafiq zaman berzaman!”
Mata saya berkaca-kaca. Terima kasih Allah, menemukan saya dengan kalam-Mu yang besar ini tepat pada masanya.

TUHAN YANG RAZZAAQ

Saya ternampak seekor burung di hujung dahan.
Di paruhnya ada seekor rama-rama, rezeki untuknya dan mungkin untuk anak-anaknya yang menanti di sarang.

“Allah, selama ini aku menanti rezeki datang kepadaku. Mungkin aku harus menjadi seperti burung itu yang tidak kalah dengan misteri rezeki setiap hari. Sesungguhnya belajar tentang-Mu sebagai Tuhan yang Razzaaq di bilik kuliah, tidak sama dengan merasakan sendiri bahawa Engkau benar-benar Tuhan yang Razzaq!” saya mengesat air mata dengan hujung lengan jubah yang kusam.
Saya kembali ke bilik.
Pintu dikunci.
Saya membuka laci.
Sepi pagi itu pecah oleh jeritan saya, “ALLAAAHHHHH!”
Saya mahu melepaskan rasa yang terbuku di dada. Wang hanya tinggal 20 Qirsh… tidak sampai seringgit. Untuk meminta dari keluarga, tidak sekali-kali.
Saya yang memilih jalan ini.
Saya harus menguruskannya sendiri.

Dalam hening pagi, saya membelek foto-foto lama di zaman persekolahan. Foto keluarga. Abah dan emak, abang-abang di kampung halaman. Saya kucup foto kami di lapangan terbang, sejurus sebelum saya memulakan kembara ini.
Kembara yang tidak pernah dibayangkan akan menjadi seperit ini.

PAGI YANG MEMBAWA SINAR

Ting tong!

Loceng rumah berbunyi. Ada seseorang di luar. Jarang sekali rumah itu dikunjungi tetamu. Pelajar Malaysia pun sudah agak lama tidak saya ketemu. Masih terasa dengan perbualan saya bersama seorang senior di kauter bas Hijazi di Stesyen Bas ‘Abdali.

“Ana terbabit dalam jawatankuasa memorandum tempoh hari adalah hasil keputusan mesyuarat. Sekarang ini biasiswa ana digantung. Ana nak tahu macam mana pendirian persatuan bila kejadian seperti ini berlaku” saya mendesak pendirian beliau.

“Oh, kejadian ini berlaku atas kapasiti peribadi anta. Mungkin anta yang tak pandai bersiasah. Jadi kami tak boleh buat apa-apa!” katanya dengan wajah yang sungguh tulus memaksudkan perkataan itu.

Saya terasa seperti mahu menumbuk mukanya.

Tetapi saya kawal kemarahan, dan segera beredar, menjauhkan diri dari segala sumber kemarahan, ketika emosi saya begitu rapuh.

“Assalamualaikum!” terdengar suara yang saya kenal di luar sana.

“Waalaikum al-Salaam. Ustaz Misbah ya?” saya membuka pintu.
Kami berpelukan.

Alhamdulillah, ada juga teman yang masih ingatkan saya.

“Bagi pasport anta kepada ana!” kata Ustaz Misbah.

“Eh, nak buat apa?” saya terkejut. Masih trauma dengan insiden penahanan pasport di pejabat pegawai tersebut lama dulu.

“Ana nak bawa anta pergi Haji!” jelas Ustaz Misbah.

“Ana tak ada duit la, Ustaz! Manistathoo’a ilayhi Sabeela tu ana tak cukup syarat!” saya menolak dalam perasaan hati yang berbelah bagi.

“Eh, tak payah. Free of charge. Semua ana tanggung. Sampai di Mekah nanti, kita cuba cari kalau-kalau ada orang nak bagi upah buat Haji!” beritahu Ustaz Misbah.

Saya tidak mampu berkata-kata.

Segera memeluk Ustaz Misbah.

“Inilah yang paling ana perlukan, ustaz. Ana nak ‘jumpa Allah’. Ana dah terlalu lemah sekarang ini!” saya menahan rasa.

Kebelakangan ini, saya begitu mudah menangis. Rasa diri terlalu rapuh. Fragile!

BERTAMU DI TANAH HARAM

Ini musafir ketiga saya ke Mekah. Sekali untuk Umrah dan kemudiannya ibadah Haji.
Istimewanya, kali ini saya pergi tanpa sesen pun di dalam kocek. Benar-benar pergi bagai orang merangkak menyahut panggilan Nabi Allah Ibrahim.

Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ‘ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh.” [al-Hajj 22: 27]

Di sepanjang perjalanan selama 26 jam itu, saya banyak mendiamkan diri. Merenung jauh-jauh ke padang pasir, melihat luasnya dataran berdebu yang terbentang, agar saya dapat menikmati rasa Besar dan Agungnya Allah.

Kami tidak singgah di Madinah, sebaliknya terus ke Miqat, berniat Ihram dan segera menuju ke al-Masjid al-Haram. Entah mengapa jantung saya berdegup kencang. Rasa tidak sabar untuk keluar daripada bas dan segera menuju ke sisi Kaabah. Kami tiba lewat malam. Selepas meletakkan beg di tempat sementara yang disediakan, saya segera masuk ke al-Masjid al-Haram. Hajat di hati mahu terus bertawaf, tetapi saya tersepuk di tangga menuju ke Telaga Zam Zam.

Menangis.

Ya Allah, malunya aku kepada Engkau. Dengan sekelumit ujian-Mu ini, sudah terasa imanku goyah dan nipis sekulit bawang. Bagaimana Khabbab yang terbakar belakangnya itu? Bagaimana Sumayyah yang mati di hujung pedang? Ya Allah, ampunkan kehinaan diriku, kelemahan diriku. Berikan aku kekuatan. Aku datang mencari-Mu, jangan biarkan aku tenggelam dalam perasaanku…”

Saya memungut segala kekuatan yang ada untuk melangkah. Tawaf disempurnakan dengan tangisan. Tangan kanan memegang mushaf, tangan kiri menekan dada. Dalam sebak dan beratnya perasaan yang membelenggu diri, sedikit demi sedikit saya beroleh ketenangan dan kekuatan.

Selesai bersa’ie dan bertahallul, saya termenung di tangga Masjid.
Beberapa hari berikutnya, saya isikan dengan munajat kepada Allah, mencari kembali diri yang dulu.

KEMENANGAN ARAFAH

“Assalamualaikum emak. Rizal ni. Ada di tepi al-Masjid al-Haram,” saya menelefon emak.
“Waalaikum al-Salaam. Hah, emak baru teringat-ingatkan kamu. Jamnul ada beritahu pesan kamu, kata kamu pergi ke Mekah ya” kata emak saya. Suaranya agak bertenaga. Ceria.
“Ya, emak. Rizal minta maaf tak sempat nak beritahu sendiri. Bertolak mengejut kelmarin. Pagi esok ni Rizal dah nak bertolak ke Arafah. Esok Wuquf di sana. Rizal nak minta ampun. Rizal minta maaf sebab selalu menyusahkan…” saya tidak mampu menghabiskan ayat. Menangis lagi.

Terdengar juga emak teresak-esak jauh di sana.

“Emak nak beritahu kamu sesuatu” kata emak, memutuskan tangisan saya.
“Apa dia, emak?” saya cuba untuk fokus kepada suara emak dalam hiruk pikuk kedai gunting rambut menjerit-jerit memanggil jemaah yang baru selesai bertahallul di bawah sana.

“Pihak penaja berpuas hati dengan bukti-bukti yang kamu beri tempoh hari. Mereka jumpa laporan mesyuarat yang kamu hadir tu. Maknanya kamu bukan balik senyap-senyap, tetapi kamu ada bertemu penaja. Maknanya ia hanya fitnah. Jadi penaja yakin, semua pertuduhan lain juga adalah fitnah!” kata emak.

Ya, semasa saya pulang ke Malaysia beberapa tahun yang lalu, saya telah bertemu dengan pihak penaja untuk berbincang tentang hal ehwal kebajikan pelajar setajaan kami di Jordan. Mujurlah saya teringat akan mesyuarat tersebut. Ia merupakan bahan penting untuk membuktikan yang saya tidak pulang ke Malaysia tanpa pengetahuan penaja, apatah lagi untuk terbabit dalam kegiatan-kegiatan yang melanggar undang-undang. Bukti itulah yang saya kemukakan dalam surat rayuan tempoh hari.

“Jadi?” saya tersenyum lebar.
“Kamu menang kes. Penaja akan arahkan bayaran tunggakan dibuat. Tahniah!” beritahu emak.
“Ya Allah!!!! Labbaikallaahumma Labbaik…!” saya menjerit kegirangan.
Musim Haji 1418, saya melangkah ke Arafah benar-benar dengan sebuah kemenangan.

Labbaikallaahumma Labbaik. Labbaikalaa Syareeka Laka Labbaik.Innal Hamda wan Ni’mata Laka wal Mulk.Laa Syareeka Lak!

Di musim haji itu, saya tidak berjaya mendapatkan upah haji. Tetapi saya dikejutkan dengan kutipan derma yang dibuat oleh teman-teman saya di UK, dan mereka mengirimkan sejumlah wang buat menampung perbelanjaan saya. Derma tanda persahabatan itu diserahkan kepada saya di bumi Arafah.
“Ya Allah… kau saksikanlah harga ukhuwwah dalam perjuangan ini!” saya mengangkat tangan berdoa tinggi-tinggi di pinggir Masjid Namirah.

