Klik klik

Rabu, November 04, 2009

Belum rezeki



Baru balik dari menziarahi staff yang keguguran (anak meninggal dalam kandungan) di Hospital Selayang. Anak sulung. Pn. L keguguran di pejabat semalam. Nak kata macamana ya? Sebab, kandungannya tak gugur. Yang keluar cairan saja. Bila bawa ke hospital.. doktor sahkan kandungannya sudah tidak bernyawa. Hari ini dia diberi ubat untuk melahirkan kandungannya. Lebihkurang pukul 1.45 tadi, kandungannya telah selamat dilahirkan. Pn. L tak sanggup menatap rupa bentuk bayinya. Mudah-mudahan beliau dan suami tabah menghadapi ujian ini. Mungkin Allah nak beri yang lebih baik.

24 ulasan:

  1. pB dok tunggu tunggu jugak nie reseki , tapi tak dpt dpt lagi...
    Anak anak asyik dok tanya jerrrrr

    BalasPadam
  2. pB dah ada anak kan? ooo.. nak buat penambahan ya? InsyaAllah akan ada rezeki nanti tu. :)

    BalasPadam
  3. dah takdir dia gitu....harap2 tabah je lah, rodong awok tu...

    BalasPadam
  4. kakcik,
    kalau dah jadi bayi memang sedih..
    saya dah rasa keguguran tapi baru 6 minggu ajer..
    masing2 macam2 tahap cubaannya di dunia ni...

    BalasPadam
  5. saya pernah rasa keguguran dan kematian anak...tapi anak meninggal ni sedih nya terlalu hebat...

    BalasPadam
  6. moga dia tabah dan menerima ujian ini dgn redha

    BalasPadam
  7. insyaALLAH..akn dpt yg lebih baek dr DIA

    BalasPadam
  8. dah tak ada rezeki, adalah hikmahnya tu. harap2 siibu redha dan sabar....

    BalasPadam
  9. Salam Kak Cik..

    Allah lebih tahu apa yang terbaik utk hamba2nya..jadi setiap ujian yang diberikan oleh Allah pasti mempunyai banyak hikmah yang tersembunyi...

    BalasPadam
  10. Salam Kak Cik...
    Semoga keluarga ni redha dengan ujian Allah..Semua ni kerja Allah..ada yang mudah mengandung dan bersalin ..ada yang susah..
    ada yang tak dapat langsung..

    BalasPadam
  11. InsyaAllah rezeki Allah maha luas.Berdoalah sentiasa.

    BalasPadam
  12. Kalau saya tak keguguran dulu, anak tu dah nak masuk sekolah menengah, Kak Cik.. Sedih gak, tp redhakan je..

    Redha ni sebenarnya penawar bg segala mcm keserabutan..

    BalasPadam
  13. Cikgu Jang...

    iye, mudah2an mereka tabah dan redho

    BalasPadam
  14. Adik..

    dah janji dan rezeki masing-masing.. Semoga anak yang kita ada ini membawa keceriaan dalam hidup kita. InsyaAllah.

    BalasPadam
  15. Kak Ezza..

    memang sedih bila impian lebur jadi debu. Semoga ketabahan mengatasi kekcewaan itu.

    BalasPadam
  16. Maiyah..

    iya, mudah2an dia redho. Smlm, sewaktu melawat, nampaknya dia macam ok.. tapi, kita tak dapat membaca hatinya.

    BalasPadam
  17. Fa..

    selalu di sebalik sesuatu musibah, ada hikmah yang kita terlepas pandang.. semoga saja dia tabah dan redho.

    BalasPadam
  18. Zai..

    betul kata-kata Zai tu.. adalah hikmahnya yang tersembunyi. Di awal kehamilan dulu, siibu ini dijangkiti demam campak. Mungkin ada kesan sampingan yang tak diketahui.

    BalasPadam
  19. Ros..

    ujian dariNya berbeza-beza kan? Ada yang nak anak, susah nak dapat. Ada yang senang dapat anak, tapi dibuang-buang bagai tiada nilai. :(

    BalasPadam
  20. abe long...

    Iya, kena yakin bahawa DIA akan menggantikan dengan yang lebih baik.

    BalasPadam
  21. Abu muaz..

    DIA Maha Tahu apa yang baik buat kita.

    BalasPadam
  22. Ja.. betul tu.. redho itu penawar duka. Gembira rasanya Ja telah meninggalkan jejak di sini semula. :)

    BalasPadam

Catatlah apa saja..saya sedia membaca...