Klik klik

Jumaat, Ogos 07, 2009

Memang sah aku rabun!

Tadi aku pergi ke bank untuk memasukkan sejumlah wang. Kerana tahu aku memang rabun, aku telah menulis siap2 nombor akaun di sekeping kertas dengan angka yang agak besar (supaya senang nampak). Sampai di bank, aku pun mengambil sekeping borang untuk di isi. Alamak! mana ruang nak tulis nama/no. akaun/jumlah ni??? Memang aku tak nampak mana ruangannya... huhuhuhu...

Mahu tak mahu, dengan malu-malu kucing (ya ke kucing tahu malu?) aku menyapa seorang lelaki India di sebelahku. "Encik, mana ruangan nak tulis nama?" Nasib baik la lelaki tu baik hati menunjukkan ruangan2 yang perlu kuisi. Dah tahu ruangannya, aku belasah je tulis... masuk petak ke tidak, lain kira.

Jangan2 orang tu fikir aku ni tak tahu baca tak? Ataupun, sekurang2nya dia fikir aku ni senasib dengan orang2 buta/rabun yang ramai terdapat di kawasan itu. (Aku buat urusan tu disebuah bank di Brickfields). Itulah padahnya bila malas sangat nak bawa cermin mata, dah tahu rabun masih nak berlagak! Bukan apa, cermin mata aku ni untuk membaca/menulis saja. Jadi sekejap kena buka, sekejap kena pakai.. itu yang aku malas tu......

5 ulasan:

  1. Hehhehe.. takpe kak cik. Nanti kalo kakcik nak minta isikan borang saya boleh tolong. TOLONG Masukkan dalam akaun saya.. hahhahaha

    BalasPadam
  2. ler..kakcik..bahaya tu..nnti tak pasal2 kena tipu..tp ida pun rabun tahap gaban kak cik..sekarag kanta je dah menjangkau 400..rabun dekat pulak tu..jauh pun dah teruk..kalau kakcik depan ida kakcik senyum pun ida tk nampak..hehehe

    BalasPadam
  3. salam kakciks.. yelah bahaya tu, pas ni kak jgn tinggal lagilah cermin tu, nanti haruuu

    BalasPadam
  4. hahaha....Echam, kalo boleh kakcik pun malas nak masukkan duit tu.. tapi, utang kena bayo! Echam bayokan utang kakcik, boleh??? hehehehe..

    BalasPadam
  5. Tu la pasal Ida, maiyah..
    Konon2 nak menten lawa la tu... sudahnya yang susah, sendiri juga! hehehe...

    BalasPadam

Catatlah apa saja..saya sedia membaca...