SEKEMBALINYA DARI HAJI

“Hah, kamu! Kamu pergi Haji ke?” bentak pegawai tersebut apabila melihat saya datang ke pejabatnya.
Mungkin terkasima melihat kepala saya yang botak.
“Ya!” saya menjawab ringkas.
“Mana kamu dapat duit?” tanya beliau. Masih belum sembuh dari egonya.
“Aih, encik ingat, rezeki encik yang bagi ke? Saya ada Tuhan, tau!” saya menjawab, juga dengan sindiran.
“Apa kamu nak?” soal beliau lagi.
“Tak ada, saya datang ni sekadar nak beritahu encik. Orang-orang yang dizalimi seperti saya ni, apabila berdoa kepada Allah di tepi Kaabah, fikir-fikirkanlah apa yang didoakannya!” saya segera ke pintu, meninggalkan pegawai tersebut yang terpinga-pinga.
Saya segera menuju ke Bank untuk mengambil wang saya yang sudah setahun tertangguh.
Kejutan rupa-rupanya masih belum berakhir. Biar pun usia perkhidmatan pegawai itu tidak panjang, kesan perbuatannya mengheret saya ke belenggu hidup yang hampir memusnahkan segalanya. Penggantungan biasiswa, hanya sebuah permulaan.

Saya tidak mampu untuk memasukkan kisah ini ke dalam buku RINDU BAU POHON TIN. Ia adalah salah satu daripada lembaran merah, penuh dengan luka lama yang menghiris kembali perasaan saya, tatkala mengenang kembali hari-hari hitam dalam diari kembaraku di Dataran Syam.

"Dan pastinya Kami akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan dan kekurangan harta, jiwa dan hasil buah-buahan. Dan berikanlah khabar gembira kepada mereka yang sabar” [Al-Baqarah 2: 155]
ABU SAIF @ www.saifulislam.com68000 Ampang

keadaan bapa hari ini

pagi tadi aku hanya menjengah bapa sekitar jam 4 pagi
keadaan bapa macam itulah juga..
terbaring tapi tak lena
aku tak turun menjenguk bapa dari dekat
kerana abang iparku ada tidur
disebelah katil bapa bersama kakakku

sebelum keluar ke tempat kerja
aku tanya bapa apa yang dia rasa
katanya sakitnya macam berkurang
tapi badannya lenguh2
maklumlah dah beberapa lama terbaring saja
bapa juga tak lena tidur
dan bila tak lena
macam2 yang datang dalam fikirannya
ini menambahkan runsing bapa
walaupun berzikir
fikiran2 jahat tetap datang
mengganggu bapa

hari ini bapa berpesan supaya aku
membelikannya buah tembikai
kebelakangan ini bapa suka makan
benda2 yang masam dan minum air bergas..
yang dimintanya.. air sarsi bergas, nenas dan hari ini
dia minta tembikai..

aku berfikir2 untuk memberikan semua itu
sebab.. perut bapa kosong dari makanan yang berzat
takut jika makanan2 yang dimintanya itu
akan menambahkan rasa sakit..

kalau tak diberi pun aku jadi serba salah..
mahu tak mahu
kami ikut saja kehendak bapa...

Khamis, Mei 21, 2009

resah

pagi ni fikiranku agak terganggu
semalam, kelmarin dan kelmarin kelmarin dulu pun
fikiranku tak setenang mana
tapi pagi ini aku benar-benar terganggu
dan resah...

pagi2 lagi airmataku telah bercucuran
mungkin halnya agak kecil
tapi aku menjadi amat2 sensitif
tak tahu macamana nak kuluahkan
hanya juraian airmata saja
dapat menceritakan bebanan yang kutanggung

aku pun tak pasti sama ada istighfar yang kulafazkan
benar2 lahir dari hati yang tulus
ataupun masih ada 'selirat2' yang mencengkam
ketulusan itu......

Rabu, Mei 20, 2009

catatan malam tadi

Malam tadi Ustaz R datang lagi untuk 'mengubati' bapa
w/pun jam dah pukul 10 mlm, aku memang senang hati
dengan kedatangan ustaz - setidak2nya akan melegakan
hati bapaku....

Ustaz membaca Surah Yasin dan surah lain dari Al Quran
kemudian menghembuskan ke air untuk dijadikan air penawar.

Jam 4 pagi tadi aku turun untuk tidur di sisi katil bapa,
w/pun kakakku telah sedia ada menemani bapa.
Kulihat bapa tidur agak lena. Bagaimanapun sekitar jam
5 pagi, kudengar suara bapa yang halus dan nyaring 'sakitnyaaaaaaaaa'.
Aku bergegas bangun. Bapa meminta aku meletakkan tuala panas
di dadanya untuk mengurangkan kesakitan. Bapa kata, semasa
Ustaz bacakan ayat2 Al- Quran, dia merasa dadanya bagaikan kosong,
tiada secubit sakitpun yang dirasai.....

Aku sampai termimpi2 kononnya bapa dah boleh bangun untuk ke bilik
air..... Sesunggguhnya, hanya Allah Yang Maha Mengetahui apa yang dirasai oleh bapa.....

Perak Negeriku....

Aku dilahirkan di sebuah kampung bernama Kg. Loh.
Pekan yang terdekat adalah Pekan Karai (di Pekan ini
Mamat Khalid pernah membuat penggambaran untuk
filem Zombi Kampung Pisang)....
Bandar DiRaja Kuala Kangsar terletak kira-kira 13km
dari kampungku.

Aku bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Karai..
saban hari pergi dan balik hanya berjalan kaki. Jaraknya
cuma lbhkrg 2km.

Peringkat menengah pula, aku bersekolah di Sekolah
Menengah Bukit Mercu, Jalan Kenas, Kuala Kangsar.
Dari Karai aku menaiki bas ke SMBM dengan tambang
sebanyak RM5 sebulan. (Cukup murah dibandingkan dengan
tambang van anak2ku skrg - bagi jarak 2km sahaja RM40 sebulan
untuk seorang...)

Riwayat persekolahanku hanya berakhir di Sekolah Menengah,
w/pun sebenarnya aku pernah sambung belajar kelas malam
di Yayasan Anda, Jalan Pantai Baru tapi hanya separuh jalan.

Aku membesar di tepi Sungai Perak. Sebab itu aku agak pandai
berenang. Tapi aku tiada pengalaman dengan sawah bendang.
Ibuku hanya seorang suri rumah sementara bapa pula melakukan
kerja-kerja seperti menggali bijih dan menoreh getah demi mencari
sesuap nasi buat anak isterinya.

Kehidupan zaman kanak2ku memang agak susah. Pondok
tempat kami sekeluarga berteduh hanya ada satu ruang
yang dijadikan tempat makan, tidur dan apa jua aktiviti.
Dapur pula sekadar tempat memasak.

Kami mandi dan membasuh di sungai..
Malam kami bertemankan cahaya pelita.
Bekalan letrik hanya masuk ke rumahku
setelah adik bongsuku yang kini berusia 31 tahun lahir.


Ah! jauh pula aku membawa kenangan ke masa lalu..
sebenarnya apa yang nak kuluahkan
adalah bahawasanya aku ini anak Perak!

w/pun telah lebih suku abad aku menetap
di Selangor dan bekerja di Kuala Lumpur
di Kad Pengenalan dan di Sijil Kelahiranku
tetap tercatat asalku dari Perak...

kerana itulah juga
apa yang berlaku di Perak
sama ada yang baik mahupun buruk
tetap menjadi perhatianku
bak kata orang..
'cubit paha kiri, paha kanan terasa sakitnya'.....

Selasa, Mei 19, 2009

emel kiriman sahabat..

Mandi

KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh.

Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus.

Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.

Mandi air panas:

Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin (racun). Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.

Mandi air sejuk:

Sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.

Jangkitan kulit:

Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik.

Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.

Selsema dan sakit kepala:

Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah.Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk. Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.

Insomnia:

Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur.

Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah, pendarahan hidung, selsema dan sembelit.

Wallahhuaklam.....

cerita semalam

seharian semalam aku mengalami sakit kepala
yang teramat-amat sakit
sampai nak buka mata pun bagaikan tak boleh

dari 4 subuh kelmarin sampai ke malam tadi
sakitnya berterusan
aku dah telan panadol
aku dah cuba tidur
tapi sakitnya tak juga hilang

malam tadi aku langsung tak menjengah bapa
yang tidur di ruang tamu
hanya kakak yang menemani bapa

pagi ini aku turun agak lewat
untuk ke tempat kerja
sakit macamana pun
minggu ini aku kena pergi ke pejabat
sebab aku dah mohon cuti selama seminggu
untuk minggu depan
tiada sesiapa yang boleh diharap
untuk menjaga bapa minggu depan

kakak akan balik ke grik
adik-adik bekerja
sementara menunggu cuti sekolah minggu berikutnya
aku kena bercuti

rupanya semalam
bapa langsung tak tidur
mengerang kesakitan
mula merungut2
aku tak tahu
apakah bapa kecil hati denganku
kerana tak menjenguknya semalam
paling aku bimbang
bapa akan menyangka
aku tak suka akan kehadirannya

pagi tadi
aku beritahu bapa
tentang kepalaku yang teramat sakit
bapa kata, dia faham..
tapi dia pun sakit sangat

kakak mengadu padaku
bapa merungut2 sakit dan ubat tak sesuai
bila kakak diam, bapa kata kakak marah
sedangkan kakak tak tahu nak buat apa2

sebelum keluar ke tempat kerja
seperti biasa
aku salam dan cium tangan bapa
kurasakan tangan bapa agak panas....

aku tetap melangkah keluar
dengan hati yang diamuk resah......

