Klik klik

Sabtu, Ogos 15, 2009

Nak balik kampung..

Pagi ni bercadang nak bawa bapa balik kampung. Saja nak jengah rumah yang dah berbulan2 ditinggalkan.. mungkin petang ini juga atau esok pagi balik semula ke KL. Masalahnya, adik lelakiku yang berjanji nak balik sama, tak sampai lagi. Semalam katanya, subuh nak sampai ke rumahku... janji melayu betul la.....

Aku ni belum pukul 5 dah bangun. Dah siap masak nasi, dah siap buat rendang ayam. Bapa pun dah kumandikan dengan bantuan suami, dh suapkan sarapan.

Dah jam 8 lebih ni.. bau asap kereta adikku pun tak sampai lagi! Bukannya jauh sangat Shah Alam tu....

2 ulasan:

  1. salam kakciks.. mungkin ada hal, tapi nape tak telfon ek!.. susah2 sgt kakciks berangkat jer dulu

    BalasPadam
  2. salam maiyah,

    kami dah pun selamat balik ke kg dan balik semula ke KL.. sedih tengok rumah yg lama ditinggalkan.

    Kami balik dengan satu kereta je...

    BalasPadam

Catatlah apa saja..saya sedia membaca...