Klik klik

Memaparkan catatan dengan label Ramadhan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ramadhan. Papar semua catatan

Jumaat, September 18, 2009

Sunyinya hari ini...

Hari ini - 28 Ramadhan 1430, ramai yang dah sampai ke kampung halaman, tak kurang juga yang masih bersesak di jalanan. Tapi, aku masih di sini - di pejabat. Hanya ada beberapa orang saja lagi termasuk Ravi dan Muthu ... huhuhu.... sunyinyaaaaaaaaa...........

Khamis, September 10, 2009

Salam Aidil Fitri

dah 20 Ramadhan hari ini... begitu cepat masa berlalu. Namun, kita tak pasti apakah kita akan terus bernafas sehingga tibanya 1 Syawal.. Tiada apa yang pasti dalam hidup ini - kecuali mati (itupun kita tak tahu bila saatnya...)

Dengan segala rasa rendah hati, untuk semua yang sudi mengunjungi blog kakcik ini, kakcik hulurkan salam, mohon kemaafan seandainya ada tulisan kakcik yang tidak menyenangkan kalian. Walaupun kita tidak bermaksud apa-apa, namun penerimaan orang tak kita jangka sama ada baik atau sebaliknya. Kepada yang berkunjung, sudilah terima kad ucapan yang tak sepertinya ini dari kakcik....

Rabu, September 09, 2009

Sumbangan Untuk Anak Yatim

(artikel asal di http://www.albelurani.blogspot.com)

Bismillah...

Setelah berakhirnya jelajah ramadhan anjuran Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah, bermula di daerah Kota belud, minggu seterusnya pula ke Daerah Pitas dan minggu lepas di daerah Ranau. Tujuannya adalah menghidupkan ramadhan dengan amal soleh bagi ahli YAM Cawangan Sabah dan menyalurkan sumbangan kepada mereka yang memerlukan hasil sumbangan yang diberikan oleh pelbagai pihak kepada YAM Cawangan Sabah semata - mata untuk disampaikan kepada yang berhak.

Di kesempatan dan peluang kita berada di akhir-akhir ramadhan ini, saya merayu untuk mohon sumbangan berbentuk wang untuk kami sampaikan kepada anak - anak yatim di sekitar Putatan, Sabah. Alhamdulillah hasil maklumat yang kami perolehi seramai 35 orang anak yatim selayaknya untuk diberikan sumbangan. Kami mencadangkan seorang akan diberikan RM50 dan jumlah keseluruhan yang diperlukan adalah RM1750. Sumbangan ini akan disampaikan dalam satu majlis berbuka puasa pada 14 September 2009 (Isnin) di SK Putatan.

Cara menyumbang :

Bank in ke akaun ini BIMB no. 10016010054313 atas nama Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah.

Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah hubungi :

- 019-8502525 (s/u YAM)
- 019-5367902 (Syukbah Dakwah).

Isnin, September 07, 2009

Adoi! Sakitnya Kepalaku.....


Berdenyut-denyut sakit kepala sebelah kiri membawa ke leher... huhuhu... Takkan nak makan panadol kot puasa-puasa ni... Mungkin juga sebab waktu tidur yang tidak pernah sempurna@teratur sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Mungkin juga kerana 'batu batan yang menghempap' kepala ini belum mampu kualihkan...

Hujung minggu yang baru berlalu, keadaan rumahku memang meriah. Along bersama dua orang kawan. Angah bersama empat orang kawan. Aku bayangkan seandainya semua mereka itu anakku! Termasuk anak kandungku, semuanya sepuluh orang. Sembilan lelaki dan hanya seorang perempuan. Termasuk mak dan ayah, dua belas orang serumah! Memang gamat dan gawat! Tapi semuanya dah besar-besar.. dah jadi bujang senang. Adik pun bukan main suka, ramai yang melayan kerenahnya. Mujurnya anak-anakku jenis yang senang berkawan. Senang untuk menerima siapa saja yang datang.