Isnin, Mei 18, 2009

aku jadi tak faham

kenapa ye dengan sikap manusia ni...
kalaulah dari rumah sendiri
telah berniat untuk menziarahi
ataupun untuk menghadirikan diri ke satu2 majlis..
tak bolehkah niat itu tinggal tetap begitu??

atau pun sebalik niat utama ada pula terselit niat yang lain??
katakanlah..
hadir ke majlis kenduri kerana memenuhi undangan
ataupun untuk turut memeriahkan majlis seadanya..

kenapa pula bila tiba ke majlis
sibuk2 pula menjadi 'penyiasat tak bertauliah'
melihat dan merisik kelengkapan majlis
mengeluarkan komen2 yang kdgkala
menyentap tangkai hati tuan rumah
tak cukup sekadar itu
menjadi pula'pembawa virus'
bercerita ke sana sini
itu tak kena
ini tak sesuai
dan berbagai 'tak' lagi...

begitu juga
sewaktu menghadirkan diri
atas tiket 'menziarahi'
samada kematian atau kesakitan
tidak terfikirkah kesedihan
yang ditanggung pesakit atau siwaris

masih enak2 bercerita
yang entah apa2
masih seronok2 mencungkil rahsia keluarga
yang sepatutnya ditenangkan...

entahlah....
aku pun bukan manusia sempurna.........

hujung minggu yang sesak

semalam dan kelmarin
Sabtu dan Ahad
ramai saudara mara berkunjung ke rumah
masing2 menghulurkan simpati dan doa buat bapa

bapa begitulah juga
terlantar di pembaringan
sesekali menyeringai menahan kesakitan
sesekali melayan dengan suara yang antara dengar dan tidak
pertanyaan-pertanyaan yang sebenarnya tak perlu pun
untuk bapa menjawab...

sebenarnya bapa sendiri tertanya-tanya
apakah sebenar penyakit yang dideritainya
'doktor kata tak ada apa2..' bapa menggumam sendiri
'tapi sakitnya Tuhan yang tahu..' kata bapa lagi..

biasalah..
bila doktor kata tak ada apa2..
fikiran mula mereka-reka untuk mencari alternatif lain
bapa mula memikir-mikir untuk 'berubat cara kampung'
kami faham maksudnya...
tak lain nak berjumpa bomoh..

suamiku memang pantang sangat2 kalau disebut pasal bomoh
dia kata nanti bomoh akan cakap..
'oooooo.. ini saka' ataupun 'ooooooo... ini ada orang dengki ni....' dan sebagainya...

kami anak2 bapa tak sampai hati nak beritahu bapa
apa yang kami tahu...

kami bawakan ustaz untuk bapa
supaya bapa puas hati
dan ustaz pun kata..
tiada sebarang gangguan makhluk halus atau yang sespesis dengannya
yang mengganggu batang tubuh bapa..

bapa bertambah gelisah..
doktor kata tak ada penyakit
ustaz kata tak gangguan
tapi kenapa dia merasa sakit yang tak tertanggung???

kami hanya mampu meminta bapa bersabar dan berdoa
mudah2an Allah segera pulihkan segala penderitaan bapa....

subuh tadi bapa mengerang lagi...
bapa kata pada ku...
'tidurlah... pak bersuara sebab sakit sangat..'
tegakah aku untuk terus lena
sedangkan bapa terkebil2 sambil menahan sakit?

bapa minta disuapkan biskut keras
dicecah susu panas...
memang aku merasa sebak
manalah tahu andainya itu suapan terakhirku buat bapa...

Jumaat, Mei 15, 2009

janganlah hendaknya...

membuka helaian demi helaian Harian Metro hari ini (15/5/2009)
mataku tiba2 terpaku pada artikel : Omar terlantar di HKL - Bekas
jurukamera Skop Production tanggung derita kanser prostat...

membaca artikel berkenaan dan gambar yang tertera,
memang pantas aku mengingati bapa
begitulah keadaannya.. minum menggunakan straw
dan sakit di bahagian belakang..

w/bagaimanapun
jauh di sudut hatiku
aku sentiasa berdoa agar bapa
tidak terkena penyakit tersebut
aku sentiasa berharap
kesakitan belakang yang bapa alami
adalah kerana sakit urat atau angin
(seperti yang bapa sering sebut - belakangnya sering
sakit mungkin kerana angin yang mencucuk2)
aku amat ingin melihat bapa pulih kembali
sekurang2nya bapa boleh duduk sendiri...
sekarang jangankan hendak duduk..
mengangkat kepala pun bapa tidak mampu.......

bukan islam baca Al Quran

semlm aku menghadiri ceramah (anjuran pejabat)
yang di sampaikan oleh Ustaz Mohd Hafizan bin Abdullah...
antara lain isi kandungannya
dia bertanya "bolehkah orang bukan islam baca Al Quran"

lepas tu dia jawab sendiri..
saya mungkin tak masuk islam kalau saya tak baca Al Quran dulu..
Saiyidina Umar Al Khattab juga baca Al Quran sebelum pengislamannya.. tak ada pula Rasulullah saw menegah...

macamana orang bukan Islam hendak memahami Islam
andainya mereka disekat dari memahami isi Al Quran??

sekarang nampaknya orang Islam yang tak faham Islam
menyekat orang bukan Islam yang ingin memahami Islam...

Fikir-fikirkanlah.....

bapaku

tidur malam bapa tak lagi lena..
aku juga ikut tak lena kerana kasihankan bapa
badan bapa semakin kurus
yang tinggal hanya kulit dan tulang..

makan hanya beberapa suap
minum hanya beberapa teguk...

tak sampai hati betul melihat keadaan bapa
yang hanya mampu terbaring........

Khamis, Mei 14, 2009

dari blog saifulislam.com

Dialog Gen-Y: Antara Iman dan Kufur

“Susah betul saya nak datang program ini, ustaz” kata Salina.
“Kenapa tu?” saya bertanya.
“Mama dengan Papa bergaduh tentang program ini. Papa suruh saya datang. Tetapi Mama tak bagi” ceritanya.
Telus.
“Boleh ustaz tahu, kenapa Mama awak tak beri awak ikut program ini?” saya melanjutkan perbualan.

“Mama tak suka anak dia pergi program-program yang ada video mati-mati ni, ada menangis-menangis dalam gelap dan lain-lain. It’s kinda stupid!” jawab Salina tanpa berselindung-selindung.

“So, what do you think?” saya meneruskan soalan.

“Well, dalam program ini ada ke benda-benda tu, ustaz?” tanya beliau lagi.

“Kalau tak ada, awak nak ke?” saya menyoal dengan nada provokasi sambil tersenyum.

“Kalau ada, boring. Kalau tak ada, saya nak tahulah kenapa tak ada?” beliau menyoal saya.

“Sebab apa boring?” saya menjawab semua soalan dengan soalan.

“Ye lah, too predictable. Dah banyak dah kursus macam tu. Kalau tutup lampu sahaja, mesti nak suruh menangis. Kenapa dalam kem-kem agama kena menangis-menangis, ustaz?” tanyanya lagi.


Wah, saya suka dengan pelajar ini. Beliau berani bertanya dan membuka dirinya untuk difahami. Bagi saya yang bersungguh cuba beramal dengan kaedah seek first to understand, then to be understood, bertemu dengan orang yang let themselves to be understood adalah satu bonus. Biar sekeras mana sekali pun pendedahan dirinya.


KEBERKESANAN


“Kami dibayar oleh ibu bapa kamu. Selain daripada bayaran itu untuk harga makan, minum, penginapan dan semua alat yang digunapakai di sini, ia juga komitmen kami untuk pastikan kursus yang dibuat ni berkesan. Malangnya, ramai pihak yang mencari jalan mudah untuk mengukur kesan. Kalau berjaya mengeluarkan air mata peserta, berkesanlah tu” saya menjelaskan.

“Habis, kalau program ini tiada mengangis-menangis, macam mana ustaz mengukur berkesan atau tidak berkesannya program ini?” tanyanya lagi.

“Apabila persoalan hidup peserta terjawab. Apabila jawapan itu menyebabkan mereka pulang dengan berfikir. Kursus ini adalah rawatan kepada penyakit malas berfikir,” saya memberi penjelasan.

Hampir terlupa yang sebenarnya pelajar di hadapan saya itu bersama dua lagi rakannya adalah pelajar Tingkatan 4. Keberaniannya amat saya hargai. Biar pun bagi sesetengah orang, pertanyaan-pertanyaan sebegitu boleh dianggap biadab, namun saya amat mengalu-alukan dialog sebegini.

“Kalau macam itu, saya ada satu soalan yang saya nak tanya ustaz. Dah lama saya nak tanya benda ni tapi saya takut” katanya.

“Tanyalah. Semalam ustaz dah sebut, kan? Apa sahaja yang tidak boleh ditanya di luar sana, boleh ditanya di sini” saya memberi lampu hijau.

“Ok. Saya rasa selagi soalan ini tidak berjawab, saya pun tak pasti adakah saya ni sebenarnya Islam atau tidak!” tegas beliau.

Aduh, begitu sekali. Mujurlah dia teringat untuk bertanya.


SOALAN MAUT

“Saya rasa, Allah bagi semua benda supaya kita percaya Dia. Bagi Quran, bagi alam semesta dan macam-macam lagi. Tapi satu sahaja yang Allah tak bagi. Dan saya rasa disebabkan oleh Allah tak bagi yang ini, saya susah nak bulatkan kepercayaan saya kepada-Nya. Kenapa Allah tak bagi kita tengok Dia?” tanya Salina.

Sepi seketika.

Nampaknya semakin ramai yang menyertai perbualan kami. Bagus sebenarnya dikosongkan waktu antara Maghrib dan Isyak kerana berdasarkan pengalaman saya, inilah waktu santai yang bisa mencungkil pelbagai cerita yang tidak boleh dicungkil di dewan kuliah.

“Salina pelajar kelas Sains ke?” saya menyoal.

“Ya” jawabnya.

