Klik klik

Khamis, Ogos 13, 2009

Innalillahiwainnaillahirojiun...



KUALA LUMPUR: Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia di Hospital Pantai, di sini, kira-kira jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung.

Allahyarham yang juga penyanyi utama kumpulan itu dilaporkan pengsan ketika mengendalikan program Syahadah musim kelima di Angkasapuri, sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan.

PERGI TAK KEMBALI

Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang…kesana


Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

8 ulasan:

  1. Innalillahhiwainnailaihirajiun,

    Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh di sisi Allah

    Al-Fatihah.

    BalasPadam
  2. Salam Zool@Tod...

    Allah labih menyayangi beliau - mudah2an keluarganya tabah menghadapi dugaan ini....

    BalasPadam
  3. Salam Kak Cik..

    Innalillahiwainnailaihirojiun..Al fatihah...

    sedihnya....terasa nak menitis air mata ini..mengenangkan rahmat Allah yg menanti orang2 yg beriman disana nanti..

    BalasPadam
  4. Betullah kan Zai..
    Tengok dari zahirnya, Ustaz Asri ni terdiri dari golongan orang baik2... Mudah2an tempatnya di sisi Allah adalah di kalangan orang yang dirahmati... Nasib kita tak tahu pulak macamana....

    BalasPadam
  5. Innalillahiwainnailaihirojiun..Al fatihah..
    baru 2 ari lps nora dgr lagu pergi x kembali kt tv..x tau knp tetiba masa tu nora menghayati betul2 setiap bait2 lagu tu..sedih plk bila teringat..

    BalasPadam
  6. Itulah nora, saat kita entahkan bila..
    amalan pun bagaikan tiada :(

    (Kebetulan entri kakcik hari ni berkaitan dengan kematian belaka...)

    BalasPadam
  7. salam kak.. saya rasa saya kehilangan seorang abang walaupun saya tak pernah bertemu dengannya tapi lagu2nya telah buatkan jiwa saya sentiasa tenang

    BalasPadam
  8. Salam maiyah...

    Kakcik rasa begitu tersentuh dengan pandangan2 yang dilontarkan oleh mereka yang mengenali Allahyarham secara dekat... memang mulia pekertinya... Terasa sebak dan sayu di hati kakcik..... "kita tak sama nasib di sana... baikkah atau sebaliknya..."

    BalasPadam

Catatlah apa saja..saya sedia membaca...