Hari Sabtu, Angah mencadangkan aku masak nasi lemak untuk berbuka. Aku rasa, nasi lemak bukanlah menu yang sesuai. Jadi, aku mencadangkan pada Angah untuk masak nasi ayam. Angah kata, 'apa-apalah.. mak masak apa pun sedap'.. hmmmm.. bodeklah tu, maklumlah bawa teman! Jadi, aku pun masak seperiuk besar nasi ayam. Suamiku memang jenis yang suka bimbang - takut tak cukup makanan yang disediakan, walaupun puas aku meyakinkannya. Malas nak bising, aku masak pula seperiuk sederhana nasi putih dengan lauknya ikan kembung goreng bercili (itu sajalah kepakaranku!), kubis masak air dan sambal belacan. Hehehe.. memang liiiiiiicinnnnnnnn nasi ayamku. Bangun sahur aku kena masak lauk lain pula....



Hari Ahad, suami mencadangkan aku masak mee kari. Mulanya malas juga. Sebab, suami juga nak makan dalca daging. Semuanya kari!


Tak sampai hati punya pasal, masak jugalah.. Semuanya habis juga waktu berbuka. Bersahur masak hidangan lain pulak! Apa-apapun, memang hilang penat kalau apa yang kita masak, habis dimakan. Tambah-tambah tiada komen yang negatif! (komen dalam hati, bukan dengar pun.. banyak komen nanti tak dapat makan, baru tahu!)

p/s P: gambar2 hiasan diambil dari rumah pakcik google

Selasa, September 01, 2009

Dah 1 September

Pejam celik, celik pejam.. pantasnya masa berlalu tanpa memperdulikan sama ada kita tertinggal, berjalan seiring ataupun telah terkedepan...

Apa2pun, seperti kata Othman Hafsham dalam iklan tu.. "berjalan mesti ke depan, bukan ke belakang"..

Hari ini dah Ramadhan kesebelas untuk tahun ini. Dah beberapa hari sikecik - Adik, bersahur dengan wedges goreng je. Siap kena suapkan (atas katil pulak tu!). Minum pun air kosong je.. Selepas bercuti sepuluh hari - hari ni, Adik akan ke sekolah semula... Mudah2an dia kuat meneruskan puasanya..

Ahad, Ogos 30, 2009

Tak ada mood nak masak

Untuk berbuka ari ni, aku cuma masak ayam goreng celup tepung, sayur kubis masak air, sambal belacan dan ikan terubuk masin goreng letak bawang dan cili kering. Panaskan rendang ayam semalm.. cukup! Air pulak, bangcik pesan suruh bancuh kopi dan simpan dalam freezer, dia nak minum sejuk2. Teh O mesti ada punya.

Sabtu, Ogos 29, 2009

Hidangan Berbuka

Hari ini lauk berbuka yang kuhidangkan hasil air tanganku sendiri. Ikan bawal goreng bersambal, kari daging cincang, rendang ayam, pecal dan ulam serta sam bal belacan. Sedap ke??? Hantam sajalah labuuuuu.. Air pula, seperti biasa.. teh o. Masak macam2 pun, Along ngan Angah tak ada untuk makan bersama. Along berbuka di masjid tempat dia bertugas, dan Angah tak balik minggu ini... Makan apa la agaknya Angah ye???

Khamis, Ogos 27, 2009

Sahur Semalam

Bukan rasa lagi.. memang aku menangis waktu bangun sahur semalam! Bukan kerana sedih atau letih.. Tapi, sakit di bahagian pinggul hingga ke kakiku memang menjadi2! Mahu tak mahu aku kena siapkan juga hidangan sahur untuk suami dan anak2.

Hari ini, suamiku mengambil cuti kecemasan kerana membawaku ke Hospital untuk bertemu Doktor Pakar Tulang. Doktor itupun naik 'bingung' dengan sakit yang kutanggung. Setelah diperiksa, doktor membuat kesimpulan, otot2 bahagian pinggulku ada yang terkoyak! Aku diberi satu suntikan dan diminta membuat rawatan fisioterapi. Doktor juga memberi 2 hari cuti sakit. Aku dinasihatkan agar tidak banyak berdiri atau duduk terlalu lama. Dah kerjaku memang duduk saja.. nak buat macamana??? (Bancuh air sambil duduk!)