“Ok, ustaz jawab ikut pelajaran Sains awak ya!” saya memulakan jawapan.

Dia mengangguk.

“Untuk membolehkan kita melihat sesuatu, benda itu mestilah lemah. Lemah dalam erti kata ia perlu tunduk kepada undang-undang tertentu. Awak rasa undang-undang apa?” saya mengujinya secara bertahap.

“Sunnatullah!” katanya. Mungkin memetik kuliah saya sebelumnya.

“Kita ketepikan istilah Sunnatullah. Kita guna istilah yang awak lebih familiar. Benda yang kita nak tengok, ia kena lemah dalam erti kata, ia kena tunduk dan tertakluk kepada hukum Sains. Ia perlu berimej. Cahaya dan rupanya mestilah boleh dilantun ke mata, ditafsirkan oleh mata, dihantar ke otak dan difahami sebagai apa dan apa. Kita tidak nampak Allah sebab Allah berada ‘di atas’ undang-undang tersebut. So, apa sahaja yang mampu dilihat oleh mata, adalah lemah, dan ia adalah makhluk, bukan Tuhan. Sebab ia tertakluk kepada hukum alam iaitu Sains” saya mencuba perlahan-lahan.


Terkenang diskusi saya bersama Prof. Khazani dan beberapa orang rakan tentang hal-hal sebegini. Memanfaatkan Sains untuk mengukuhkan kepercayaan.

“Maksud ustaz, bukan Allah tak bagi kita tengok Dia, tapi kita yang tak mampu tengok Dia?” tanya beliau.

“EXACTLY!!! Benar. Betul sekali” saya terpana dengan kesimpulan yang dibuatnya.

“Itulah makna kita menyebut Allahu Akbar!” saya menambah paku.
Beliau mengangguk.

“Awak rasa macam mana?” saya menyoal.

“Logik. Ok, thanks ustaz. Tu ramai lagi nak tanya soalan kepada ustaz. Saya minta diri dulu” katanya kepada saya. Beliau bangun meminta diri.

“So, betullah esok tak ada menangis-nangis?” tanya Salina sambil membetulkan telekung.

“Kalau ada pun, bukan sebab saya. Tapi sebab awak menangis sendiri” saya menyudahkan perbualan.


KEPEDULIAN


Petikan dialog di atas adalah salah satu kisah yang berlaku semasa saya mengendalikan sebuah kem remaja. Ia menjadi punca mengapa saya tidak mahu membuat program dengan jumlah peserta mencecah seratus atau lebih. Pengalaman berinteraksi dengan anak-anak remaja hari ini, menunjukkan betapa perlunya mereka dicungkil. Terlalu banyak rahsia yang bersarang di benak fikiran mereka.

Sebelum rahsia itu boleh dicungkil, kita harus membantu peserta agar mereka percaya untuk bertanya kepada kita. Untuk hal ini boleh dibuat, kita perlu yakinkan mereka bahawa kita faham tentang mereka, dunia mereka, masalah mereka, dan kita tidak bertindak untuk membasuh atau mendoktrinkan mereka.

Jangan dijatuhkan harga diri mereka.

Jangan diremehkan keupayaan berfikir mereka.

Lebih banyak peserta seperti ini hadir ke program ‘Islamik’ yang ‘menghina upaya berfikir’ mereka, lebih teruklah agama dibidas persepsi dan pandangan sinikal Generasi-Y.
Remaja oh remaja, banyak yang kupelajari daripada kalian.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com68000 Ampang

doktor oh doktor

hmmmmm.....
aku ni mmg tak sekolah tinggi
setakat SRP saja (skrg PMR)
kerja pun setakat pembancuh air di pejabat
tapi aku tak menyekat mindaku untuk berkembang
aku rajin melayari internet
untuk mendapatkan sesuatu informasi...

sekarang bapa duduk di rumahku
selepas balik dari hospital

yang aku nak ceritakan
tentang pertemuan dengan doktor di hospital tu...
panjang lebar penerangan yang diberikannya
tentang polisi, biopsi, umur pesakit yang dah lanjut,
Q pesakit yang panjang.. tentang kononnya
sekecil manapun kes - mereka tetap mengambil berat
dan temujanji tetap diberikan (kena tunggu 3 bulan lagi atau lebih)
ubat juga tetap di beri (sekadar paracetamol yang kononnya berfungsi
bukan sekadar sebagai ubat demam sahaja dan juga ubat pelawas kencing)...

betapa panjang lebar pun penjelasannya
aku bukan bodoh untuk memahami..
kesimpulannya hanya satu..
'bawa saja lah bapa awak balik dan tunggu saja saatnya...'

apakan daya
aku bukan orang yang 'berada'
atau sekaya Dato' Siti
kalau tidak sudah pasti aku akan cari hospital yang terbaik
bukan untuk mengelakkan diri dari menjaga bapa
tapi untuk mendapatkan rawatan yang terbaik
andaipun rawatan itu akan menemui titik noktah
sebagaimana yang telah tersurat.. aku akan redho
kerana aku telah berusaha untuk mendapatkan
segala yang terbaik buat bapa.....

Isnin, Mei 11, 2009

Alhamdulillah

Mahkamah Tinggi isytihar Nizar Menteri Besar Perak yang sah

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini mengisytiharkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah, bukannya Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. Keputusan itu dibacakan Hakim Mahkamah tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Datuk Abdul Aziz Abd Rahim, di sini, sebentar tadi. Nizar sebelum ini mengemukakan semakan kehakiman untuk mendapatkan pengisytiharan mahkamah bahawa beliau masih Menteri Besar Perak yang sah.

dari blog Labun Kulup Sakah

Beberapa bulan lalu seorang kenalanku mengirim sms nak pinjam wang untuk memulakan bisnes. Walaupun aku kaki pokai demi nak melihat seorang kawan memulakan bisnes, aku pinjamkan "separuh" dari jumlah yang dipinta.

Masa berlalu.

Dan apabila satu ketika aku memerlukan wang, aku pun mengirimkan sms meminta kalau-kalau dia boleh membayarnya. Senyap dan sms tak berbalas. Kuulang sms beberapa hari kemudian pun tak bersambut. Tak mengapalah..

Suatu hari aku cuba menelefonnya untuk bertanya khabar, bukan pasal duit tapi panggilanku tak berjawab. Yang terdengar hanya nada panggilan yang berbunyi orang bersalawat.

Tiba-tiba dia menghantar sms- Aku cuba bayar malam ni. Bagi masa sikit, busy nih!"..

Ah! Bukan pasal duit tapi takpelah...

Setelah beberapa hari aku dapati akaunku masih tidak bertambah, aku diam saja. Tetapi apabila dua hari lepas seorang kawan lain hendak memohon meminjam wang kepadaku, aku teringat balik dia ni. Manalah tahu kalau dia bayar bolehlah aku tolong kawanku yang seorang lagi. Dua sms dan satu panggilanku tidak dijawabnya.

Aku bengkek! Mula teringat kata-kata Sonny dalam filem A Bronx Tales, " Dengan harga pinjaman itu dia telah meletakkan 'nilai ' dalam persahabatan ini dan dengan harga itu kau telah membuat dia berambus dari hidupmu".

Aku pun sms kepadanya- "Untuk membuatkau tak serba-salah dan aku tertunggu2, maka aku sedekahkan wangku dan kau tak perlu bayar. Wang boleh dicari. Aku cuma mahukan keikhlasan dan terima kasih kerana mengajarku makna keikhlasan dan pengorbanan!". Aku pun membuang namanya dari senarai dalam telefon bimbitku.

Ya! Wang boleh cari. Tin aluminium tepi jalan boleh dijual untuk dapat duit atau biniku boleh jual karipap, tapi aku mahukan kejujuran- sesuatu yang semakin hilang..Mungkin kalian tak setuju dengan tindakanku sebagaimana aku sendiri. Aku ada prinsip dan prinsip ini kadangkala membuat aku hilang kawan dan saudara. Tapi prinsip ini juga membuat aku dapat lebih ramai kawan lagi.


Aku juga ada berhutang dengan seorang kawan dan jumlahnya pun banyak juga. Tetapi setiap kali aku ada wang dan ingin membayar, dia mati-mati akan menolak sampai aku naik pelik, maklumlah sementara ada duit aku bayarlah- nanti kalau dia perlukan duit dan ketika itu aku pokaikan susah, tapi dia jawab,"Kau jangan bimbang! Tak payah bayar lagi, tak payah!' (mungkin dia ni wali kot).Apakah aku serik? Oh Tidakk!! Aku akan cuba membantu mana-mana kawanku. Sahabat adalah harta abadi dan aku mahu terus hidup bersama harta-harta abadi ini. Seperti kata kawan lamaku Cheng Ho sewaktu kami makan bersama minggu lepas, "tidaklah menjadi suatu kehebatan jika kau menderma dalam keadaan kau jutawan, tetapi kau seorang yang amat mengkagumkan jika kau masih mampu menderma dalam keadaan kau seorang fakir!"


