tapi.. kakiku ini masih berdenyut2 :)
InsyaAllah sekejap lagi nak pergi ke Majlis Perkahwinan di Gombak Setia. Tapi, takkanlah nak pergi awal sangat kan? Kalau ikut pada kad jemputan, majlis bermula jam 12.00 tengahari dan berakhir jam 4.00 petang. Majlis dibuat di dewan.. taklah pulak aku rajin nak menolong siapkan hidangan!
Semalam, adikku Nora sekeluarga tiba dari Kuantan. Aku memang seronok sekali dengan kehadiran mereka. Walaupun kami tak sedarah sedaging (macamana gayanya kalau sedarah sedaging, ya? macam kembar siam kot! - melekat) tapi, ada sesuatu yang amat istimewa dalam perhubungan kami. Bagaikan ada pertalian yang rapat - saat aku gundah - dia dapat merasakannya, saat dia sedih - aku bagaikan terluka! Ini yang dikatakan kuasa Dia Yang Maha Berkuasa. Perkenalan dan persaudaraan kami bermula/terjalin melalui maya... Harap2nya perhubungan kami kekal begini ke akhir hayat kami.. InsyaAllah.
Tentang sakit kakiku ini, kuserahkan juga kepada Dia. Dia Maha Mengetahui.. mungkin juga untuk menghapuskan dosa2 kecilku yang andai dikumpul akan menjadi besar! Saat duduk, tak terasa sangat sakitnya, tapi bila bangun - aduhai! ngilu dan berdenyut2...
Salam KakcikSku..:):)
BalasPadamDah kat umh???Agaknya dah kurang sakit lps t treatment??
Harap sis byk2 rest..tak nak buat keje berat2 lagi...nak g jamuan tu..just duduk + makan jekk..tak yahh lee angkat2 pe2..ramai lagi kat sana leh tolong..sis relaks jekk ekk..:):)
Salam Kakcik. Saya tak begitu faham tentang masalah slip disc. Tetapi apa yang saya tahu, jika tidak hati-hati menjaga sakit seumpama ini, ia boleh melumpuhkan seluruh tubuh, bukan hanya kaki. Betul ke Kak Cik? Jika ya, hati-hati ye Kak Cik. Jangan buat kerja (angkat)berat-berat dan jangan lupa makan ubat...
BalasPadamHi KakCik, nak giumah orang kawin pakai 'baju Kedah' tu ke? hehehe ..
BalasPadamKalau kaki masih berdenyut, better berehat kat rumah aje. Mintak somebody dari rumah pengantin hantar sepinggan nasi kat KakCik aje. Boleh tak cam tu?
semoga cepat sembuh.insyaAllah.
BalasPadamamboi, dah sihat terus keluar kenduri..
BalasPadamselamat makan kenduri kakcik
BalasPadamsemoga gembira & ceria kakcik menghilangkan rasa denyut kaki...
kakcik,
BalasPadambila kata berehat...maknanya BEREHAT!!! haa..jangan rasa terlebih rajin nak buat itu buat ini....ingat tuuu...
eloklah tu pi ziarah tempat kenduri..
BalasPadamSelmt brht ye..
BalasPadammoga cpt sembuh =)
Salam Kak Cikkkkk...
BalasPadamalhamdulilahhh... sudah boleh berehat di rumah. Moga kesihatan pulih..
Kak Cik, jangan lupa makan ubat tauuu.. tauuu..
Salam kak Chik
BalasPadamJaga kesihatan bebaik ya
jangan angkat berat lebih 3kg...
jangan membongkok masa nak amek barang...
Salam Tiniku sayang...
BalasPadamnak makan pun skrg ni rasanya kena sukat dan sekat.. Dr kata kakcik kena kurangkan brat badan...huhuhu....
Babah..
BalasPadambetul.. slip disc boleh menyebabkan lumpuh. Tulang kakcik yang bermasalah tu, kata Dr tidak mencengkam saraf tunjang, tetapi dia menolak saraf tu. Itu yang menyebakan kakcik merasa sakit bagaikan ada satu saluran dari pinggang ke kaki yang rasanya macam dihiris2...
CS..
BalasPadamni cerita benar yang menyedihkan tau!.. kakcik dah siap gosok la baju yang agak cantik la juga... sekali bila disarungkan ke badan.. huhuhuuu.. dah mcm sarung nangka! Terpaksalah tukar pakai baju kedah ... hehehe.. taklah.. tukar pakai baju jubah! Sedihnyeeeeeee....
Abu Muaz...
BalasPadamterima kasih... :)
Zeq..
BalasPadamtaklah sihat sangat. tapi, tak baik menghampakan harapan orang, kan? Lagipun dapat berjumpa dengan rakan2 lama.. :)
CM...
BalasPadamterima kasih. Seronok juga dapat berjumpa kawan2.. tapi, pergi dengan anak2 agak leceh..asyik ajak balik..
Fa...
BalasPadamkalau dah balik ke rumah.. susah le nak tafsirkan REHAT tu mcmana.. :)
LB...
BalasPadamziarah sambil makan2 dan jumpa kawan2 :)
Cheqna..
BalasPadamterima kasih krn sudi singgah. Singgahlah selalu, ya? :)
Azieeeee...
BalasPadamterima kasih, insyaAllah kakcik tak lupa makan ubat2 tu :)
Ummu..
BalasPadamkakcik ni bab angkat mengangkat ni, kdgkala degil juga... dah benda depan mata (contohnya bakul kain baju), kakcik angkat w/pun cik abg kata nnt dia angkat. Bab nanti2 ni, kakcik kurang sabar...
kaki kakck tu sakit tang mana?
BalasPadambetis ker, tumit ker, tapak kaki ker...
nak amik tau gak kot2 boleh dijadikan panduan....
boleh tak? tenkiu....
QJ..
BalasPadamsakitnya dari pinggang sampai ke hujung kaki kanan. Kdg2 ngilu, kdg2 berdenyut. Macam satu 'line' atau saluran je.. tapi, mmg adamasanya x boleh tahan... nak berdiri pun tak boleh. Bila rukuk, terpaksa bengkokkan lutut..
Salam..
BalasPadamLama tak jengok blog kwn2... sibuk benor.
Kakciks boleh baca selawat syifa? Kalau boleh, baca selawat syifa tu ditempat mana yg terasa sakit. Telan air liur selepas baca dan doalah pd Allah agar diberi kesembuhan...insyaAllah.
salam kakcik....jaga2 makan tu ye....
BalasPadamakak berehat ye
BalasPadamSalam Niza..
BalasPadamInsyaAllah kakcik hafal selawat tu.. dulu kakcik ada letak kat atas blog ni. :)
Cikgu Jang..
BalasPadamnak makan pun dah tak larat ni.. :(
Dik maiyah...
BalasPadamdah terlebih2 rehat rasanya... :)
salam kakcikseroja:
BalasPadamseronok kan dpt balik rumah..
jaga kesihatan ye kakcik..
maaf laa mama selalu jerk lambat dtg ziarah!!
holiday mood membendung hidup ...
salam mamamin..
BalasPadamtak apa lambat..asalkan mama tak lupa dengan kakcik :)