Dalam sakit-sakit pun, sempat juga aku, suami, along dan adik bekejar ke Hospital Melaka untuk menziarahi sahabat kami yang telah dua bulan terlantar akibat 'tersilap bedah'!(dia dibedah di sebuah hospital swasta). Suamiku membawa 2 kotak (setiap satu berisi 24 cawan bubur segera dan 5 kotak X 20 paket cereal) untuk sahabat tersebut. Tak sampai satu jam pun kami di sana, kami bergerak balik ke KL...

Hehehe.. hari ini menu Pasar Ramadhan dan telah dijanjikan Allah rezeki kami murah hari ini.. Ada pula jiran menghantar nasi beriyani beserta lauk ayam sebanyak 5 set...

Rabu, Ogos 26, 2009

Hari Kelima Ramadhan

Petang tadi hujan turun dengan lebat. Tak dapatlah suamiku shopping di Pasar Ramadhan. Sehingga hari ini, aku belum lagi pergi ke pasar tersebut. Disebabkan tiada menu tambahan dari gerai2, lauk yang aku masak memang laku. Aku hanya masak ikan bawal goreng bersambal, sup kubis dan telur goreng... Alhamdulillah - tiada komen dari suami dan anak2. Cukuplah tu - ada nasi dan teh O panas. Kugoreng juga karipap segera yang dibeli dari lelaki yang datang menjual di muka pintu sewaktu aku sedang memasak di dapur. Kurma pula ada beberapa kotak pemberian dari orang2 yang bermurah hati.

Ada orang jangankan nak makan dengan lauk seadanya begitu - nak jumpa nasi seminggu sekali pun payah. Jadi, seharusnyalah kita bersyukur dan insaf kerana masih ada rezeki untuk dijamah.

Sahur nanti nak masak apa pula ya?

Ahad, Ogos 23, 2009

Catatan Ramadhan

Alhamdulillah..telah dua hari Ramadhan dilalui... mudah2an ibadah yang dilakukan ada nilainya di sisi Maha Pencipta.

Seperti biasa, datangnya Ramadhan bermakna rumahku bertambah meriah dengan kehadiran anak2 angkat - kawan2 Along yang bertugas sebagai imam solat tarawikh. Hari pertama Ramadhan juga Angah membawa balik dua orang kawannya (seorang lelaki - asal Kelantan dan seorang perempuan - asal Johor). Sehari sebelum Ramadhan, bapa telah dihantar ke rumah adik perempuanku. Aku tahu, bapa tak akan selesa andai berada di rumahku dengan ramai anak2 muda yang mundar mandir dalam rumahku.

Disebabkan hanya aku satu2nya perempuan di rumahku, kawan perempuan Angah kenalah tidur denganku (aku tanya Angah, apakah itu teman wanitanya? dan Angah mengakuinya!).
Terus terang, aku tak suka Angah 'berteman wanita' ketika ini. Masa sekarang adalah masa untuk dia menumpukan perhatian pada pelajaran. Masih terlalu awal untuk bermain perasaan....

Kawan2 Along memang menyenangkan hatiku. Waktu siang selepas Zuhur, mereka ( 3 hingga 4 orang termasuk Along) akan bertadarus. Tidaklah mengisi masa dengan tidur je... Bila Isyak, Along dan kawan2nya akan menuju ke masjid atau surau tempat mereka bertugas. Alhamdulillah.

Hari ini, hari kedua Ramadhan... Petang tadi, mama dan papa Danial datang berkunjung. Ada cerita yang dikisahkan.. tapi, biarlah ianya untuk pengetahuan aku dan suami. Apa2pun, Danial itu ibarat kain putih yang menanti untuk dicorakkan....

Jumaat, Ogos 21, 2009

Ahlan Wa Sahlan Ramadhan Al Mubarak

Kepada seluruh umat Islam, diucapkan selamat berpuasa. Semoga ibadah puasa kita 'benar-benar bernilai' di sisi Yang Maha Kuasa.