RAIKAN HIDUP!

baru aku perasan

sejak aku mulakan blog ini
seolah2 beban yg kutanggung dlm otak
menjadi sedikit ringan

aku luahkan perasaanku di sini
w/pun aku tahu aku hanya bersendiri
tiada yang menjengah
tiada yang memberikan ransangan

tapi
seolah2 ada kelegaan
bila apa yang tersirat kusuratkan....

bapak

semlm bapak menangis
aku dan adik ikut menangis
bapak kata dia sakit
kami cuba menyelami kesakitan bapak
mungkin kami faham
tapi kami tak rasakan kesakitan itu pada diri kami
tapi kami tahu bapak memang betul2 sakit
bertambah hiba hati
bila lihat bapak tersedu2..
makan bapak kena disuap
badan bapak kena dilap mengganti mandi
bapak takut nak makan banyak kerana takut terberak
dah seminggu bapak tak berak
dia takut bila dia terberak
anak2 atau pembantu rumah adik
yang kena basuhkan..

aku pujuk bapak..
kalau bapak nak berak..
berak lah..
kami akan uruskan..
tapi bapak jadi tambah sedih...

sebenarnya
bapak ada 12 anak
3 dah meninggal sewaktu kecil
seorang diberikan pada orang lain sebaik lahir
seorang meninggal beberapa tahun yang tahu
seorang menghilangkan diri tanpa dikesan

3 anak bapak dari perkahwinan bertama
selebihnya dari perkahwinan kedua

anak2 semuanya sibuk
dengan alasan kerja
dengan alasan menjaga cucu...
[rupa2nya cucu lebih penting dari bapa sendiri :(....]

ada pula yang kononnya sibuk kerana
terpaksa menghadiri majlis kenduri
(huh! mengalahkan wakil rakyat...)

rasanya
ingin saja aku mengambil cuti
separuh gaji atau tanpa gaji...
untuk menjaga bapak
tapi...
macamana nak kulunaskan
segala2 yang perlu kubayar saban bulan???

Sabtu, Mei 09, 2009

kesan pemakaian kasut tumit tinggi

PULAU PINANG 8 Mei - Berkasut tumit tinggi memang kegemaran sebahagian besar wanita kerana selain menjadi sebahagian daripada fesyen, penampilannya akan nampak lebih bergaya dan elegan apabila mengenakan kasut bertumit tinggi.
Bagaimanapun, kecenderungan ini boleh mengundang bahaya dan masalah kesihatan lebih-lebih lagi bagi wanita hamil.
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) S. M. Mohamed Idris berkata, kasut tumit tinggi direka untuk menolak dada ke depan dan punggung ke belakang sehingga spina dan pinggul terkeluar daripada kedudukan asalnya dan menimbulkan masalah kesihatan bukan sahaja kepada kaki tetapi keseluruhan badan.
Katanya, CAP juga mendapati kasut tumit tinggi jika dipakai terlalu lama boleh menyebabkan kencing tidak lawas, masalah belakang dan tulang pinggul.''Selain itu ia juga boleh menyebabkan kesakitan pada bahagian rahang, leher dan kepala, gangguan kitaran haid malah membawa kepada masalah kesuburan,'' katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.
Menurut beliau, berkasut tumit tinggi selama bertahun-tahun akan menyebabkan tendon Achhilles menjadi pendek hingga menyebabkan sakit tumit.
Tambahnya, memakai kasut tumit tinggi mengubah cara jalan seseorang dengan mengenakan pusat graviti ke atas bebola kaki dan meletakkan tekanan berlebihan sehingga 26 peratus pada lutut iaitu kes biasa osteoprosis.

''Hasil kajian pakar pembedahan ortopedik dari Kolej Perubatan Baylor, Houston, Profesor Madya Dr. John Marymont, seseorang yang memakai kasut bertumit 2.5 inci memberi 50 peratus manakala kasut bertumit 3 inci memberi 76 peratus tekanan pada kaki.''
Masalah lebih menyakitkan berkaitan pemakaian kasut tumit tinggi ialah neuroma iaitu kaki dipaksa masuk ke dalam kasut tumit tinggi yang ketat dan runcing di depan,'' katanya.
Jelasnya, ia kemudian akan menekan saraf dan tisu mula terbentuk di sekitar saraf yang menyebabkan kesakitan sehingga pembedahan mungkin perlu dilakukan untuk memulihkannya.
Kecacatan Haglunds juga, katanya, sering dialami wanita berkasut tumit tinggi yang mana berlaku pembesaran tulang bahagian belakang kaki sehingga kaki bengkak, merah dan menyakitkan.''Masalah yang biasa berlaku ialah pergelangan kaki terseliuh kerana sukar mengimbang badan kerana memakai kasut tumit tinggi.''
Sehubungan itu CAP menasihati kaum wanita agar berhenti menyeksa tubuh mereka dengan mengelak kasut tumit tinggi yang boleh menyelamatkan diri daripada mengalami pelbagai masalah kesihatan,'' jelasnya.

huh!

aku baru saja ke tandas...
tetiba aku perasan jam yang kupakai - tiada
seketika aku berpusing2 mencari...
di atas meja pun tiada..
aku teringat tadi aku ada membuka jam itu..
aku berpusing2 lagi mencari..
dalam beg pun tiada...

tiba2...
alamak...
jam itu elok tersarung di pergelangan tangan kananku...

macamana ya??
sedangkan tadi aku memang pasti
pergelangan tangan ku kosong...

apakah Allah sengaja menghijab pandanganku buat seketika???

kanser prostat


1) Epidemiologi:
Kanser jenis yang kedua yang paling banyak dijangkiti oleh kaum lelaki. Di Amerika Syarikat orang keturunan Afrika menghidap 25% dari seluruh barah prostat di sana. Di Asia manakala hanya di antara 3-5%. Penduduk di California dijangkit kanser ini 100 kali lebih banyak dari penduduk Cina di Shanghai. Oleh sebab itu ada unsur-unsur genetik dan suasana kemastautinan yang perlu di selidik. Kes-kes kanser ini sedang menurun, 180 000 kes dalam setahun, tetapi tahapnya dua kali ganda 10 tahun yang lepas. Terdapat 40 000 kematian setahun. Kanser prostat mengambil jangka masa yang agak lama untuk merebak, oleh sebab itu kanser ini digelar penyakit orang tua. Isipadu ketumbuhan ini berlipat ganda setiap 4 tahun.
2) Ketumbuhan kanser prostat :
Kanser ini memrebak dari kelanjar; dari beberapa punca didalam kelenjar, ianya bermula didalam lapisan lemak prostat. Dari situ ianya merebak ke pundi kencing, saliran kelenjar seminal dan kelenjar limfa berdekatan. 90% dari sel kanser ini merebak ke tulang.
3) Simptom: -
Kerap kencing dan arus kencing yang perlahan, selalunya pada waktu malam. Kencing tak puas, darah atau sperma dalam air kencing adalah sebahagian dari simptomnya. - Kalau terdapat sakit-sakit tulang, pinggul atau tulang belakang, kemungkinan kanser telah melarat.
4) Diagnosa: -
Pemeriksaan rektum dengan menggunakan jari oleh doktor pakar ; - Petanda tumor iaitu PSA, had maksima yang boleh dicapai ialah 4.0ng/ml. Kalau dari lingkungan 4.0 ke 10 ng/ml, bengkak prostat biasa boleh disyaki. Tetapi untuk membezakan kanser prostat dari bengkak prostat biasa, menghitung FPSA( Free PSA) dan nisbah FPSA/PSA boleh menolong, untuk kajian yang normal nisbah ini mesti lebih tinggi dari 0.25. Kalau nisbah ini rendah kebarangkalian risiko kanser tinggi. - Menggunakan kaedah skan melalui dubur dan cebisan biopsi untuk mengenalpasti kedudukan dan saiz tumor. Oleh kerana mengambil biopsi ada risikonya, ianya boleh dielakkan dengan mengambil hitungan FPSA.
5) Rawatan:
Ianya bergantung kepada tahap tumor, adakahnya dah melarat dan membesar. Dalam kes-kes yang biasa ulangan dengan pakar dah memadai, tetapi memerlukan rawatan perubataan seperti terapi hormon. - Pembedahan : mengeluarkan keseluruhan atau sebahagian prostat; - Pancaran radiasi : Perkembangan yang pesat dalam mesin dan cara-cara perubatan; - Hormon terapi: Khasnya digunakan untuk mengurangkan tahap hormon testosteron, boleh mengakibatkan impotensi dan badan rasa panas ; - Kemoterapi jarang digunakan.
6) Rawatan susulan: -
Pemeriksaan klinikal; - ultrasound; - Skan dan kajian PSA dan FPSA. Selepas pembedahan prostat, tahap PSA akan turun ke kosong. Jikalau ada peningkatan tahap PSA ini menunjukan kewujudan kembali kanser prostat.
7) Pencegahan:
Ini di atas keperihatinan diri sendiri dan bermakna berjumpa doktor untuk pemeriksaan prostat melalui rektum dan kajian darah untuk PSA/FPSA.AWAS : Jikalau anda sedang mengambil apa-apa rawatan anti-penuaan yang mengandungi "DHEA", anda MESTI PASTIKAN anda tidak dijangkit kanser prostat. "DHEA mesti dimakan atas nasihat doktor, di mana doktor akan membuat kajian darah untuk steroid, lemak, glukos dan memeriksa kesihatan prostat." kata Dr. John Nestle, MD, profesor endokrin dan metabolisma di Universiti Virginia Commonwealth. Dialah orang yang membuat kajian mengenai kesan DHEA ke atas penyakit kencing manis dan pembekuan darah.

