Klik klik

Jumaat, Julai 17, 2009

Hari ini - Jumaat

Aku sampai awal di pejabat hari ini - dan memang selalunya begitu.
Sebelum pukul 7 pagi biasanya aku dah berada di meja ini...
Aku bangun seawal jam 5 pagi - dan adakalanya lebih awal dari itu.
Rutin harianku akan bermula dengan turun ke dapur - memasak.
Masakan yang ringkas - nasi dan satu dua jenis lauk, juga air teh O.
Aku masak supaya ada makanan untuk dimakan oleh anak2ku sebelum pergi atau semasa balik dari sekolah. Tapi, hari ini aku tak masak apa2. Adik akan pergi ke rumah yang ditumpangi sebelum ke sekolah tengahari nanti. Bangcik pula, katanya nak puasa hari ini. Aku kata, kalau nak puasa sunat, puasalah Isnin nanti. Tapi, dia nak berpuasa juga - aku kata ok lah...

Jadi, kalau aku memasak pagi ni pun, tiada siapa yang nak makan....

1 ulasan:

  1. salam kakciks.. kalau anak2 kakciks balik sekolah mereka pandai cari sendirilah nasi kat dapur ye. tak lama lagi kakciks kena bangun pagi buat sahur lak. Nak ucaplah jd org petama.. Selamat Posa nanti

    BalasPadam

Catatlah apa saja..saya sedia membaca...