Klik klik

Isnin, Julai 20, 2009

siapa yang bersalah?

En. H telah meletakkan keretanya di tempat letak kereta yang betul. Masih terdapat banyak kekosongan petak sewaktu En. H memakirkan keretanya. Kemudian, En. H, meneruskan urusannya. Sewaktu hendak balik, En. H mendapati tempat letak kereta telah pun penuh. Lebih malang, En. H tidak dapat mengeluarkan keretanya kerana terdapat kereta lain bewarna hitam yang diparkir di belakang kereta beliau (dan pastinya, kereta itu diparkir bukan di petak yang dibenarkan).

Sebagai seorang yang waras, En. H, telah memeriksa kereta hitam tersebut. Manalah tahu, kalau-kalau ada nombor telefon ditinggalkan untuk dihubungi, atau brek tangan kereta itu diturunkan. Bolehlah En. H menolak kereta itu sebelum beliau mengundurkan keretanya. Malangnya, tuan punya kereta hitam itu sama ada bodoh atau terlalu mementingkan diri... Tiada satu pun petunjuk untuk mengalihkan kereta itu!

En. H memanggil pengawal keselamatan yang bertugas (bukan seorang, tetapi 5 orang) sebagai usaha untuk menjejak tuan punya kereta hitam. Mungkin boleh buat pengumuman untuk mencari tuan punya kereta tersebut. Sekali lagi malang, kemudahan untuk membuat pengumuman tiada pula.

Bertambah-tambah malang.. En. H adalah seorang yang panas baran. Akibatnya, kereta hitam tersebut menjadi mangsa sepak terajangnya. Hampir sejam kemudian, barulah kereta En. H dapat dikeluarkan setelah kereta yang diparkir di bahagian depan keluar.

Siapakah yang bersalah dalam kisah di atas?

bagi aku, yang bersalah dan sebabnya -

i) Tuan Punya Kereta Hitam - Dah tahu, itu bukan tempat letak kereta, kenapa nak letak juga? Kalau nak letak pun, tinggalkanlah nombor telefon supaya mudah dihubungi.. (iyalah.. mungkin dia ada kecemasan yang memaksanya meletak kereta di situ - tanpa pilihan)

ii) Pengawal keselamatan - mungkin ini yang dikatakan jaga yang tidur. Dah tahu, tempat letak kereta tu dah penuh, kenapa masih nak biarkan kereta lain masuk? Lepas tu, bila ada masalah - buat bodoh!

iii) En. H - salah juga, sebab tak dapat mengawal sikap barannya - memanglah masanya terbuang hampir sejam dan menyebabkan urusannya tergendala - tapi, perlukah dia melepaskan kemarahannya kepada kereta itu?


Bila aku membincangkan hal ini bersama suami (sekadar mendapatkan pandangan dari seorang lelaki)... jawapannya?

Pemilik kereta hitam tu yang bersalah. Dia buat perbadingan begini :

Katakanlah seorang pencuri masuk ke rumah. Selepas menggeledah dan mengambil barang-barang berharga, pencuri tersebut merogol pula isteri tuan rumah. Kerana marah, tuan rumah telah membunuh pencuri tersebut. Jadi, siapakah yang bersalah?

Bila aku jawab - kita kan ada undang-undang?

Suamiku jawab balik - ooooo, untunglah jadi pencuri... tunggu undang-undang saja menghukum...

Hmmmmmmmmm.... entahlah!

2 ulasan:

  1. salam kakciks.. bagi saya tuan punya kereta hitam tu lah yang kena peka, park kat belakng kete org mstilah trfikir nanti org tu nak kuar camna jadi kenalah free handbreak atau inform security.

    BalasPadam
  2. salam maiyah...

    hmmmmm, tu la pasal - menyusahkan orang, agaknya otak letak kat lutut kottttt!

    BalasPadam

Catatlah apa saja..saya sedia membaca...