Klik klik

Isnin, Julai 27, 2009

Salam

Salam sejahtera buat semua yang sudi singgah di blog ini.
Hari ini kakcik buat post dari katil A319, Pantai Hospital Ampang.
Kakcik masuk ke sini malam tadi setelah diserang athma yang agak teruk. Nafas berbunyi dengan agak kuat disertai batuk dan muntah lendir. Setelah di beri gas dan suntikan, rasanya dah lega.. cuma badan masih menggigil.

Dah agak lama kakcik tak kena serangan athma yang agak teruk begini. Mungkin tekanan-tekanan perasaan yang kakcik alami kebelakangan ini, menyebabkan serangan itu datang kembali.

Ups! doktor baru je datang melawat. InsyaAllah esok dah boleh discaj kot. Bukan seronok pun duduk kat wad ni... baring, tidur, tengok tv....

Tapi, kalau cuti sakit kat rumah pun, kdgkala boleh menambahkan sakit je.... Anak2, biasalah... kalau mak ada kat rumah, macam2 kehendak mereka....

2 ulasan:

  1. Salam Kakcik,
    Semoga cepat2 sembuh dari penyakit asma..zai faham mesti teruk rasanya kan..apatah lagi bila rasa susah nak bernafas..jangan lupa rajin2 makan ubat yer..Risau pula dengar kawan2 sakit nie..

    BalasPadam
  2. Salam zai. Terimakasih atas doa. InsyaAllah tak ada yang serius. Tadi pergi buat CT scan kat bahagian perut dan x ray dada....

    BalasPadam

Catatlah apa saja..saya sedia membaca...