Klik klik

Khamis, Jun 04, 2009

malam tadi

aku kembali tidur di sisi katil bapa
bapa memang tak lena
sekejap2 minta bekas untuk buang air kecil
dan juga minta air minum

pagi ini sewaktu aku bersiap-siap
untuk keluar ke tempat kerja
kulihat bapa mengesat2 matanya
aku pasti bapa menangis
entah apalah yang ada dalam fikiran bapa agaknya :(

petang semalam
aku suapkan bapa susu panas dan biskut
bapa kata perutnya pedih
adik iparku cuma bagi bapa makan bubur nasi
dan bapa pula segan untuk meminta biskut.....

Ya Allah.. pulihkanlah bapaku
dari segala penyakit yang dideritainya.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatlah apa saja..saya sedia membaca...