ada pedih ada ngilu
kadangkala ada rasa ceria
walau apa pun yang kurasa
tiada siapa yang dapat meneka
kecuali Dia
ada kalanya aku senyum ceria
sedang hatiku terguris luka
ada tikanya aku terkedu
kiranya hatiku mengimbau jauh
teman
kunantikan kehadiran kalian
agar duniaku yang sepi ini
ada juga warna warninya
biarpun hadirnya kalian
hanya di maya
aku tetap menghargainya
sukar rasanya hidup sendiri
lebih sukar tiada yang ingin mengerti
namun dengan kehadiran titipan jari kalian
aku tahu ada yang peduli
teman
andai aku bercerita
bukanlah untuk meraih simpati
tapi lebih kepada terapi
agar hatiku tidak membeku
agar mindaku tidak kematu...
teman
sekali lagi...
hanya ucapan terimakasih dapat kuhulurkan
kerana kalian cuba mengerti
dan sudi menyatakan simpati...
p/s :kudedikasikan puisi ini khas buat adikku Maiyah...
sukar rasanya hidup sendiri
BalasPadamlebih sukar tiada yang ingin mengerti
namun dengan kehadiran titipan jari kalian
aku tahu ada yang peduli
cuba cerita sikit, apa maknanya tu
salam cikgu...
BalasPadammaiyah ini seorang ibu tunggal dan seorang OKU.. andai tiada yang ingin mengerti segala luahannya, sukar juga kehidupan sehariannya...
baginya, teman2 di maya ini, yang sudi mendengar keluh kesahnya, sedikit sebanyak mungkin meringankan bebanan perasaan beliau.. Kan Maiyah??
cikgu boleh susuri isi hati maiyah di blog beliau : http://maiyah71-perjalananku.blogspot.com
salam kakciks.. makasih sesangat.. cantik puisi nih, sy mmg dah ceria dgn sahabt2 baru dunia maya dan kakciks juga..
BalasPadamsama2 Maiyah,
BalasPadamkalau maiyah nak ambil puisi ni, kakcik izinkan..
Salam ramadan al mubarak
BalasPadamSalam Ramadhan Pak Karamu.. terimakasih kerana sudi singgah :)
BalasPadam