Klik klik

Khamis, Ogos 27, 2009

Sahur Semalam

Bukan rasa lagi.. memang aku menangis waktu bangun sahur semalam! Bukan kerana sedih atau letih.. Tapi, sakit di bahagian pinggul hingga ke kakiku memang menjadi2! Mahu tak mahu aku kena siapkan juga hidangan sahur untuk suami dan anak2.

Hari ini, suamiku mengambil cuti kecemasan kerana membawaku ke Hospital untuk bertemu Doktor Pakar Tulang. Doktor itupun naik 'bingung' dengan sakit yang kutanggung. Setelah diperiksa, doktor membuat kesimpulan, otot2 bahagian pinggulku ada yang terkoyak! Aku diberi satu suntikan dan diminta membuat rawatan fisioterapi. Doktor juga memberi 2 hari cuti sakit. Aku dinasihatkan agar tidak banyak berdiri atau duduk terlalu lama. Dah kerjaku memang duduk saja.. nak buat macamana??? (Bancuh air sambil duduk!)

Dalam sakit-sakit pun, sempat juga aku, suami, along dan adik bekejar ke Hospital Melaka untuk menziarahi sahabat kami yang telah dua bulan terlantar akibat 'tersilap bedah'!(dia dibedah di sebuah hospital swasta). Suamiku membawa 2 kotak (setiap satu berisi 24 cawan bubur segera dan 5 kotak X 20 paket cereal) untuk sahabat tersebut. Tak sampai satu jam pun kami di sana, kami bergerak balik ke KL...

Hehehe.. hari ini menu Pasar Ramadhan dan telah dijanjikan Allah rezeki kami murah hari ini.. Ada pula jiran menghantar nasi beriyani beserta lauk ayam sebanyak 5 set...

10 ulasan:

  1. Saya doakan Kakcik Seroja segera sembuh dan dapat masak lauk sedap-sedap buat keluarga berbuka puasa esok.

    BalasPadam
  2. Saya pernah sakit seperti yang kakcik rasa...ini akibat dari mengangkat pasu-pasu bunga yang berat...atau apa saja benda berat. Mak mertua saya pun mengidap sakit yang sama...kerana mengurus bapa mertua yang uzur...insyaallah, saya doakan kak cik cepat sihat...

    BalasPadam
  3. salam kakciks, sy faham sgt kesakitan tu macam sy lah ni yg selalu sakit tiap saat bila gi jumpa doktor kata saraf bagi ubat tahan sakit jer

    BalasPadam
  4. salam Zool,

    terimakasih atas doamu...
    masak sedap2? alamak kakcik tahu masak yang goreng dan rebus2 saja :)

    BalasPadam
  5. Salam Roslaini,

    mungkin juga semasa kakcik jaga bapa minggu lepas, kakcik menggendong beliau beberapa kali dari tempat tidurnya ke bilik air dan sebaliknya.. sakit yang sedia ada, menjadi bertambah. Pagi ini, terasa pula bahagian bawah perut kakcik bagaikan kejang!

    BalasPadam
  6. Salam Maiyah,

    seboleh2nya kakcik tak mahu bdergantung pada ubat tahan sakit... jemu!

    BalasPadam
  7. Salam Kak Cik,
    Sabar kak cik, sakit tu salah satu dugaan yang Allah bg kat kita....

    BalasPadam
  8. Salam Kak Cik..

    Sedih baca N3 kak cik nie..semoga kak cik cepat sembuh..zai tak pandai nak beri petua cuma usahakan agar tidak meminum ais klu ais tu menjadi kebiasaan dan biasakan ambil madu didalam makanan dan minuman kerana ia adalah ibu penyembuh segala penyakit kecuali mati..insyaAllah..

    BalasPadam
  9. Salam Echam...

    terimakasih... ialah kalau tak sakit, kita tak tahu nikmatnya sihat kan? :)

    BalasPadam
  10. Salam zai...

    Hari ni rasanya tak sakit sangat, tapi bahagian bawah perut pulak jadi kejang!

    BalasPadam

Catatlah apa saja..saya sedia membaca...