Klik klik

Ahad, Ogos 02, 2009

Angah demam!

Jumaat malam - bawa Angah ke sebuah pusat perubatan di Kg. Baru. Angah disahkan demam dan diberikan ubat2an dan dibenarkan pulang.

Sabtu petang - disebabkan nasih demam, Angah dibawa pula ke pusat perubatan di Pandan Indah. Ya Allah! Angah disahkan positif Influenza A. Disebabkan Pusat Perubatan itu tidak menenrima pesakit yang positif Influenza, Angah disuruh bawa ke Gleneagles Intan.... Lebih sejam di GIMC, tiada pula kekosongan wad. Aku dan suami bekejar pula ke HUKM. (Suami sebenarnya pun 'lari' sekejap dari wad - dia masuk wad pada jumaat malam kerana tekanan darah tinggi)

Kerana ada surat rujukan, Angah terus saja disorong ke wad kecemasan sementara aku menguruskan pendaftaran. Suami pula terus balik ke Pusat Perubatan di mana dia dirawat. Lebihkurang 3 jam, dalam wad kecemasan, aku hanya menanti diluar dgn ditemani adik iparku dan suaminya. Angah dah mula menghantar sms mengatakan bosan kerana hanya dimasukkan air.

Setelah penat menunggu, aku mengintai2 untuk mencelah masuk ke wad kecemasan bagi melihat keadaan angah. Jam sudah menunjukkan hampir 12tghmlm. Akhirnya, aku dapat mencelah masuk. Aku bertanya pada jururawat di situ keadaan angah. Dia menjawab "ha.. dah boleh discaj"

??????????? - tandatanya yang banyak di otakku -

Doktor datang memberi penjelasan itu dan ini akan kewajaran angah dibenarkan keluar dan hanya perlu dikuarantin di rumah. Kuhubungi suami. Mestinya suamiku jauh dari rasa puas hati. Dia suruh aku bawa semula angah ke PP di Pandan Indah. Sampai kat sana, semestinya PP itu menolak dari menerima angah. Sebaliknya doktor itu mengesyorkan angah di bawa sama ada ke HKL, Hosp. Sg. Buloh atau Hosp. Putrajaya. Jam pun dah menunjukkan 1 pagi. Setelah kering tekak 'berbincang/bertekak' dengan suami di telefon, kubawa angah (along yang memandu - along juga yang menjemput kami di HUKM) balik ke rumah.

Sekarang angah di rumah - menurut nasihat doktor, angah mesti minum banyak air, makan banyak buah2an dan tak boleh bergaul bebas. Doktor di HUKM memberi angah cuti sakit selama seminggu. Aku menanti pula apa yang suamiku nak buat bila dia keluar dari wad nanti. Sama ada kami perlu membawa angah ke salah satu hospital yang disyokan.

Aku dah malas nak menceritakan kepenatanku!

5 ulasan:

  1. Semoga Angah cpt sembuh..

    Dan semoga juga Kakcik tabah menghadapi ujian yg dtg bertimpa2 ni..

    Tuhan sygkan Kakcik tu..

    BalasPadam
  2. salam kakciks.. harap angah sembuh dan banyak berihat

    BalasPadam
  3. Terimakasih Kak Ja
    Terimakasih Maiyah...

    Mudah2an begitulah hendaknya - sekarang kakcik dah jadi pelayan angah la pulak! Makan minum semua hantar ke bilik - tak apalah, janji angah cepat pulih, InsyaAllah...

    BalasPadam
  4. salam kakcik..moga cepat sembuh angah..kakcik byk2kan bersabar yer..sesungguhnya kakcik terpilih utk menghadapi ujian dr Nya..

    BalasPadam
  5. kalau tak sabar x tau la apa yang jadi kat kakcik ni nora.....

    BalasPadam

Catatlah apa saja..saya sedia membaca...