Klik klik

Isnin, Mei 18, 2009

aku jadi tak faham

kenapa ye dengan sikap manusia ni...
kalaulah dari rumah sendiri
telah berniat untuk menziarahi
ataupun untuk menghadirikan diri ke satu2 majlis..
tak bolehkah niat itu tinggal tetap begitu??

atau pun sebalik niat utama ada pula terselit niat yang lain??
katakanlah..
hadir ke majlis kenduri kerana memenuhi undangan
ataupun untuk turut memeriahkan majlis seadanya..

kenapa pula bila tiba ke majlis
sibuk2 pula menjadi 'penyiasat tak bertauliah'
melihat dan merisik kelengkapan majlis
mengeluarkan komen2 yang kdgkala
menyentap tangkai hati tuan rumah
tak cukup sekadar itu
menjadi pula'pembawa virus'
bercerita ke sana sini
itu tak kena
ini tak sesuai
dan berbagai 'tak' lagi...

begitu juga
sewaktu menghadirkan diri
atas tiket 'menziarahi'
samada kematian atau kesakitan
tidak terfikirkah kesedihan
yang ditanggung pesakit atau siwaris

masih enak2 bercerita
yang entah apa2
masih seronok2 mencungkil rahsia keluarga
yang sepatutnya ditenangkan...

entahlah....
aku pun bukan manusia sempurna.........

4 ulasan:

  1. NIAT SELALUNYA SATU JER TAPI SERING BERUBAH MENGIKUT SUASANA.

    ITU NAMANYA SAMBIL MENYELAM KITA MINUM AIR, MAKAN NASI DAN HISAP ROKOK.

    BalasPadam
  2. Salam Kak Cik
    Kat skrin, saya pengunjung ke 333 di sini. Maafler sebab abih saya selongkar catatan baru dan lama Kak Cik. Saya klasifikasikan blog ini sebagai catatan santai seorang wanita, isteri, ibu dan anak serta kakak dalam meneruskan kelangsungan hidup. Kak Cik amat sabar serta prihatin kepada keluarga dan sekitaran.
    Semoga bapa Kak Cik segera sembuh.

    BalasPadam
  3. terimakasih tuan2 yg sudi berkunjung ke sini...
    kakcik rasa, ini saja cara kakcik boleh curahkan isi hati kakcik dengan bebas - selain seringkali mengadu kepadaNya yang Maha mengetahui.....

    BalasPadam
  4. kcik...

    umie syg kcik...
    berat rasenye jiwa ini utk menyelami penderitaan kcik..

    sayang kcik.....

    BalasPadam

Catatlah apa saja..saya sedia membaca...