Klik klik

Rabu, April 29, 2009

esok aku bercuti

hmmmmmm...
tarikh catatan kat blog aku ni lewat sehari..
waktu pun tak betul..
macam mana nak betulkan, ye??

ah.. gasak la..
janji aku boleh terus menulis
dan menumpahkan apa saja perasaan aku
di sini..

esok (Jumaat) aku akan bercuti
hari Isnin baru naik kerja semula, insyaAllah

sekarang, kalau bercuti memang aku tak buka komputer -
malas dan tak cukup waktu....

emel kiriman sahabat..

Renungan Kita Bersama ...

Sembahyang Akhir Waktu

Rupa-rupanya ada cerita kalau kita lewatkan sembahyang kita yea.
Jika berpuasa amalan kita direct terus padaNya.
Tapi jika bersembahyang ada posmen pula untuk hantar amalan kita padaNya
Kisahnya.... -.. Setiap kita ada malaikat.. Malaikat yang hantar amalan sembahyang kita pada Ilahi.. Untuk sampaikan amalan kita dia melalui tol-tol disetiap lapisan langit dimana setiap penjaga tol, kroni malaikat juga. Jika sembahyang di awal waktu, tolnya "free". Sekatan tol tiada. Tiada "jem". Malaikat terus sampaikan amalan pada Allah untuk dinilaikan.
Tapi jika sembahyang di akhir waktu, tol free juga, tapi sekatannya ... MasyaAllah.. -.
Di langit pertama , penjaga tol marahkan posmen kita, kenapa lewat poskan amalan kita. Merayu-rayu malaikat posmen kita minta diberi laluan tetapi penjaga langit pertama tidak heran. Dicampakkan amalan lewat sembahyang tadi ke bumi. Maka jatuh berderai, dikutip semula oleh malaikat posmen kita. Satu persatu dikutip sambil terus merayu untuk kelapisan langit ke-dua.
Di langit kedua , samalah juga, membebel la malaikat kerana lewat hantar amalan.. Merayu lagi kawan kita tetapi tak dipedulikannya lalu dilemparkan amalan lewat sembahyang kita tadi. Jatuh berderai lagi, dikutip satu persatu amalan kita.. Dirayu lagi untuk diserahkan amalan kita pada Tuhan.
Di langit ketiga, La.. kena basuh lagi malaikat posmen kita. Kenapa lewat hantar amalan tersebut. Tiada kompromi, terus dibaling amalan kita. Jatuh berderai amalan kita. Tak ade nilai dan tiada lagi dikutip dan dirayu lagi. Maka tak sampailah amalan kita kepada Allah..Seolah- olah kita tak sembahyang juga.
Maka bersedialah kita menerima pembalasannya.
Tak didunia, diakhirat, hilang duit, hati risau, tender ditolak, ujian bertimpa-timpa.
Issh. Tak berbaloi rasanya kita buat amalan tapi tak sampai. Dahlahtu takde nilai, kena azab lagi nanti.
Ya Allah, ampunkan kami kerana lalai. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang. Jadikan hati kami suka sembahyang di awal waktu... Gawatkan hati kami selagi kami tak segerakan; biarlah kami gawat di dunia agar kami tidak gawat lagi dihari akhirat kelak. Amin.

Kepada yg selalu solat zohor hampir dengan waktu asar tu, dan waktu solat asar hampir dengan azan maghrib ...ataupun yang sengaja meninggalkan solat...ataupun dan biasa tinggal solat... emel nie sesuai utk direnungi.

entah la

hari ini rasanya hatiku sedikit gembira
sebab??
sebab aku malas untuk memikirkan
perkara2 yang kebelakangan ini
menyesakkan pemikiranku

aku ingin menjadi manusia
yang 'agak waras' hari ini
setelah beberapa hari
kewarasanku bagaikan tergugat

teman di sebelah meja tertanya-tanya
mengapa aku diam tanpa kata
sebenarnya
aku sendiri tiada jawapan untuk itu

cuma yang aku tahu..
fikiranku sedang keliru
dan hampir buntu..............

pagi yang cerah

alhamdulillah
cuaca pagi ini
sama juga seperti semalam
semalam dulu juga cerah

mudah2an hati ini
juga bertambah cerah
moga2 ada sinar mengintai
untuk menerangkan
segala kegelapan

Selasa, April 28, 2009

bagaimana agaknya?

bagaimana agaknya
seseorang yang kita kenal
sering berselisih bahu
acap bertemu di mana-mana
namun tega ia mengalih muka
saat bersua dengan kita
tanpa rasa bersalah
sedangkan kita tersipu-sipu
kerana senyum tidak dibalas

bagaimana agaknya
hendak kita terima
andai dengan tiba-tiba
sidia itu menghulur salam
mohon dibantu
tegakah kita
untuk memandang sepi
seolah2 kita hanya bersendiri

bagaimana agaknya
andai suatu hari nanti
kita pula
yang mohon dibantu
sedangkan dulu
kita ego dan sombong

maka..
adalah lebih elok
andai kita
ketepikan
segala rasa curiga
segala rasa yang tidak-tidak
kerana kita
bukanlah manusia yang sempurna.....

inilah ujian buatku

bapaku sedang sakit
di usianya 80 tahun
mmg dia memerlukan perhatian
apatah lagi ibuku sudah terlebih dahulu
dijemput olehNya lebih setahun yang lalu

kini hanya aku dan adik2
yang bertanggungjawab menjaga bapa
bapa masih belum nyanyuk
tetapi telah hilang pendengaran

bila sakit
bapaku akan merepek yang bukan2
akan meraung bila dia tahu ada orang
seolah2 ingin menunjuk betapa sakitnya dia
tapi bila tiada sesiapa
dia akan senyap dan lena

entah lah...
derhakakah aku dan adik2
bilamana hati kami berbisik2
kerana segala yang kami lakukan
semuanya tak kena
semuanya salah

hendak ke klinik di bawa
hendak ke hospital swasta di bawa juga
tapi... semuanya masih juga serba tak kena.....

