Klik klik

Isnin, Januari 11, 2010

Rakyat

aku hanya RAKYAT biasa
kononnya aku termasuk dalam golongan yang diutamakan
oleh pemimpin yang mesra RAKYAT

alangkah bagusnya ....
jika aku tiada hutang di Bank RAKYAT
semata-mata kerana tuntutan kehidupan
dengan segala harga barang
yang melambung naik tanpa sedar
dengan kos perubatan di hospital swasta
yang memungkinkan
seorang pesakit menemui ajal
sebelum mendapat rawatan

boleh sahaja ke hospital yang dibina untuk RAKYAT
tapi sabarlah untuk menunggu giliran
sabarlah dengan dugaan-dugaan yang tak terduga
kerana kita hanyalah RAKYAT
bukannya pemimpin yang berjiwa RAKYAT...

26 ulasan:

  1. Kalau musiknya rancak, kita berjoget, kalau musiknya slow, kita berdancing jer lah kot. Hidup oh hidup ...

    BalasPadam
  2. Salam...

    kdg2 tak terikut juga rentaknya.. tarian yang sumbang dek lantai yang tak sekata... KONONnya lah...

    BalasPadam
  3. Salam Kak Cik,

    Betul apa yg kak cik kata tu. Kalau gi spital siapa yg ada darah tinggi tu tak yah lah gi. Kalau nk cepat ada duit gi la spital swasta. Masalah hutang tu dh tak leh lari dah suka tak suka kita terpaksa. Sebab tu lah agaknya hospital yg tumbuh bg cendawan masih tak leh nk menampung pesakit...............

    BalasPadam
  4. Salam Aidah...

    itulah realiti kehidupan. Yang bercakap 'itu ini' mungkin tidak merasakan keperitan yang saban hari terpaksa kita hadapi. :(

    BalasPadam
  5. nak buat camana, kuasa rakyat tak tahu letak kat mana

    BalasPadam
  6. Salam Nanie...

    kuasa waktu pilihanraya KOT!

    BalasPadam
  7. kakcik,
    sebagai mewakili kakitangan hospital kerajaan...
    saya rasa tempoh menunggu memang lama tapi insya'allah bagi kes kronik mcm jantung, akan dapat rawatan segera.... yang kurang membahayakan nyawa, memang kena tunggu lama sikit...
    apapun, jika dapat rawatan lebih segera, amatlah baik....kan..kan..

    BalasPadam
  8. bank rakyat ada jual duit emas tak?? jom kita ramai-ramai beli sebagai pelaburan masa depan.. :)

    BalasPadam
  9. Salam Dik Mah...

    sebenarnya kakcik agak resah sekarang. Sakit kaki kakcik ni dah sampai peringkat kebas2... Nak gunakan budget Cik Abg.. masih awal tahun, nak ke hospital gomen... hmmm... mudah2an saja dipermudahkanNya. Insya Allah Jumaat ni kakcik akan ke Hosp. Sg. Buloh (sepatutnya hari ini, tapi ada sedikit halangan..)

    BalasPadam
  10. Salam Combi...

    kalau ada pun, kakcik tak mampu nak beli..huhuhu...

    BalasPadam
  11. Salam Kak CIK.... saya sekarang suka berurusan dengan KEDAI RAKYAT.. Beli secara online. Takyah kuar rumah jimat minyak. Jimat masa dan bleh buat kerja lain..

    Order dan beras pun sampai ke rumah...(bukan beras jer, minyak gula dan lain-lain bahan asas pun bleh order online)

    BalasPadam
  12. Salam Azie...

    ooo.. ada KEDAI RAKYAT ya? ketinggalan la kakcik ni.. kat mana ada kedai tu? Ada service charge tak? :)

    BalasPadam
  13. Kak Cik.. kedai rakyat tu secara online jer.. Di bawah program Enterpreneurship yayasan yg saya jadi sukarelawan tuh. (Yayasan Pembangunan Nurhikmah tu)

    Belum launcing lagi, tapi kami baru nak susun bagi kemas lagi. Nanti dah ready, saya bagitau.

