Klik klik

Khamis, Jun 25, 2009

kesihatan bapa

pagi tadi, dlm perjalanan ke pejabat, aku dan suami singgah sebentar melawat bapa di Pusat Pakar Al Islam, Kg. Baru. Tiub2 di bahagian bawah badan bapa telahpun dibuka. Bapa diminta cuba untuk kencing sendiri tanpa tiub... mudah2an bapa boleh melakukannya. Muka bapa pun nampak agak merah (tidak lagi pucat). Aku bawakan sedikit kuih muih untuk bapa dan kakak. Kami naikkan bahagian kepala katil agar bapa berada dalam posisi duduk. Walaupun tidak begitu selesa, tapi nampaknya bapa bolehlah makan kuih sambil duduk. Bapa juga tak perlu di suap. Alhamdulillah.. mudah2an kesihatan bapa beransur baik dari masa ke semasa.

Tadi kakak telefon - bapa mungkin discaj 2 hari lagi kerana pihak hospital mahu melatih bapa berjalan semula, sekurang2nya ke bilik air. Dah lebih sebulan, bapa hanya terbaring saja. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat bapa...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatlah apa saja..saya sedia membaca...