Isnin, April 27, 2009

sekadar luahan hati

kadang-kala aku rasa teringin juga mengongsikan isi hatiku dengan seseorang... seseorang yang rasanya boleh memahami. Tapi, sebenarnya, dalam membuat penilaian, kita seringkali tersilap. Yang kita rasa boleh dipercayai sebenarnya adalah yang sebaliknya. Yang kita rasakan bersimpati, rupa2nya di belakang kita mentertawakan setengah mati....

Dalam berhati-hati pun, kita boleh terkena. Apalagi kalau kita tak pernah kisah... lagilah mudah kita menjadi 'badut' di mata mereka yang berperanan sebagai 'taukeh sarkas' :(

Dari Blog Pink Turtle

SAMPAI MATI PUN ZAMBRY TAKKAN SAH JADI MENTERI BESAR

Saya sering mengungkapkan kata-kata “kebenaran itu pasti benar, dan kesalahan itu pasti salah. Tidak mungkin kebenaran itu menjadi satu kesalahan, dan kesalahan itu menjadi satu kebenaran”. Berdasarkan kaedah ini, kita dapat simpulkan bahawa kenaikan Zambry sebagai MB haram, sampai bila-bila pun tidak akan jadi sah!
Sebelum ini beliau cuba memfailkan supaya mahkamah mengesahkan jawatannya sebagai MB. Tetapi, hakikatnya, walaupun mahkamah mengesahkan jawatan tersebut sekalipun, beliau tetap Menteri Besar Haram. Sampai bilakah dia akan menjadi MB yang halal? Beliau dapat menadi MB yang halal, tetapi setelah menang dalam PR yang akan datang.
Manakala jawatannya sekarang tetap haram. Dan sampai matipun, jawatan hari ini tidak akan bertukar menjadi halal, melainkan beliau menang dengan sempurna dalam pilihanraya akan datang. Mungkin ada yang bertanya, apakah dalil saya berkata begitu? Atau, apakah dalil yang menunjukkan Zambry itu adalah MB Haram?
Saya menjawab dengan mudah,… “tunjukkan pula dalil yang mengesahkan beliau sebagai MB Halal…”. Sekiranya tiada dalil yang menunjukkan dia adalah seorang MB Halal, maka sudah pasti ia adalah MB Haram. Tetapi, ini adalah jawapan yang hanya membuatkan orang marah. Tidak mengapa, saya akan perlihatkan dalil yang menunjukkan beliau adalah seorang MB yang haram.
Perkara pertama yang perlu dilihat ialah kes lompat parti yang dilakukan oleh 3 orang mangkuk hayun sebelum ini. Tragedi ini jelas membuktikan bahawa ia adalah kelakukan zalim oleh Barisan Nasional. Perlakuan zalim adalah satu perkara yang diharamkan oleh Allah SWT. Manakala Barisan Nasional telah melakukan kezaliman tersebut. Lalu BN yang telah melakukan perkara haram itu telah menaikkan seorang MB dengan cara yang haram. Maka, Zambry yang dinaikkan tersebut adalah MB Haram.
MB Haram di sini bermaksud Menteri Besar yang naik tanpa perkenan rakyat, dan ia juga boleh bermaksud, MB yang menjawat jawatan tersebut dengan menggunakan cara yang diharamkan. Ya, jelas menunjukkan bahawa Zambry itu adalah MB Haram. Minta maaf, saya telah mengemukakan dalil ini, dan sesiapa yang menganggap bahawa ia adalah satu kesalahan, dipersilakan membuat komen.
Bukanlah saya yang mencanai jawatan Zambry sebagai MB Haram, tetapi, ia adalah hasil daripada pemikiran seorang yang berakal. Saya yakin, tiada seorang pun yang mengatakan dengan keinginan hatinya bahawa Zambry adalah seorang MB yang benar. Pengundi BN mengatakan Zambry sebagai MB yang benar kerana beberapa factor.
Antara factor-faktor tersebut ialah, mereka tidak berfikir dengan menggunakan akal. Mereka hanya melihat dengan keinginan jahat sahaja. Faktor yang lain ialah, mereka begitu membenci ulama’ sehinggakan mereka tidak mahu golongan ini naik sebagai kepimpinan. Mereka juga membenci peraturan-peraturan yang bakal digariskan sekiranya PR menang. Ini kerana peraturan tersebut seolah-olah mengganggu keempukan kerusia mereka selama ini.
Oleh itu, tinggalkanlah BN dan kembalilah befikir secara rasional. Setiap undi kepada BN membawa padah kepada semua rakyat Malaysia!
Salam Perjuangan
Dr Fikrah

inilah aku

aku yang semakin dimamah usia
kadang2 terusik hati tanpa ada yang menyapa
namun..
dalam meneruskan sisa2 hidup ini
aku masih juga tercari2
erti sebuah persahabatan
yang kononnya manis
namun terselit masam dan kelat