Klik klik

Ahad, Ogos 23, 2009

Catatan Ramadhan

Alhamdulillah..telah dua hari Ramadhan dilalui... mudah2an ibadah yang dilakukan ada nilainya di sisi Maha Pencipta.

Seperti biasa, datangnya Ramadhan bermakna rumahku bertambah meriah dengan kehadiran anak2 angkat - kawan2 Along yang bertugas sebagai imam solat tarawikh. Hari pertama Ramadhan juga Angah membawa balik dua orang kawannya (seorang lelaki - asal Kelantan dan seorang perempuan - asal Johor). Sehari sebelum Ramadhan, bapa telah dihantar ke rumah adik perempuanku. Aku tahu, bapa tak akan selesa andai berada di rumahku dengan ramai anak2 muda yang mundar mandir dalam rumahku.

Disebabkan hanya aku satu2nya perempuan di rumahku, kawan perempuan Angah kenalah tidur denganku (aku tanya Angah, apakah itu teman wanitanya? dan Angah mengakuinya!).
Terus terang, aku tak suka Angah 'berteman wanita' ketika ini. Masa sekarang adalah masa untuk dia menumpukan perhatian pada pelajaran. Masih terlalu awal untuk bermain perasaan....

Kawan2 Along memang menyenangkan hatiku. Waktu siang selepas Zuhur, mereka ( 3 hingga 4 orang termasuk Along) akan bertadarus. Tidaklah mengisi masa dengan tidur je... Bila Isyak, Along dan kawan2nya akan menuju ke masjid atau surau tempat mereka bertugas. Alhamdulillah.

Hari ini, hari kedua Ramadhan... Petang tadi, mama dan papa Danial datang berkunjung. Ada cerita yang dikisahkan.. tapi, biarlah ianya untuk pengetahuan aku dan suami. Apa2pun, Danial itu ibarat kain putih yang menanti untuk dicorakkan....

2 ulasan:

  1. salam kakciks.. kenelah beri pandangan padanya kan.. sebab kekadang org muda ni tak suka kita masuk campur hal percintaan mereka.. tapi anak kakciks mesti bleh dgr punya

    BalasPadam
  2. salam maiyah..

    kakcik dan suami dah pun menyatakan pandangan kami kepada angah.. semoga dia faham, apa yang mak ayah dia tegur adalah untuk kebaikannya juga...

    BalasPadam

Catatlah apa saja..saya sedia membaca...