Petanda tumor adalah sebahagian daripada ujian Biomarkers C12; anda dinasihatkan menjalani ujian ini sekali setiap tahunKanser dapat dikesan : lakukannya SEKARANG.

bapa

smlm aku ke rumah adik..
bapa hanya terbaring di katil
beberapa hari kebelakangan ini
bapa tidak lagi mengerang atau merintih2 sakit
dia cuma terbaring dan diam
sesekali mengereng2 untuk mengelakkan rasa sengal
akibat terlalu lama berbaring
bapa tidak berupaya untuk duduk
apalagi untuk berdiri

adikku merasa hiba sangat2 melihat keadaan bapa
selama ini dia seolah2 'rimas' dengan bapa
yang sering mengeluarkan suara yang kuat
bapa sering mengeluh dan menjerit sakit
tapi kini bapa telah diam
cuma bersuara kalau dia inginkan sesuatu
sama ada untuk digaru atau buang air

aku bertanya pada bapa semalam
kalau ada sesuatu yang diingininya
tapi selera makan bapa seolah2 telah padam
aku suapkan juga beberapa susu jeli kelapa
kutanyakan tentang kesakitan bapa
bapa kata 'dah banyak kurang sakitnya...
cuma pak tak boleh bangun, sakit sangat kat bahagian belakang'

sebenarnya akau telah membelikan bapa
sejenis minyak yang berharga RM29.90 utk sebotol kecil
minyak itu disapukan di pergelangan tangan bapa
dan di tempat2 yang dia rasa sakit
tak pastilah sama ada minyak itu berkesan untuk
meringankan kesakitan bapa....

adikku juga telah banyak berhabis wang ringgit
untuk membawa bapa ke klinik dan membelikan
apa saja ubat atau peralatan yang mungkin sesuai
untuk bapa

namun kami akur
apa saja yang kami buat
apa saja yang kami beli
sama sekali tidak akan dapat
membalas jasa bapa terhadap kami

kecil kami dulu
bapa dan ibu yang membesarkan kami
menghantar kami ke sekolah
menyediakan makan pakai kami
walaupun seadanya
kerana kami memang dari keluarga yang susah
atau lebih tepat kami memang golongan miskin
di kampung kami...

tapi bila bapa ada sedikit wang
dia gunakan untuk kami anak2nya
bapa akan beli makanan yang disukai oleh anak2
bapa akan cuba buat anak2nya gembira
walaupun bapa bersusah payah....

apa yang merisaukan aku dan adik sekarang
kemungkinan bapa dijangkiti lanser prostat
(Na'uzubillahhiminzalik....)
bukan kerana kami tak sanggup untuk menjaga bapa
tapi kami tak sanggup untuk melihat bapa menderita....

Jumaat, Mei 08, 2009

masih dilanda rasa cemas...

macam2 yang ada dlm fikiran..
bapa masih sakit..
waktu di rumah yg macam x cukup2
kewangan yang 'parah'
kehendak anak2
macam2 lagi la....

krisis politik pun masuk gak dlm fikiran... huhuhu...

ngantuknya

alangkah bahagianya kalau tidur ni nanti membawakan mimpi2 indah..
dan bila terbangun, mimpi itu menjadi kenyataan...

(berangan la tuuuuuuuuu)

dari blog idhamlim.blogspot

08 Mei 2009

Di Celah-Celah Kesibukan Kilang: Demi Anak (Warga kilang)
Adam Yew(Email diterbit tanpa edit)

Sekarang jam 10:50 mlm 30 April 2009.
Tadi, lebih kurang jam 8:30 mlm selepas berkumpul lepas maghrib di Masjid Seb Jaya, P Pinang; bersama-sama dengan 3 orang sahabat dari NGO Wargakilang.com kami bertolak ke rumah Flat PPR Bagan Ajam, Butterworth.Saya tak berapa tau sangat kisah keluarga yang kami nak ziarah ini, tapi 3 org rakan saya ini memang beria-ria sangat mengajak saya ke sana.
Dalam perjalanan, saya tanya sahabat saya sdra Shukri (kilang Seagate) apa cerita keluarga ini? mcm mana boleh tau kisah depa ni?Shukri habag, baru-baru ni dia tengah rush nak masuk bank, Maybank kat Seb Jaya nak masuk duit jual keta; waktu dia tengah dok kelam kabut tu, tiba-tiba ada sorang hamba Allah mai bagi salam kat dia, minta tolong.Shukri tanya nak minta tolong apa?Hamba Allah tu kata:"Saya bukan nak minta duit bang, cuma....(dlm nada tersekat-sekat)..cuma...kalau boleh nak minta Abang tolong beli SUSU kat anak saya ini!!" (sambil dok tunjuk kat anak dia - pompuan 2 tahun setengah yg dia tengah dok dukung itu).
Sdra Shukri yg merupakan salah seorang AJK NGO Wargakilang, yg mana beliau sendiri merupakan antara yang paling aktif dlm kerja-kerja kemasyarakatan bersama NGO ini, terus jadi terkedu.Dah beratus kali dah rasanya dia masuk kampong memberi bantuan kpd fakir miskin bersama-sama dengan rakan-rakannya drpd berbagai jenis kilang di belah utara ini, belum pernah lagi dia berjumpa dengan org-org susah yang sampai ke tahap terpaksa tahan orang di pintu masuk bank semata-mata nak minta orang tu tolong pi beli SUSU kat anak dia.
Ini dah kira kes kronik ni.
Kata Shukri:"Aku sedih sungguh, aku jadi terkejut, jadi tergamam tak tau nak buat apa"
Shukri suruh hamba Allah itu, namanya Roshidi tunggu sat bagi dia settle masuk duit kat bank dulu.. Habis settle dengan urusan bank, Shukri terus bawa sdra Roshidi ini dan anak pompuan dia tu, pi kedai beli susu dan beberapa barangan keperluan rumah, terus hantar depa balik dengan keta 4X4 dia tu.Sdra Roshidi ni tak dak mutu tak keta, mai dengan BAS saja!
Seorang sahabat saya dlm keta tu, sdra Aznee dari kilang INTEL dah pun dengar kisah sadis ini drpd Shukri sendiri, jadi mlm tadi dia dah ready dah bawa mai beberapa tin Susu Dumex Dugro dan juga dua kampit beras 10 kg dan beberapa tin biskut serta makanan kering untuk keluarga sdra Roshidi ni.Saya kata, tat pa lah, nanti sampai rumah dia kat Bagan Ajam tu, saya tanya lah dia sendiri apa kisahnya.Bila dah sampai ke rumah tu, di tingkat 4 Flat PPR Bagan Ajam, bila dah masuk ke dalam, bila tengok dan jumpa sendiri sdra Rashidi dan anak perempuannya yang dua tahun 1/2 tu, dan adik2 sdra Rashidi termasuk seorang OKU yg ditanggungnya serta ibu yg yg sudah tua dan ayah tirinya yang mungkin cuma menanti hari, bila melihat suasana dalam rumah tu seperti tiada "roh" kehidupan di dalamnya, saya pandang Wahab dan Wahab pandang saya.
Masing-masing tak tau nak kata apa.Sdra Rashidi mengambil upah mencuci kontena, dapatlah sikit-sikit habuan makan minum, bayar sewa, api air dan belanja persekolahan adik-adiknya.Masalahnya, Ujian hidup yg sedang dihadapi oleh beliau terlalu gawat - anak kecil yg perlu dijaga sedangkan isteri (? - sembunyi dlm bilik dikatakan beliau ada masalah "tekanan"), ibu tua yg tiada kerja dan ayah tiri yg tiada upaya, adik lelaki darjah 4 OKU, kemudian dibeban pula dengan adik pompuannya (Ibu Tinggal? yg nampak mcm ada masalah "tekanan") yg juga punya seorang anak kecil tinggal bersama.
Daripada pandangan mata kasar, kami melihat hampir kesemua yg ada dlm rumah itu seolah-oleh sedang dihurung tekanan kecuali sdra Rashidi yang nampaknya begitu tenang menghadapi keadaan, mungkin kerana pegangan agama beliau agaknya.
Apabila diminta cerita kisah beliau bertemu dgn sdra Shukri secara tak sengaja di hadapan bank tempoh hari, sdra Rashidi habag kata hari tu di rumah beliau terputus bekalan. Beliau nekad bawa anak pompuannya tu, ambik bas nak pi cari duit sikit. Lajak pi bank - sebab katanya insyaallah ada sikit wang Advance Gaji drpd majikannya untuk belanja keperluan. Dalam pencarian itu, beliau turun SOLAT maghrib di masjid seb jaya. Dari situ beliau menumpang keta seorang hamba Allah turun di Maybank. Di situlah beliau ditakdirkan berjumpa dgn sdra Shukri.

On the way back, Shukri cerita:"Aku bukannya apa, aku naik kesian kat anak dia tu, dia habag sebab tak dak duit nak beli susu dia pi beli minuman kotak jenis Ribina ka apa bagi anak dia minum. Tak sampai hati aku tengok budak kecik tu dok minum minuman kotak ganti SUSU!"

Entahlah, sdra Rashidi ni memang nampak sungguh segan dengan kedatangan kami itu sebab saya lihat secara AZALI nya beliau bukan jenis yg suka meminta-minta. Dia ada cakap kat saya mcm dia rasa terhina dan segan sungguh bila Ayah Tiri dia yg tua tu selalu saja jiran-jiran kat rumah flat tu tolong bagi makan. Dia kata, sebagai anak, apa pun terjadi, itu adalah tanggungjawab beliau untuk cara makan/minum ayah mak dan adik-adik serta anak beliau.

Saya kata tak payah seganlah, kita kena ingat bahawa apa yang berlaku malam ini semuanya sudah ditulis oleh ALLAH SWT dlm Loh Mahfuz sebelum kita ini semua lahir lagi. Saya kata, ini semua kerja Tuhan, Tuhan dah tulis dah bahawasanya pada malam ini jam 9:16 mlm 30 April 2009 akan ada 4 orang lelaki entah dari mana-mana yang beliau tak kenai, akan mai rumah dia bawa mai susu Dumex Dugro, beras 10kg 2 kampit dan serba sikit makanan untuk keperluan keluarganya.Saya ulang kata, ini semua adalah kerja Tuhan. Rezeki ini dah ditulis dah atas nama beliau, tak perlu segan. Beliau nampaknya faham tapi nampak masih segan.