    No charge laar... sbb order dari rumah. Delivery percumaaaa...!

    BalasPadam
  14. Oooo... kakcik dah masuk tadi.. patut pun mcm tak de barang je! ::

    BalasPadam
  15. papepun ku bersyukur sbg rakyat mesia.. pas ni nk cuba jd rakyat indon lak muahaha!!

    BalasPadam
  16. Salam Kak Cik

    Yer.....kita hanyalah Rakyat biasa...
    Yang kadang tidak langsung dilihat weih...
    Mungkin orang2 diatas hanya melihat kita hanya sebesar kuman....i dont know?

    Bila Kak Cik becerita tentang Hospital & kemudahannya.....YES!! Gua punya pengalaman yg Gua sendiri lalui...

    1st time Gua dapat surat rekemen dari klinik biasa....untuk ke IJN...

    Gua ponk ...terus bergegas ke IJN untuk mendapat rawatan jantung untuk gibik2 BEN10

    Setibanya disana..
    Gua dimaklumkan ....Gua harus MEMBAYAR rm 400 henggit sebagai deposit SEBELUM menerima rawatan,,,
    Adoiyaiiiiiiiiiiiii.....binawe sungguh!!
    Camana eik?
    Menyusahkan siut!!

    Nasib.... ada ATM bank kat situ...
    Kalau tak ada ATM...gua sendirik ponk tak tau camana?
    Harus! Gua yg dapat sakit jantung kat situ..heheheheheh

    Macamana lah kalau orang yang tak mampu nak membayar Deposit ?

    Tunggu mampus kat situ... baru nak dapat rawatan.....hampeh betul....

    Any KOMEN rakan2 Kak Cik Seroja?

    BalasPadam
  17. Maiyah...

    kerana kita rakyat Malaysia, seHARUSnyalah kita bangga dengan negara ini. Dan kerana org Indon bangga dgn negara mereka, mereka sanggup utk membuluhruncingkan rakyat Malaysia.

    BalasPadam
  18. Epoi...

    hanya yang mengalami sahaja yang tahu. Tapi, kita juga harus mengakui BUKAN SEMUA yang berkaitan dengan kerajaan itu adalah BURUK (kakcik pun akan kecil hati andai semuanya salah di mata masyarakat)

    BalasPadam
  19. biasalah......cakap kena power...buat belakang cerita...cakap kena hebat...biarpun kadang2 sebenarnya habat..

    BalasPadam
  20. Salam..
    Kita rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kita untuk mencapai cita-cita satu kerajaan Rakyat dan menolak kerajaan berjiwa rakyat!...ikrar baru.

    BalasPadam
  21. Assalamualaikum,
    Kakcik, kalau sebut pasal sakit nih, kalau saya lebih suka mendapat rawatan di sepital,

    1. Saya suka tengok saudara2 kita yang sakit bermacam2 ragam, menginsafkan kita.

    2. makin lama tunggu makin saya suka, dapat menguji kesabaran, dapat baca buku yang saya minati sambil tunggu giliran.

    3. jimat, bayar seringgit aja...

    BalasPadam
  22. Salam Kakcik, very interesting post.
    First time saya bacha ada 'kedia Rakyat'. Boleh order makanan pun.
    Kakcik, you keep well and have a great week, best wishes, Lee.

    BalasPadam
  23. Salam Cikgu Jang...

    hmmmm.. habat tu apa ek? :)

    BalasPadam
  24. Salam Niza...

    wah.. kena rombak Rukun Negara ke? :)

    BalasPadam
  25. Salam LL...

    kalau lama sangat, takut demam biasa menjadi demam kura-kura! :)

    BalasPadam
  26. Hello Lee...

    terima kasih kerana sudi singgah. :)

    BalasPadam

Catatlah apa saja..saya sedia membaca...