bapaku sedang sakit
di usianya 80 tahun
mmg dia memerlukan perhatian
apatah lagi ibuku sudah terlebih dahulu
dijemput olehNya lebih setahun yang lalu
kini hanya aku dan adik2
yang bertanggungjawab menjaga bapa
bapa masih belum nyanyuk
tetapi telah hilang pendengaran
bila sakit
bapaku akan merepek yang bukan2
akan meraung bila dia tahu ada orang
seolah2 ingin menunjuk betapa sakitnya dia
tapi bila tiada sesiapa
dia akan senyap dan lena
entah lah...
derhakakah aku dan adik2
bilamana hati kami berbisik2
kerana segala yang kami lakukan
semuanya tak kena
semuanya salah
hendak ke klinik di bawa
hendak ke hospital swasta di bawa juga
tapi... semuanya masih juga serba tak kena.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Catatlah apa saja..saya sedia membaca...