Waktu nak turun Lift, sdra Shukri cakap:"Munir, hg tolong habag kat sapa-sapa yg teringin nak mai bagi sumbangan kat depa ini, jangan la mai waktu siang. Aku mai siang hari tu, bila jiran-jiran dok tengok, Rashidi tu nampak malu dan segan sungguh. Walau pun dia susah, tapi dia bukan jenis yg suka dok minta-minta. Yang dia minta kat aku di bank hari tu - yang itu kira paling teruk dah, sebab dia tak tau nak buat apa dah, anak tak dak SUSU nak makan, dia sanggup perjatuhkan maruah dia demi ANAK!!"

Maka dengan itu, kami mengharapkan, kalaulah ada mana-mana kawan di Pulau Pinang khususnya yang ada duit belanja dapur sedikit berlebihan, ada masa belilah susu Dumex Dugro setin dua dan juga brg2 asas seperti beras, gula, minyak, tepung dsg; cuba-cubalah pi jenguk keluarga daif ini di no A4-1-3 Flat Thambi Kecik, Bagan Ajam. Moga kerja buat kalian itu, memetik kata sdra Rashidi kpd kami tadi:"Hanya ALLAH SWT sahajalah yang mampu membalasnya"

Wallah hu aklam

moniermatdin 30.4.09
Adam Yew Abdullah

Khamis, Mei 07, 2009

apa nak jadi dengan negeriku???

hmmmmmmm...
entah la labuuuuuuuuu........

What is transposition of the great arteries(TGA)?


Transposition of the great arteries is a congenital (present at birth) heart defect. Due to abnormal development of the fetal heart during the first 8 weeks of pregnancy, the large vessels that take blood away from the heart to the lungs, or to the body, are improperly connected.
Normally, oxygen-poor (blue) blood returns to the right atrium from the body, travels to the right ventricle, then is pumped through the pulmonary artery into the lungs where it receives oxygen. Oxygen-rich (red) blood returns to the left atrium from the lungs, passes into the left ventricle, and then is pumped through the aorta out to the body.
In transposition of the great arteries, the aorta is connected to the right ventricle, and the pulmonary artery is connected to the left ventricle - the exact opposite of a normal heart's anatomy.

Oxygen-poor (blue) blood returns to the right atrium from the body, passes through the right atrium and ventricle, then goes into the misconnected aorta back to the body.
Oxygen-rich (red) blood returns to the left atrium from the lungs, passes through the left atrium and ventricle, then goes into the pulmonary artery and back to the lungs.
Two separate circuits are formed - one that circulates oxygen-poor (blue) blood from the body back to the body, and another that recirculates oxygen-rich (red) blood from the lungs back to the lungs.
Other heart defects are often associated with TGA, and they actually may be necessary in order for an infant with transposition of the great arteries to live. An opening in the atrial or ventricular septum will allow blood from one side to mix with blood from another, creating "purple" blood with an oxygen level somewhere in-between that of the oxygen-poor (blue) and the oxygen-rich (red) blood. Patent ductus arteriosus (another type of congenital heart defect) will also allow mixing of oxygen-poor (blue) and oxygen-rich (red) blood through the connection between the aorta and pulmonary artery. The "purple" blood that results from this mixing is beneficial, providing at least smaller amounts of oxygen to the body, if not a normal amount of oxygen.
Because of the low amount of oxygen provided to the body, TGA is a heart problem that is labeled "blue-baby syndrome."
Transposition of the great arteries is the second most common congenital heart defect that causes problems in early infancy. TGA occurs in 5 to 7 percent of all congenital heart defects. Sixty to 70 percent of the infants born with the defect are boys.
What causes transposition of the great arteries?
The heart is forming during the first 8 weeks of fetal development. The problem occurs in the middle of these weeks, allowing the aorta and pulmonary artery to be attached to the incorrect chamber.
Some congenital heart defects may have a genetic link, either occurring due to a defect in a gene, a chromosome abnormality, or environmental exposure, causing heart problems to occur more often in certain families. Most of the time this heart defect occurs sporadically (by chance), with no clear reason for its development.
Why is transposition of the great arteries a concern?
Babies with TGA have two separate circuits - one that circulates oxygen-poor (blue) blood from the body back to the body, and another that recirculates oxygen-rich (red) blood from the lungs back to the lungs. Without an additional heart defect that allows mixing of oxygen-poor (blue) and oxygen-rich (red) blood, such as an atrial or ventricular septal defect, infants with TGA will have oxygen-poor (blue) blood circulating through the body - a situation that is fatal. Even with an additional defect present that allows mixing, babies with transposition of the great arteries will not have enough oxygen in the bloodstream to meet the body's demands.
Even when a good bit of mixing of oxygen-poor (blue) and oxygen-rich (red) blood can occur, other problems are present. The left ventricle, which in TGA is connected to the pulmonary artery, is the stronger of the two ventricles since it normally has to generate a lot of force to pump blood to the body. The right ventricle, connected to the aorta in TGA, is the weaker of the two ventricles. Because the right ventricle is weaker, it may not be able to pump blood efficiently to the body, and it will enlarge under the strain of the job. The left ventricle may pump blood into the lungs more vigorously than needed, leading to strain in the blood vessels in the lungs.

What are the symptoms of transposition of the great arteries?

The obvious indication of TGA is a newborn who becomes cyanotic (blue) in the transitional first day of life when the maternal source of oxygen (from the placenta) is removed. Cyanosis is noted in the first hours of life in about half of the infants with TGA, and within the first days of life in 90 percent of them. The degree of cyanosis is related to the presence of other defects that allow blood to mix, including a patent ductus arteriosus - a fetal connection between the aorta and the pulmonary artery present in the newborn, which usually closes in the first few days after birth.
The following are the other most common symptoms of TGA. However, each child may experience symptoms differently. Symptoms may include:

rapid breathing
labored breathing
rapid heart rate
cool, clammy skin
The symptoms of TGA may resemble other medical conditions or heart problems. Always consult your child's physician for a diagnosis.
How is transposition of the great arteries diagnosed?
A pediatric cardiologist and/or a neonatologist may be involved in your child's care. A pediatric cardiologist specializes in the diagnosis and medical management of congenital heart defects, as well as heart problems that may develop later in childhood. A neonatologist specializes in illnesses affecting newborns, both premature and full-term.
Cyanosis is the major indication that there is a problem with your newborn. Your child's physician may have also heard a heart murmur during a physical examination. A heart murmur is simply a noise caused by the turbulence of blood flowing through the openings that allow the blood to mix.
Other diagnostic tests are needed to help with the diagnosis, and may include the following:
chest x-ray - a diagnostic test which uses invisible electromagnetic energy beams to produce images of internal tissues, bones, and organs onto film.
electrocardiogram (ECG or EKG) - a test that records the electrical activity of the heart, shows abnormal rhythms (arrhythmias or dysrhythmias), and detects heart muscle stress.
echocardiogram (echo) - a procedure that evaluates the structure and function of the heart by using sound waves recorded on an electronic sensor that produce a moving picture of the heart and heart valves.
cardiac catheterization - a cardiac catheterization is an invasive procedure that gives very detailed information about the structures inside the heart. Under sedation, a small, thin, flexible tube (catheter) is inserted into a blood vessel in the groin, and guided to the inside of the heart. Blood pressure and oxygen measurements are taken in the four chambers of the heart, as well as the pulmonary artery and aorta. Contrast dye is also injected to more clearly visualize the structures inside the heart.

Treatment for transposition of the great arteries:

Specific treatment for transposition of the great arteries will be determined by your child's physician based on:
your child's age, overall health, and medical history
extent of the disease
your child's tolerance for specific medications, procedures, or therapies
expectations for the course of the disease
your opinion or preference
Your child will most likely be admitted to the intensive care unit (ICU) or special care nursery once symptoms are noted. Initially, your child may be placed on oxygen, and possibly even on a ventilator, to assist his/her breathing. Intravenous (IV) medications may be given to help the heart and lungs function more efficiently.

Other important aspects of initial treatment include the following:

A cardiac catheterization procedure can be used as a diagnostic procedure, as well as initial treatment procedure for some heart defects. A cardiac catheterization procedure will usually be performed to evaluate the defect(s) and the amount of blood that is mixing.
As part of the cardiac catheterization, a procedure called a balloon atrial septostomy may be performed to improve mixing of oxygen-rich (red) and oxygen-poor (blue) blood.
A special catheter with a balloon in the tip is used to create an opening in the atrial septum (wall between the left and right atria).
The catheter is guided through the foramen ovale (a small opening present in the atrial septum that closes shortly after birth) and into the left atrium.
The balloon is inflated.
The catheter is quickly pulled back through the hole, into the right atrium, enlarging the hole, allowing blood to mix between the atria.
An intravenous medication called prostaglandin E1 is given to keep the ductus arteriosus from closing.
Within the first 1 to 2 weeks of age, transposition of the great arteries is surgically repaired. The procedure that accomplishes this is called a "switch," which roughly describes the surgical process.
The operation is performed under general anesthesia, and involves the following:
The aorta is moved from the right ventricle to its normal position over the left ventricle.
The pulmonary artery is moved from the left ventricle to its normal position over the right ventricle.
The coronary arteries are moved so they will originate from the aorta and take oxygen-rich (red) blood to the heart muscle.
Other defects, such as atrial or ventricular septal defects or a patent ductus arteriosus, are commonly closed.
Postoperative care for your child:
After surgery, infants will return to the intensive care unit (ICU) for a few days to be closely monitored during recovery.
While your child is in the ICU, special equipment will be used to help him/her recover, and may include the following:
ventilator - a machine that helps your child breathe while he/she is under anesthesia during the operation. A small, plastic tube is guided into the windpipe and attached to the ventilator, which breathes for your child while he/she is too sleepy to breathe effectively on his/her own. After a transposition of the great arteries, children will benefit from remaining on the ventilator overnight or even longer so they can rest.
intravenous (IV) catheters - small, plastic tubes inserted through the skin into blood vessels to provide IV fluids and important medicines that help your child recover from the operation.
arterial line - a specialized IV line is placed in the wrist or other area of the body where a pulse can be felt, that measures blood pressure continuously during surgery and while your child is in the ICU.
nasogastric (NG) tube - a small, flexible tube that keeps the stomach drained of acid and gas bubbles that may build up during surgery.
urinary catheter - a small, flexible tube that allows urine to drain out of the bladder and accurately measures how much urine the body makes, which helps determine how well the heart is functioning. After surgery, the heart will be a little weaker than it was before, and, therefore, the body may start to hold onto fluid, causing swelling and puffiness.

