Klik klik

Isnin, Julai 27, 2009

kala sendirian

kulayari blog ke blog
ketemui pelbagai catatan
ada catatan yang membuatkan
aku merasa begitu kerdil
betapa mereka diuji
namun mereka redho...
dan Allah memberikan balasan
yang penuh kemanisan buat mereka...

ada di antara mereka
yang mengecap kejayaan demi kejayaan
dan aku turut mendoakan
agar mereka terus berjaya
serta tidak terleka
sesungguhnya kejayaan itu juga adalah ujian
tahukah kita bersyukur kepada Tuhan

aku sendiri?
aku 'wajib' untuk terus muhasabah diri
di saat-saat getir begini
adalah juga satu ujian buatku
perlukah aku menyiksa diri
seolah seolah esok takkan muncul mentari
atau aku perlu bangun kembali
mengutip sisa keyakinan dan berserah pada Yang Satu?

3 ulasan:

  1. Pandai sungguh kak cik karang puisi nie..rasa nak nangis pun ada...apapun saya dapat rasakan kemuliaan sekeping hati seorang insan yang dipanggil kak cik..

    BalasPadam
  2. salam kakciks.. camna keadaan dah sembuh ker? yelah kakciks ni bleh berpuisi.. saya bila baca mesti rasa jiwa2 sebab saya ni pun jiwa2 gak hehe

    BalasPadam
  3. salam zai,
    mungkin kita punya 'jiwa' yang sama... kerana itulah kita dapat memahami apa yang tersirat di sebalik yang tersurat :)

    salam maiyah,
    alhamdulillah, saat ini kakcik dah pun berada di rumah dan insyaAllah esok kakcik akan naik kerja ... nanti tak ada pulak orang nak bancuh air kat ofis tu..hehehe..

    Terimakasih atas doa kalian.. kakcik amat menghargainya...

    BalasPadam

Catatlah apa saja..saya sedia membaca...