Klik klik

Rabu, Ogos 26, 2009

Hari Kelima Ramadhan

Petang tadi hujan turun dengan lebat. Tak dapatlah suamiku shopping di Pasar Ramadhan. Sehingga hari ini, aku belum lagi pergi ke pasar tersebut. Disebabkan tiada menu tambahan dari gerai2, lauk yang aku masak memang laku. Aku hanya masak ikan bawal goreng bersambal, sup kubis dan telur goreng... Alhamdulillah - tiada komen dari suami dan anak2. Cukuplah tu - ada nasi dan teh O panas. Kugoreng juga karipap segera yang dibeli dari lelaki yang datang menjual di muka pintu sewaktu aku sedang memasak di dapur. Kurma pula ada beberapa kotak pemberian dari orang2 yang bermurah hati.

Ada orang jangankan nak makan dengan lauk seadanya begitu - nak jumpa nasi seminggu sekali pun payah. Jadi, seharusnyalah kita bersyukur dan insaf kerana masih ada rezeki untuk dijamah.

Sahur nanti nak masak apa pula ya?

6 ulasan:

  1. salam kak, kalo tgk kebuluran kat sudan dan afrika buatkan kita jadi sgt2 bersyukur dan ingin membantu mrk tu, dlm bulan ni lah kene byk bersedah bukan ngan duit jer tapi tenaga pun bleh

    BalasPadam
  2. Salam kakcik syg..
    best lah tu...ada suami dan anak2 makan masakan kita..tk mcm ida ni sorg2 mengadap juadah yg cuma sejenis..:((

    p.s sekurg2nya jimat duit abg kakcik harini..hehehe

    BalasPadam
  3. Salam Kak Cik,
    Betul tu kak... Kena bersyukur dgn apa yang kita ada...

    BalasPadam
  4. salam kakcik..sama menu kita smlm yer..bezanya ikan kembung jer nora masak..mulanya nk masak asam pedas rebus..pastu anak2 merungut nk menu lain..mulalah nora berceramah pendek kt budak2.."mama kecik2 dulu mkn jer apa yg tok kamu masak..ada kuah sayur ngan ikan goreng pn dh syukur sgt2..bla bla bla"terdiam kejap budak2 tu..sesekali kena ingatkn jgk diorg ni kakcik kan..

    BalasPadam
  5. Kalau kenyang sangat dengan makanan yang lazat pun masalah jugak. Jadi malas nak solat tarawih.

    BalasPadam
  6. salam adik2 semua...

    mmg jimat la juga semlm...

    maiyah.. kdgkala kita takut bersedekah, kerana takut rezeki kita 'lari' - kita lupa dgn janji Allah...

    Ida..adamasa rasanya mcm teringin la nak makan sorang2...hehehe.. (biasa la kita ni, mcm juga sigemuk nak kurus, sikurus nak gemuk!)

    Echam... kesyukuran akan membuatkan kita sentiasa insaf...

    Nora... kita selalu ada 'chemistry' kan???. Mmg betul, anak2 bukan boleh diberi muka sgt....

    Zool... betul tu. Setuju 100% :)

    BalasPadam

Catatlah apa saja..saya sedia membaca...