Diuretics may be given to help the kidneys to remove excess fluid from the body.
chest tube - a drainage tube may be inserted to keep the chest free of blood that would otherwise accumulate after the incision is closed. Bleeding may occur for several hours, or even a few days after surgery.
heart monitor - a machine that constantly displays a picture of your child's heart rhythm, and monitors heart rate, arterial blood pressure, and other values.

Your child may need other equipment not mentioned here to provide support while in the ICU, or afterwards. The hospital staff will explain all of the necessary equipment to you.
Your child will be kept as comfortable as possible with several different medications; some which relieve pain, and some which relieve anxiety. The staff will also be asking for your input as to how best to soothe and comfort your child.

After discharged from the ICU, your child will recuperate on another hospital unit for a few days before going home. You will learn how to care for your child at home before your child is discharged. Your child may need to take medications for a while, and these will be explained to you. The staff will give you written instructions regarding medications, activity limitations, and follow-up appointments before your child is discharged.
Infants who spent a lot of time on a ventilator, or who were fairly ill while in the ICU, may have trouble feeding initially. These babies may have an oral aversion; they might equate something placed in the mouth, such as a pacifier or bottle, with a less pleasant sensation such as being on the ventilator. Some infants are just tired, and need to build their strength up before they will be able to learn to bottle feed. Strategies used to help infants with nutrition include the following:
high-calorie formula or breast milkSpecial nutritional supplements may be added to formula or pumped breast milk that increase the number of calories in each ounce, thereby allowing your baby to drink less and still consume enough calories to grow properly.
supplemental tube feedingsFeedings given through a small, flexible tube that passes through the nose, down the esophagus, and into the stomach, that can either supplement or take the place of bottle-feedings. Infants who can drink part of their bottle, but not all, may be fed the remainder through the feeding tube. Infants who are too tired to bottle-feed at all may receive their formula or breast milk through the feeding tube alone.

Caring for your child at home following a TGA surgical repair:

Pain medications, such as acetaminophen or ibuprofen, may be recommended to keep your child comfortable at home. Your child's physician will discuss pain control before your child is discharged from the hospital.
If any special treatments are to be given at home, the nursing staff will ensure that you are able to provide them, or a home health agency may assist you.
You may receive additional instructions from your child's physicians and the hospital staff.

Long-term outlook after TGA surgical repair:

Many infants who undergo TGA surgical repair will grow and develop normally. However, after TGA repair, your infant will need to be followed periodically by a pediatric cardiologist who will make assessments to check for any heart-related problems, which can include the following:
fast, slow, or irregular heart rhythms
leaky heart valves
narrowing of one or both of the great arteries at the switch connection site(s)
narrowing of the coronary arteries at their switch connection site
Prior to the early 1990’s, TGA was generally treated surgically with a Mustard procedure or a Senning procedure. These procedures created a tunnel, or baffle, in the atria to correct blood flow. In the late 1980’s, the arterial switch procedure was introduced. This procedure “switches” the aorta and pulmonary artery to the proper locations. However, the arterial switch procedure may not be indicated in certain situations.
For individuals whose TGA was repaired using a Mustard or Senning procedure, complications such as heart failure and dysrhythmias may develop in the second or third decade of life. There is also a risk for sudden death. Thus, these individuals should receive regular follow-up care at a center offering pediatric or adult congenital cardiac care throughout the individual’s lifespan.
Consult your child's physician regarding the specific outlook for your child.


Selamat Ulangtahun Kelahiran Bangcik - 7/5/2009


(gambar ini sebenarnya bertarikh 1/10/2008)

hari ini genap usia Bangcik 12 tahun...
semoga terus membesar sebagai anak yang soleh
yang diberkati hidupnya
yang sentiasa di bawah lindungan Yang Maha Esa..

mak tak ada apa2 nak dihadiahkan pada Bangcik
hanya doa mak tetap mengiringi perjalanan hidup anak2 mak
dalam apa keadaan pun
mak tetap sayangkan anak2 mak...

(imbasan semula...)
12 tahun lalu...
pada tarikh ini
aku bersama suami
ke klinik pakar O&G Pusrawi, Jalan Ipoh
untuk pemeriksaaan ulangan bersama Dr. Hj. Saleh
anak yang kukandung dijangka lahir pada tarikh 13/5/1997

sewaktu pemeriksaan
Dr mengesan sesuatu yang tak normal
anak yang kukandung
tidak bergerak seperti yang sepatutnya
serta merta Dr mengarahkan agar melakukan ujian ECG
memandangkan ujian itu mengambil masa
lebihkurang 45 minit
suami meninggalkan ku di bilik pemeriksaan
untuk melawat rakannya
yang kebetulan dimasukkan ke wad di Pusrawi

aku tinggal bersendirian
kerana jururawat ada hal yang hendak diuruskan
tiba2..
Dr Saleh yang berada di bilik sebelah
meluru masuk mendapatkanku
beliau bertanya tentang suamiku (yg juga tlh menjadi kawannya)
Dr berkata memang ada sesuatu yang tak kena
dengan kandunganku
bayiku seolah2 'tidur'
Dr kata aku kena menjalani pembedahan..
dengan selamba pulak aku berkata pada Dr
'tak ceaser tak boleh ke???'

Dr kata, 'ini serius. Mana Bob (suamiku)?'
serta merta Dr mengarahkan jururawat mencari suamiku...

Dipendekkan cerita..
akhirnya aku disorong ke bilik bedah dengan Dr sendiri
ikut menyorong...
Dr kata suami telah dimaklumkan (aku t/tgn sendiri
borang kebenaran pembedahan)...
anakku selamat dilahirkan melalui pembedahan
dengan tali pusat yang mengikat kedua2 kakinya...

Sehingga ke tengah malam
bayi yang kulahirkan tidak dihantar kepadaku
untuk disusukan..
sehingga akhirnya akau diberitahu
anakku mempunyai masalah jantung
dan perlu dihantar ke Hospital Universiti (UH)

24 jam di UH
anakku dikejarkan pula ke IJN
kerana menghadapi masalah saluran jantung
yang 'beralih tempat'... (TGA = Transposition of the Great Artery)

akhirnya pada 13/5/1997
(hari yang sepatutnya anakku dijangka lahir)
satu pembedahan yang memakan masa 8 jam
dijalankan ke atas anakku...

Terimakasih pada semua yang telah memberikan sokongan
dalam apa jua bentuk di saat2 aku dan suami menghadapi
kegetiran...

Teringat kata2 suami kepadaku di waktu itu..
"sabarlah... kita kata kita beriman.. Allah sedang
menguji seteguh mana iman kita...."

Rabu, Mei 06, 2009

Doa


emel kiriman sahabat..

Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak
Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari.......pasanganku
Bila sedih, aku cari......mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.....mak
Bila sambut valentine... Aku bagi hadiah pada pasanganku Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak
Selalu....aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak
Renungkan: "Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah"... Berderai air mata jika kita mendengarnya........
Tapi kalau mak sudah tiada.......... MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya.... berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya..... berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya...... berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya....... berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya.... berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya..... dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.
Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata, "Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis
"Telah Dibayar"
pada mukasurat yang sama ditulisnya.
"Jika kamu menyayangi ibumu, "forward"kanlah Email ini kepada sahabat- sahabat anda.
1 orang : Kamu tidak sayangkan ibumu
2-4 orang : Kamu sayang ibumu
5-9 orang : Bagus! Sayang jugak kamu kepada Ibumu
10/lebih : Syabas!Kamu akan disayangi Ibumu

HUKM

hmmmmmm....
mcmn ye nak menilaikan perkhidmatan kat sini???
mcm tak puas hati je..
tunggu berjam2
sakit sampai menggeliat..
selamba tenuk aje ubat yang dibagi cuma
paracetamol :(

(mesti ada yg ckp - dr tu lbh tahu......)

Selasa, Mei 05, 2009

kena balik sekarang

aku kena ambil cuti kecemasan hari ni
adik baru saja telefon
dr kat klinik suruh bawa bapak ke HUKM
keadaan agak teruk
w/pun pemeriksaan tidak dapat mengesan sakitnya..
mungkin simptom kanser pro...t (na'uzubillahhiminzalik)...

kesian adikku

telefon adik tadi..
hari ini dia terpaksa ambil cuti sakit
bapak tak tidur malam tadi dan mengerang sakit
dia (bapak) juga langsung tak boleh bangun

pagi ini adik bersama pembantu rumahnya
akan bawa bapak ke klinik
susah juga untuk dua orang wanita
yang berbadan kecil
untuk mengangkat bapak turun tangga

dah telefon along tadi
minta along pergi ke rumah uminya (adikku)
untuk tolong angkat atuk...

Ya Allah,
ringankanlah beban kesakitan
yang ditanggung oleh bapaku
hapuskanlah dosa-dosanya....